Thursday, February 4, 2016

..hatiku tertinggal di Lejen Press [pt. 2]


So, aku dah tamat Latihan Industri selama 5 bulan.

Seperti yang digembar gemburkan dalam [Pt. 1], aku akan bercerita mengenai pengalaman aku buat latihan industri dekat Lejen Press. Pengalaman yang berharga dan bernilai dan sedih. Nasib baik boss belanja makan masa farewell. 

Baiklah!

Basically, kos aku dekat UPM adalah kos yang berkaitan dengan penulis berita, editing, advertising, penulisan korporat dan apa haram jadah semua lah. Tapi, bila aku interview untuk buat intern dekat Lejen Press, the first thing yang interviewer tu beritahu adalah;


"..di Lejen, awak akan belajar buat semua benda.."


It's a good thing lah kan? Yelah, takkan nak mereput buat satu kerja je? Sampai ke tua nanti satu benda tu saja yang kau tahu buat. So, it is indeed a good thing. 

Tak naklah tulis panjang-panjang, jadi aku akan senaraikan apa yang aku buat dekat Lejen untuk tatapan pembaca yang google suasana kerja dekat Lejen. Okay sistur?

  1. I Am Lejen Shop (IALS)
  2. Pejabat I Am Lejen Shop
  3. Jelajah LejenFixi

Okay tiga benda basic tu.

Dekat IALS, aku belajar macam mana nak handle customer, nak jaga kaunter, jaga duit, kira stok buku, bukak tutup kedai, etika bekerja, mop kedai dan lain-lain. Yang paling best, aku boleh baca buku apa yang aku nak. 

Dekat pejabat, aku akan nilai manuskrip, proofread dan lain lain yang berkaitan dengan editorial board. Yang paling best jugak, aku terlibat dalam brainstorming tajuk buku sebelum publish. Kadang sakit otak jugak bila dapat manuskrip yang bagaikan dia saja hidup di atas muka bumi ni atau dalam kata lain tak berpijak di bumi yang nyata. Syok sendiri. Yang manuskrip lucah tu, lucah jelah 24 jam. LOL

Jelajah paling seronok! Jelajah paling best dan paling jauh aku dan partner pernah pergi adalah di Terengganu dan Perak. Pergi berdua je hoi! Travel! Dan semua perbelanjaan boleh di-claim dari boss. Hehe.

Pokoknya, kalo kamu kerja di Lejen ito, bagus banget deh.

Seronok, staf gila, friendly dan boleh baca buku. Well, aku suka membaca so itu salah satu sebab aku pilih Lejen untuk buat intern.

Next, photos! 


Di Blackbox Publika sempena persembahan teater


Di Perak. Kiki


Fellow intern-mates


Di Perak, sesudah selesai Jelajah


Di Terengganu, sesudah selesai Jelajah


Di Blackbox Publika


Famili Lejen.



p/s Terima kasih Boss Aisa, Kak Vee, Deus, Bamie, Ijat, Asyeka, Sapit, AJ, Fara dan Ain. And to all yang tak berkesempatan untuk join farewell ini. Sobs!



1 comment:

Anasyg said...

anep///jelesnya! nak keje LEJEN gak!