Friday, February 13, 2015

keputusan peperiksaan


kau pernah menangis sebab tak boleh jawab exam?
kau pernah menangis sebab salah tulis jawapan exam?
kau pernah menangis sebab soalan exam nokharom susah?

paling celaka, bila lecturer kata soalan MCQ, tapi yang keluar exam adalah soalan essay 40 markah. 


biasalah, kehidupan sebagai seorang pelajar, mesti akan ada rasa tekanan peperiksaan (sebelum, semasa dan selepas).
pembelajaran sepanjang satu semester diaplikasikan dan dicurahkan terhadap soalan peperiksaan akhir, dan keputusan peperiksaan adalah perkara yang ditunggu-tunggu sebelum masuk semester baru.

tapi, 

bila kau nak datang kelas suka hati, jawab kuiz ke laut, test ke dasar laut, assignment ke kerak bumi, then kau curahkan semuanya pada kertas jawapan, dan kau harap nak dapat keputusan yang bagus dekan kepujian anugerah emas agung canselor apa jadah semua tu, kau ingat kau ranchodas shamaldas chanchad? 

be realistic. 


tapi,

percaya pada usaha.
walaupun test dan assignment semua tak menyebelahi, tapi kalau ada usaha yang ikhlas untuk dapatkan yang terbaik demi keputusan peperiksaan akhir, insyallah semua akan jadi baik. kenapa aku macam baik sangat ni? 

keputusan exam dah keluar walaupun sistem sangat menyakitkan hati. tahniah untuk semua terutama kanak kanak Journalism! GO JOURNALISM! 

sekian,
yang bakal menempuh semester terakhir untuk tests, quizzes, assignments dan final exam,
Aneff.


1 comment:

Jenny Pa-un said...

pernah menangis time exam.. sebab tengok jwpn kawan sebelah punya la panjang, tapi jwp kita dua tiga ayat je.. nak tulis panjang2 tak tau sebab semua dah curahkan guna ayat sendiri berdasarkan pemahaman hahaha...btw Good Luck Aneff, All the best..