Monday, August 17, 2015

"ada nenek dengan opah"


Satu petang, aku bersama kakak dan ditemani anak buah sulung kami berumur 4 tahun menghantar abang ke Melaka Central. CD himpunan lagu hindustan dimainkan untuk memecah kesunyian di dalam kereta. Di satu simpang dan lampu isyarat sudah bertukar merah, kereta kami berhenti betul-betul di hadapan lorong yang membawa kepada sebuah rumah kayu yang terbiar. Dari seberang jalan, sesiapa jua boleh nampak rumah itu. Masih berdiri utuh, namun tidak berpenghuni.


          Thuraiya : Itu rumah siapa?

          Kakak : Tak tahu. 

          Thuraiya : Siapa duduk situ?

          Kakak : Tak ada siapa. Kenapa? Thuraiya ada nampak siapa-siapa ke?

          Thuraiya : Ada.

          Kakak : Siapa?

          Thuraiya : Ada nenek dengan opah.

          Kakak : Eh lama pulak lampu merah ni!

          Aku : Okay, boleh diam sekarang.


Lampu bertukar hijau lalu abang menekan pedal minyak menuju ke destinasi. Keadaan kembali sunyi dan hanya kedengaran alunan muzik hindustan dari CD yang dimainkan tanpa sebarang perbualan dari kami berempat.



3 comments:

Aisyah Sukor said...

erk!! kenapa seram sangat....

Jenny Pa-un said...

seram.......

aKSARAfENDI said...

ahha budak2 boleh nmpak la tu.. ataupun cma byangan bdak2 saje