Friday, February 5, 2016

ALDO; Elegan, Selesa dan Berbaloi






Berasal dari Kanada, mesti penggemar kasut berjenama popular ini tak sedar yang ALDO sekarang dah beroperasi hampir separuh abad kan? Ya, ALDO kini dah beroperasi hampir 50 tahun! Tapi, tak semestinya rekaan dari ALDO ini semua juga separuh abad okay?

Wanita berkerjaya yang gemarkan gaya elegan, sofistikated dan pemakaian selesa, tak perlu susah-susah nak pilih jenama apa untuk beli dan pakai dekat pejabat. ALDO adalah pilihan yang tepat! Bila dah pakai kasut ALDO ke pejabat, tak lain tak bukan mesti rakan pejabat yang lain terjengah-jengah kasut tinggi atau wedges apa yang berkilau, cantik, ranggi dan seksi bila dipakai. Kakak-kakak yang pakai pun tak payah segan silu cakap tiada yang kedua selain kasut ALDO. Ha macam tu cerita dia.
                                       

Bila dah ada kasut yang bergaya, tak lengkap kalau tak ada beg yang cantik dan berkualiti kan? Para wanita juga boleh miliki koleksi tote bags, clutches, purses, shoulder bags dan banyak lagi keluaran ALDO. Bila berjalan pergi lunch, tak lain tak bukan mesti banyak mata-mata yang memerhati, tertanya-tanya mana boleh dapatkan beg dan kasut yang cantik tu kan?

Semuanya boleh dimiliki dengan harga yang berbaloi! 
                                       

Bukan sekadar wanita, lelaki pun tak terkecuali!

ALDO turut ada koleksi kasut lelaki khas untuk abang-abang yang pentingkan gaya dan penampilan. Bila berjalan tu, secara tak langsung boleh tambah keyakinan diri lebih-lebih lagi kalau keluar pergi jumpa klien atau ada meeting dekat luar. Koleksi seperti dress shoes, boat shoes, sneakers dan banyak lagi pilihan para lelaki untuk digayakan ke pejabat dan ke mana saja tempat yang sesuai. Bukan ke bergaya dan berbaloi?
                                       

Confirm tak menyesal!

Jadi, tunggu apa lagi? Klik ALDO MALAYSIA sekarang untuk shopping!



No comments: