Tuesday, September 29, 2015

Beli G-Shock Online Bukti Awak Sado

Selamat kembali membaca ke blog abang J


Tajuk pada hari ini adalah Butik G-Shock Dalam Talian. Atau, nama panjang dia, Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Jam Tangan G-Shock Pelbagai Warna dan Harga Secara Dalam Talian.

Ya, anda berada di laman yang betul, sebab sekejap lagi abang akan ceritakan tentang kebaikan dan ke-awesome-an jam tangan seksi G-Shock ini.

Penggemar sukan lasak atau aktiviti outdoor mesti setuju yang koleksi jam tangan G-Shock adalah jenama jam tangan yang paling terbaik dan sesuai untuk dipakai. Bukan sebab kualiti yang terjamin, koleksi jam tangan G-Shock juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi khas atau special features yang jadikan ia sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti lasak. Abang rate aktiviti lasak 1-10, lebih dari 10 pun awak still nampak mengancam bila pakai jam G-Shock ni.


seksi kan? bayangkan korang yang terbaring tepi pantai sambil pakai jam G-Shock. Lagi seksi!



Okay, sekarang abang nak cerita fungsi-fungsi khas yang ada.


‘Water Resistant’ – Tak semua jam tangan ada fungsi ‘water resistant’. Sebagai contoh, sekiranya awak yang badan sado, jenis suka bersukan masuk air, panjat gunung, suka berenang dekat pantai, dekat air terjun, tak perlu pun tanggalkan jam tangan tu. Boleh sentiasa tersemat kemas dekat pergelangan tangan tanpa perlu risau rosak disebabkan air.


‘Shock Resistant’ – Kesinambungan dari ‘water resistant’, jam tangan G-Shock juga mempunya fungsi ‘shock resistant’. Awesome kan? Asalnya, G-Shock direka bila jurutera Casio dipilih untuk jadikan jam tangan dari bahan yang mudah pecah dan rosak kepada sebuah aksesori yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Boleh diumpamakan, kalau awak jatuhkan jam tangan G-Shock dari tingkat dua mana-mana bangunan pun, takkan rosak. Percayalah! Jadi, kalau terhentak ke, terjatuh dari genggaman ke, awak tak perlu risau.


‘Stop Watch’ – Salah satu fungsi penting bagi abang-abang dan kakak-kakak atlet yang memerlukan jam randik sebagai salah satu medium untuk catat potensi badan. Contohnya, kalau abang-abang yang main olahraga, tak perlu susah-susah untuk suruh coach pegangkan jam randik, atau berlari sambil pegang jam randik. Sebab apa? Sebab dah ada jam G-Shock! Kalau dah pakai jam G-Shock yang ada ‘stop watch’, buat apa perlu jam randik lagi kan?


‘Alarm’ –  Mungkin fungsi ini agak cliché, tapi untuk yang jenis suka ambil ‘power nap’, fungsi ini sangat membantu. Tak perlu susah-susah nak set jam loceng dalam telefon bimbit. Lagi satu, bagi mereka yang suka berkhemah, dan sesuatu berlaku pada telefon bimbit (contoh: kehabisan bateri), maka jam tangan G-Shock ini adalah satu-satunya penyelamat anda untuk tidak terlajak tidur!


Satu perkara menarik yang perlu abang dan kakak tahu, jenama unggul dari Jepun ini dah masuk pasaran dunia sejak berpuluh tahun yang lalu dan sampai sekarang masih jadi pilihan no 1 ramai individu aktif. Jadi, anda yang belum memilik jam tangan G-Shock, bila lagi?


Senang sangat. Pergi layari butik G-Shock Online  di ZALORA sekarang! Lupakan kesesakan lalu lintas dan nikmati proses pembelian secara dalam talian yang mudah dan pantas dimana anda boleh menikmati penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Tak keluar peluh pun kak!



Bukan itu je, awak sebenarnya boleh buat pulangan semula lepas 30 hari selepas tarikh pembelian secara percuma, kot-kot awak tak puas hati dengan produk tu. Gila awesome kan?




No comments: