Monday, February 29, 2016

Book Review - Velvet by Ikmal Ahmad (Buku Fixi)


Tajuk dia catchy dan menarik. Cover cantik since aku suka warna merah dan aku suka kek red velvet. Itu point yang baik. Boss aku pernah kata, pembaca akan tengok tajuk + cover dulu, baru dia baca sinopsis. So kalau cover buku kau macam hidup segan mati tak mahu, kau nak expect apa?

Moving on.

Aku suka idea cerita ni - dendam. Tapi bila aku baca dan baca dan baca, eh macam cerita perfume lah. Cuma wangian dalam cerita perfume tu, kau tukar jadi red velvet. Faham? Siapa yang dah tonton cerita Perfume (2006), mesti dah dapat agak macam mana perjalanan novel Velvet ni.




Personally, jalan cerita ni ringan dan mesra pembaca. Tak ada pusing sana sini; straight to the point dan dia bagi apa pembaca nak baca. Well, sesetengah penulis buku akan pusing sana sini dengan philosophy dia yang luas then barulah start dialog 'Hai'.

Cuma, 

Haa kadang-kadang macam tak logik sangat pun ada. How come seseorang boleh uruskan mayat just like that? Plus, mayat tu dah diawet, dah digomol dengan simen, dah ditanam dalam bahan kimia, then dialognya cuma;

"Pasal mayat-mayat tu, ayah akan uruskan. Jangan risau"

Tapi, aku suka cara penulis cover balik aku punya persoalan. Cun!

Nak tahu? Kena baca. 

One more thing, kau takkan suka apa yang kau bakal baca dekat muka surat terakhir. Cilaka betul.


4.5/5. 
0.5 hilang sebab muka surat last tu. Cis!

No comments: