Monday, August 17, 2015

"ada nenek dengan opah"


Satu petang, aku bersama kakak dan ditemani anak buah sulung kami berumur 4 tahun menghantar abang ke Melaka Central. CD himpunan lagu hindustan dimainkan untuk memecah kesunyian di dalam kereta. Di satu simpang dan lampu isyarat sudah bertukar merah, kereta kami berhenti betul-betul di hadapan lorong yang membawa kepada sebuah rumah kayu yang terbiar. Dari seberang jalan, sesiapa jua boleh nampak rumah itu. Masih berdiri utuh, namun tidak berpenghuni.


          Thuraiya : Itu rumah siapa?

          Kakak : Tak tahu. 

          Thuraiya : Siapa duduk situ?

          Kakak : Tak ada siapa. Kenapa? Thuraiya ada nampak siapa-siapa ke?

          Thuraiya : Ada.

          Kakak : Siapa?

          Thuraiya : Ada nenek dengan opah.

          Kakak : Eh lama pulak lampu merah ni!

          Aku : Okay, boleh diam sekarang.


Lampu bertukar hijau lalu abang menekan pedal minyak menuju ke destinasi. Keadaan kembali sunyi dan hanya kedengaran alunan muzik hindustan dari CD yang dimainkan tanpa sebarang perbualan dari kami berempat.



Friday, August 7, 2015

Positif! Positif!


Izinkanlah aku untuk tulis sesuatu yang membuktikan kesabaran-ada-batasnya.


       Aku tak tahu apa masalah kau. Tapi, dah lama aku observe perangai kau (in fact, bukan aku seorang tapi 
       banyak mulut-mulut lain yang dah cakap pasal kau) kau memang jenis suka cari salah orang. Aku tak faham
       kenapa setiap benda yang kau tak suka/kau tak puas hati, kau akan shoot. Okaylah, bagi aku, kau belum
       capai tahap kematangan seorang manusia. Percayalah, aku cuba untuk positifkan diri aku dengan perangai
       kau, dan aku percaya, kau akan capai kematangan tu satu hari nanti. As for now, kau nak sound orang ke,
       kau nak menganjing orang ke, kau nak malukan orang ke, itu kau punya pasal.

       Aku dah pernah tegur kau. Sekarang, kalau orang lain perasan pasal perangai kau, biarlah orang lain pulak 
       yang tegur. Semoga cepat matang dan bahagia dengan fasa jaga-tepi-kain-sendiri. Okay beb? Jangan sampai
       kau pulak yang kena shoot dengan orang lain nanti. Kena ingat, sebelum cakap tu kena fikir dulu. Ada sebab
       Tuhan jadikan mulut kita satu je.


Maaflah, dah macam diari pulak. Eh kejap, aku kisah ke?


Tuesday, August 4, 2015

"Angah, nak tengok selupu.."


Sebulan lebih-lebih yang lalu, aku cakap dekat anak buah aku yang annoying iaitu Thuraiya,


          "Busu nak dapat anak buah kembar"

          "Baby?"

          "Ha'ah, angah nak dapat baby. Busu dapat anak buah baru. Thuraiya nak dapat sepupu"

          "Selupu?"

          "Sepupu."

          ""Selupu?"

          "Sepupulah! Nanti tanya angah, 'angah, mana sepupu Thuraiya?' Okay?"


Jadi, alhamdulillah, anak kepada kakak aku yang second berjaya lahirkan anak few days sebelum Hari Raya Aidilfitri. Anak dia ramai. Anak dia ada dua. Anak dia kembar :) 

Maka, berlakulah sedikit pendebatan antara kami makcik dan pakcik yang kepoh untuk bagi nama pada si abang dan si adik. Nanti bagi nama panjang-panjang dari Melaka sampai Brazil, panggillannya cinonet je. Nama (contoh) Ahmad Hikayat Al-Aswad Khairul Muzani Irfan Altantuya, panggilnya cuma, 'Mad' je.


          "Angah... nak tengok selupu.." soal Thuraiya kepada kakakku yang masih terbaring di atas katil di dalam wad.

          "Aku lempang kau nanti. Sepupulah!"  balas Pak Busunya sedikit kasar.



P/S - Azhar dan Azfar, dah besar nanti kita selfie banyak banyak <3
PP/S - Rasanya aku pernah buat entri pasal nama anak.




Saturday, August 1, 2015

Anugerah Cinta Buat Lelaki 2.0


Blog dah tak famous macam dulu. Maksud aku, pengunaan blog - orang guna blog sebagai perkongsian resipi, perkongsian pengalaman, perkongsian hidup, cara pakai make-up, cara pakai tudung, cara minum air, cara berjalan gaya artis dan sebagainya, dah tak famous. 

Sebab itu jugalah aku tak terus update blog walaupun tangan gatal nak update, selain busy tengok cerita Hindustan sepanjang raya. OK, aku nak sambung. (Kalau) nak baca part 1, simply tekan older post.

Pengurusan kewangan - yang ini kritikal. Berdasarkan pengalaman aku bersahabat baik dengan orang yang bercinta, dia pernah kata (or lebih tepat mengeluh), 'aku kena jimat. Kalau nak keluar, aku kena doublekan everything.' Doublekan everything which means, kalau makan sekali dengan teman wanita, tentulah dia kena bayarkan. Kalau naik bas, kena bayar double. Kalau nak KTM, kena bayar double. Dan kalau teman wanita dia berkehendakkan sesuatu, of course that guy couldn't lose from becoming a gentleman. Jadi, pengurusan kewangan amat penting. Duit photostat nota semester pun suruh mak bank-in, inikan nak belanja orang lain?
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih bijak menguruskan wang?

Pengurusan emosi - setiap pasangan yang bercinta tak lari dari masalah emosi. In fact, orang yang dah bertahun-tahun bercinta pun akan mengalami masalah yang melibatkan emosi. Cemburu, marah, merajuk, sedih - itu semua emosi biasa. Apa yang buatkan setiap emosi tu berbeza adalah macam mana kita handle. 
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih pandai kawal emosi?

Pengorbanan - Lelaki dengan perempuan banyak bezanya. To summarize, lelaki sebenarnya (pada pandangan aku) lebih banyak berkorban kalau dalam hal bercinta. Bercinta, bawa ke kahwin kalau ada jodoh. Bila dah kahwin, kena jaga dua pihak. Dan isteri hanya perlu ikut cakap suami - itu syurga mereka. Selalu aku fikir, macam mana kalau aku kenalkan perempuan yang aku berniat nak jadikan isteri pada mak ayah aku, lalu mak ayah aku tak approve. Lain hal pula kalau mak ayah si perempuan juga tak approve. Macam mana nak teruskan bercinta, lepas tu kahwin?
...Besarnya pengorbanan...


Bercinta bila bersedia, berkahwin bila bersedia.
Jangan sebab orang lain bercinta, kau nak bercinta.
Jangan sebab orang lain kahwin, kau nak kahwin.

Tapi, ada kadang-kadang rasa nak bercinta dan berkahwin tu membuak-buak :P

P/S - tengok cerita Korea, rasa bahagia tu automatik datang. Rasa macam indah gila tengok cara diorang bercinta.