Sunday, March 6, 2016

Tiba-tiba dah keluar buku sendiri


Satu hari, aku cakap dengan kawan aku, aku nak publish buku sebelum grad.

Satu hari, aku baca satu artikel random pasal mayat yang dikutip dekat sungai.

Satu hari, aku mula menulis cerita pasal orang yang menggunakan orang.


Sinopsis:

"Mereka mungkin berteduh di bawah bumbung yang sama. Tetapi, apa 
yang mereka rencanakan berbeza-beza. Semuanya bermula apabila ibu 
mereka ditemui mati di dalam rumah itu. Amal harus melindungi Maya. 
Meskipun ketika mayat ditemui, pisau berada di tangan adiknya itu. 
Adakah itu Maya? Atau ada dalang sebenar di sebalik semua keanehan 
ini? Yang pasti, mereka semua sedang menunggu giliran. Menunggu 
giliran - untuk disembelih"


Genre: Thriller, Family Value, Love

Alhamdulillah, novel pertama aku di bawah Lejen Press. Insyallah, aku takkan berhenti buat apa yang aku suka. Insyallah juga, korang akan puas hati baca Sembelih. Boleh didapatkan di mana-mana kedai buku MPH, Borders, Kedai Buku 1 Malaysia dan lain-lain.




No comments: