Friday, July 17, 2015

entri malam raya


Aku pernah buat entri pasal 'Kitaran Aidilfitri' di mana manusia (yang beragama Islam) akan lalui fasa demi fasa semasa sambut Aidilfitri. 

Untuk aku, aku dah lama lalui fasa di mana aku tak lagi rasa seronok atau teruja dengan kedatangan Aidilfitri (hari pertama). Mungkin ada beberapa sebab kenapa aku dah tak ada rasa-rasa yang macam tu.

1 - adik beradik dah kahwin
2 - tak bermalam di kampung

Rasa lain bila masa aku kanak-kanak dulu, aku sambut Aidilfitri (hari pertama) dengan adik beradik aku yang lain. Rasa gembira dan teruja dia satu macam - bila mana kami semua akan beratur ikut susunan dari tua ke muda, salam dengan mak ayah dan dapat duit raya. The best part is (was), family photo (:

Dulu lain, sekarang lain. Mungkin itu jawapan yang paling munasabah dan paling boleh diterima kalau nak bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang. Sekarang, abang aku pun kena on-call tiap pagi raya. Masuk tahun ni, dah tahun ketiga dia kena on-call. Tahun depan tak tahu, tapi yang pasti, dia beraya dengan (bakal) isteri dia I'Allah. 

Orang kata, hari raya pertama adalah yang paling seronok. Tapi, bagi aku yang sedang lalui fasa kurang seronok dan kurang teruja, hari raya pertama bukan yang paling seronok. Hari yang paling seronok bagi aku adalah bila keluarga aku akhirnya akan balik seorang demi seorang untuk kami sama-sama berkumpul (walaupun sekadar menonton TV bersama). Itu paling manis (: 

Tak mengapalah, tahun depan pun I'Allah aku dah bekerja, boleh juga buat persiapan raya guna duit sendiri selain dapat merasa untuk memberi pulak. 24 tahun hidup dengan menerima je, dah tiba masa pulak memberi rasanya. Tapi, itu tahun depan punya cerita. Tahun ni, masih berharap! :P


a/n - whatever it is, tahun ni beraya dengan anak buah(s) baru. Anak buah raya. Ada dua. Muka sama :P



2 comments:

crescent said...

hari raya sekarang dah beza dengan dulu kan...sama lah aku pon kurang dah rasa excited tunggu raya...hahaha...btw salam kenal...

Anasyg said...

salam syawal 2015 anep :) selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. ampunkan kalau anas ada buat salah ke apa ok. kosong2. :) raya jemput dtg blog, eh rumah. haha