Monday, June 29, 2015

degree dah habis, bro


Kalau nak diumpamakan dengan ayat klishe, aku akan cakap; macam baru semalam register, dan sekarang semuanya dah settled - no more classes, no more assignments, no more quizzes, no more exams, no more attendance sheets, no more late night stay-ups, no more movie exchanges, no more everything in what college students would do.

no more.

Tapi, masa memang betul-betul pantas berlalu disebabkan aku terlalu occupied dengan semua perkara. 
Tak sedar yang masa sedang berlalu. 
Tak sedar yang masa dah pun berlalu.


Kawan-kawan, aku doakan yang terbaik untuk kalian.
Aku akan rindukan semuanya. Sungguh.






Sunday, June 21, 2015

try


Ramadhan again.
trying over and over to be a better person inside and outside.

i'm sure Allah has good plans for me, for family, and for other people as well.



...semoga bermakna, bukan saja dalam Ramadhan. 



Wednesday, June 10, 2015

tak lama dah


Kali terakhir aku tulis dalam blog ini adalah 2 bulan yang lalu.

Kerap juga aku buka blog, dan baca semula tulisan-tulisan lama, tulisan-tulisan tak matang, dan tulisan-tulisan memberontak. Pernah terlintas nak tulis yang baru, tapi tergendala sampailah sekarang. Cadangnya, aku nak tulis semua yang dah jadi sepanjang 3 tahun aku di UPM. Bak kata orang, mengimbau kenangan lalu dan semadikan dalam bentuk tulisan. Tapi, tangan aku terlalu gatal untuk menaip. Dah terlalu lama aku tak menaip. Ada blog, tapi jarang digunakan. Sayang. Konsepnya sama macam aku beli sebuah diari, tapi terbiar dengan habuk. Kalau berkunci, berpuluh tahun aku kira akan tetap berkunci.

Dah tak lama dah untuk aku habiskan apa yang aku mulakan kira-kira 3 tahun lepas. Seperti kebiasaan, apa yang mula pasti habis. Apa yang awal pasti ada akhir. Apa yang bertemu pasti akan terpisah. Jujurnya, aku bukan sejenis manusia yang terlalu sentimental dan mengambil kira setiap apa yang jadi dalam hidup sehari-harian. Aku cuma sejenis manusia yang mengambil manisnya saja. Untuk apa aku simpan yang pahit kalau ada yang manis? 

Bila dah terlalu hampir ke penghujung, itu bermakna masa yang ada untuk diluangkan dengan apa yang ada di sekeliling pun dah hampir tamat. Untuk keadaan sekarang, berilah masa seribu tahun pun, takkan pernah cukup masa untuk bersedia menuju ke penghujung. Hah, itu klishe. Takkan ada seribu tahun, takkan ada masa yang boleh diputar. Apa yang ada, apa yang jadi, dan apa yang bakal jadi, kena juga terima sama ada bersedia atau tidak. Itu peraturannya. 

Tiga tahun cukup singkat. Tapi, bagi aku masa yang ada dah cukup padat dengan apa yang sepatutnya aku isi di dalamnya.  Sumbatlah lagi dan lagi, masanya hanya setakat itu. Sebab itulah - "jangan suka sangat, nanti menangis". Tapi, aku tak menangis! Aku takkan menangis. Aku yakin! Kenapa aku perlu menangis untuk sesuatu yang manis? Tak masuk akal. Menangis gembira? Ah, lagi tak masuk akal. 

Lumrah. Semua orang pun akan jalani perkara yang sama cuma fasa yang berbeza. Berdoalah bagai nak rak pada Tuhan supaya lambatkan masa yang berlalu, takkan pernah terjadi. Walaupun pada dasar hati yang paling gelap aku memang mengharapkan keajaiban sebegitu rupa akan terjadi, tapi aku tetap kena berpijak di bumi yang nyata. Berhenti beri harapan pada diri sendiri. Ia memudaratkan. Sungguh. 

Ah, baru nak habis zaman belajar dah karang karangan panjang lebar. Sembang! Macamlah tak boleh jumpa lagi! Jadilah artis, pembaca berita, penulis terkenal, pelakon teater, confirm setiap minggu ada kawan-kawan se-universiti yang ajak jumpa. Tapi, entah bila? 

Tak lama dah.