Saturday, August 1, 2015

Anugerah Cinta Buat Lelaki 2.0


Blog dah tak famous macam dulu. Maksud aku, pengunaan blog - orang guna blog sebagai perkongsian resipi, perkongsian pengalaman, perkongsian hidup, cara pakai make-up, cara pakai tudung, cara minum air, cara berjalan gaya artis dan sebagainya, dah tak famous. 

Sebab itu jugalah aku tak terus update blog walaupun tangan gatal nak update, selain busy tengok cerita Hindustan sepanjang raya. OK, aku nak sambung. (Kalau) nak baca part 1, simply tekan older post.

Pengurusan kewangan - yang ini kritikal. Berdasarkan pengalaman aku bersahabat baik dengan orang yang bercinta, dia pernah kata (or lebih tepat mengeluh), 'aku kena jimat. Kalau nak keluar, aku kena doublekan everything.' Doublekan everything which means, kalau makan sekali dengan teman wanita, tentulah dia kena bayarkan. Kalau naik bas, kena bayar double. Kalau nak KTM, kena bayar double. Dan kalau teman wanita dia berkehendakkan sesuatu, of course that guy couldn't lose from becoming a gentleman. Jadi, pengurusan kewangan amat penting. Duit photostat nota semester pun suruh mak bank-in, inikan nak belanja orang lain?
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih bijak menguruskan wang?

Pengurusan emosi - setiap pasangan yang bercinta tak lari dari masalah emosi. In fact, orang yang dah bertahun-tahun bercinta pun akan mengalami masalah yang melibatkan emosi. Cemburu, marah, merajuk, sedih - itu semua emosi biasa. Apa yang buatkan setiap emosi tu berbeza adalah macam mana kita handle. 
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih pandai kawal emosi?

Pengorbanan - Lelaki dengan perempuan banyak bezanya. To summarize, lelaki sebenarnya (pada pandangan aku) lebih banyak berkorban kalau dalam hal bercinta. Bercinta, bawa ke kahwin kalau ada jodoh. Bila dah kahwin, kena jaga dua pihak. Dan isteri hanya perlu ikut cakap suami - itu syurga mereka. Selalu aku fikir, macam mana kalau aku kenalkan perempuan yang aku berniat nak jadikan isteri pada mak ayah aku, lalu mak ayah aku tak approve. Lain hal pula kalau mak ayah si perempuan juga tak approve. Macam mana nak teruskan bercinta, lepas tu kahwin?
...Besarnya pengorbanan...


Bercinta bila bersedia, berkahwin bila bersedia.
Jangan sebab orang lain bercinta, kau nak bercinta.
Jangan sebab orang lain kahwin, kau nak kahwin.

Tapi, ada kadang-kadang rasa nak bercinta dan berkahwin tu membuak-buak :P

P/S - tengok cerita Korea, rasa bahagia tu automatik datang. Rasa macam indah gila tengok cara diorang bercinta.


 

No comments: