Tuesday, August 4, 2015

"Angah, nak tengok selupu.."


Sebulan lebih-lebih yang lalu, aku cakap dekat anak buah aku yang annoying iaitu Thuraiya,


          "Busu nak dapat anak buah kembar"

          "Baby?"

          "Ha'ah, angah nak dapat baby. Busu dapat anak buah baru. Thuraiya nak dapat sepupu"

          "Selupu?"

          "Sepupu."

          ""Selupu?"

          "Sepupulah! Nanti tanya angah, 'angah, mana sepupu Thuraiya?' Okay?"


Jadi, alhamdulillah, anak kepada kakak aku yang second berjaya lahirkan anak few days sebelum Hari Raya Aidilfitri. Anak dia ramai. Anak dia ada dua. Anak dia kembar :) 

Maka, berlakulah sedikit pendebatan antara kami makcik dan pakcik yang kepoh untuk bagi nama pada si abang dan si adik. Nanti bagi nama panjang-panjang dari Melaka sampai Brazil, panggillannya cinonet je. Nama (contoh) Ahmad Hikayat Al-Aswad Khairul Muzani Irfan Altantuya, panggilnya cuma, 'Mad' je.


          "Angah... nak tengok selupu.." soal Thuraiya kepada kakakku yang masih terbaring di atas katil di dalam wad.

          "Aku lempang kau nanti. Sepupulah!"  balas Pak Busunya sedikit kasar.



P/S - Azhar dan Azfar, dah besar nanti kita selfie banyak banyak <3
PP/S - Rasanya aku pernah buat entri pasal nama anak.




3 comments:

crescent said...

wah congrat dapat anak buat kembar...tapi nama tu hujung hujung scary...hahaha...

Anasyg said...

selupu pun boleh. igt lg, dulu anep mmg selalu buat entry pasal ur family members salah cakap. haha hilarious

Zul Fattah said...

wahh.. tahniah dpat anak buah baru..