Saturday, February 13, 2016

Book Review - Laknat by Fahmi Mustaffa (Buku Fixi)


Sinopsis menjanjikan sebuah cerita yang out of the box. Tapi, bila baca, memang tak dinafikan out of the box, malah terlebih out sehinggakan jatuh ke paras syok sendiri.

Personally, Laknat adalah karya yang lain dari yang lain sebab konsepnya yang mempersoalkan kewujudan Tuhan bila mana watak utama (Amar) diliwat abangnya sendiri dan tak pernah mendapat keadilan dan pertolongan dari Tuhan. 

Character-twist yang pada aku juga lain dari yang lain bila abangnya (Ikhwan) seorang graduan Al-Azhar dan yang menjaga solat tidak menghormati hari lain melainkan hari Jumaat yang katanya akan berlakunya hari kiamat. Jadi, hari-hari lain selain hari Jumaat 'membenarkan' dirinya untuk tidak patuh pada perintah Tuhan (meliwat adiknya)




Secara keseluruhan, cerita ini agak berat bila mempersoalkan kewujudan Tuhan dan dikaitkan lagi dengan teori dan ilmu sains. Memang betul-betul kena matang bila membaca. 

Kurang berkenan bila semua watak yang berilmu dan beragama dalam cerita ni akhirnya kalah dengan bisikan syaitan untuk buat dosa. Tak ada watak yang menang dalam cerita ini.

3/5


2 comments:

Asyraf_Crescent said...

omg macam cerita kawan aku...dia pergi study agama kat arab sampai dia jadi tak percayakan tuhan...scary...

Fahmimustaffa said...

Thank you for the review. Will read sembelih :)