Friday, July 24, 2015

Anugerah Cinta Buat Lelaki


Sesungguhnya, itu bukanlah tajuk novel atau lagu. Tiba-tiba terasa nak bagi honest view terhadap 'cinta' yang wujud dalam diri setiap lelaki dalam dunia ni, termasuk aku. Dan apa yang aku maksudkan dengan cinta, adalah cinta yang melibatkan hati, perasaan, jiwa dan raga....

...dari seorang lelaki.

kalau aku tengok lelaki yang dah bercinta, ada teman wanita, kerap keluar bersama, bercakap di telefon lama-lama, aku jadi cemburu. Sebab apa? Sebab aku tak (belum) mampu hidup macam mereka. Aku anggap mereka mempunyai disiplin, komitmen, pengurusan masa, pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan pengorbanan yang tinggi/tip top. Senang cerita, bercinta bukanlah benda yang mudah (kalau ada niat untuk terus jadi halal).

Ini bukan nasihat, tapi cuma honest view dari seorang yang terasa dan ingin bercinta kalau diizinkan.

Disiplin - bukan senang nak faham perempuan, sebab itu juga membawa kepada susahnya bercinta. Melainkan kau bercinta dengan yang sama jenis, itu aku tak tahu. Nak bercinta, kalau hidup sendiri pun tak ada disiplin, macam mana nak ada seorang lagi?  
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih berdisiplin?

Komitmen - bagi aku, kalau nak bercinta ni kena betul-betul bersedia. Bersedia untuk segala-galanya. Lebih tepat lagi, bersedia untuk bertanggungjawab terhadap seseorang, walaupun secara teknikalnya kau baru dalam fasa bercinta. Tapi, memang itu yang sepatutnya kan? Perempuan mengharapkan lelaki yang bertanggungjawab, dan untuk ada rasa tanggungjawab, kena ada komitmen. Kalau assignment pun hantar lambat, aku tak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau bercinta.  
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih sedia untuk bagi komitmen?

Pengurusan masa - aku cuba bayangkan kalau aku bercinta dengan perempuan yang sama kelas, sama kolej dan everything will lead to 'sentiasa bersama-sama'. Aku pasti mereka yang ada kekasih yang macam aku cakap tadi mampu mengurus masa dengan cekap. Yelah, kawan-kawan, kelas, ibu ayah, lecturer, kekasih, dan hidup sendiri. Aku yakin semua itu tak perlukan perhatian yang lebih. Cuma, kalau dapat kekasih yang nak 'sentiasa bersama-sama' macam kat atas tadi, macam mana? Matilanakkk.  
...Atau mungkin dengan kehadiran perempuan tu yang buatkan lelaki lebih bijak menguruskan masa?


Aku penat, I'Allah ada masa (tengok, nak update blog pun takde masa, inikan nak bercinta?) aku sambung. Before it's too late, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin (:

Friday, July 17, 2015

entri malam raya


Aku pernah buat entri pasal 'Kitaran Aidilfitri' di mana manusia (yang beragama Islam) akan lalui fasa demi fasa semasa sambut Aidilfitri. 

Untuk aku, aku dah lama lalui fasa di mana aku tak lagi rasa seronok atau teruja dengan kedatangan Aidilfitri (hari pertama). Mungkin ada beberapa sebab kenapa aku dah tak ada rasa-rasa yang macam tu.

1 - adik beradik dah kahwin
2 - tak bermalam di kampung

Rasa lain bila masa aku kanak-kanak dulu, aku sambut Aidilfitri (hari pertama) dengan adik beradik aku yang lain. Rasa gembira dan teruja dia satu macam - bila mana kami semua akan beratur ikut susunan dari tua ke muda, salam dengan mak ayah dan dapat duit raya. The best part is (was), family photo (:

Dulu lain, sekarang lain. Mungkin itu jawapan yang paling munasabah dan paling boleh diterima kalau nak bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang. Sekarang, abang aku pun kena on-call tiap pagi raya. Masuk tahun ni, dah tahun ketiga dia kena on-call. Tahun depan tak tahu, tapi yang pasti, dia beraya dengan (bakal) isteri dia I'Allah. 

Orang kata, hari raya pertama adalah yang paling seronok. Tapi, bagi aku yang sedang lalui fasa kurang seronok dan kurang teruja, hari raya pertama bukan yang paling seronok. Hari yang paling seronok bagi aku adalah bila keluarga aku akhirnya akan balik seorang demi seorang untuk kami sama-sama berkumpul (walaupun sekadar menonton TV bersama). Itu paling manis (: 

Tak mengapalah, tahun depan pun I'Allah aku dah bekerja, boleh juga buat persiapan raya guna duit sendiri selain dapat merasa untuk memberi pulak. 24 tahun hidup dengan menerima je, dah tiba masa pulak memberi rasanya. Tapi, itu tahun depan punya cerita. Tahun ni, masih berharap! :P


a/n - whatever it is, tahun ni beraya dengan anak buah(s) baru. Anak buah raya. Ada dua. Muka sama :P