Tuesday, February 17, 2015

CERTOT Fixi - Romantis


kali kedua hantar ke pertandingan cerita kontot (CERTOT) anjuran Buku Fixi, still tak ada rezeki. setiap buku baru yang keluar, akan ada pertandingan CERTOT gunakan tajuk yang sama. anyways, a guy must do what he likes to do kan? so, here it goes.


“Kau takkan boleh buat apa yang aku nak. Apa yang mustahil, kau takkan boleh buat!”

“Demi engkau, apa yang mustahil semuanya boleh jadi tak mustahil!”

“Buktikan.”

Seraya itu, langkahnya laju pergi meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Betapa sakitnya melepaskan orang tersayang dengan ‘cabaran’ yang betul-betul menduga.


***********

“Kau sihat?”

“Alhamdulillah. Kau?”

Anggukan lembut membuatkan aku tersenyum. Hati aku tak pernah berubah. Begitulah juga hatinya yang aku harap masih mempunyai ruang untuk diisi oleh lelaki yang setia menunggu dan membuatkan apa yang mustahil, jadi tidak mustahil.

Kotak kecil berbentuk hati aku tolak perlahan. Riak mukanya berubah.

“Apa ni?”

“Possibility. Untuk aku dapatkan hati kau.”

“Possibility?”

Kotak itu dibuka. Matanya membulat.

***********

“Aku nak kau ambil sehelai kertas, tak kira apa pun saiznya. Lipat kertas itu separuh, dan ulang sebanyak lapan kali. Lapan saja, tak lebih.”

“Apa yang kau mengarut ni?”

“Impossibility. Untuk kau dapatkan hati aku.”

“Impossibility?”

***********

“Kau bukalah lipatan itu satu demi satu. Cukup lapan, aku nak kau jadi milik aku. Aku dah buktikan.”




Friday, February 13, 2015

keputusan peperiksaan


kau pernah menangis sebab tak boleh jawab exam?
kau pernah menangis sebab salah tulis jawapan exam?
kau pernah menangis sebab soalan exam nokharom susah?

paling celaka, bila lecturer kata soalan MCQ, tapi yang keluar exam adalah soalan essay 40 markah. 


biasalah, kehidupan sebagai seorang pelajar, mesti akan ada rasa tekanan peperiksaan (sebelum, semasa dan selepas).
pembelajaran sepanjang satu semester diaplikasikan dan dicurahkan terhadap soalan peperiksaan akhir, dan keputusan peperiksaan adalah perkara yang ditunggu-tunggu sebelum masuk semester baru.

tapi, 

bila kau nak datang kelas suka hati, jawab kuiz ke laut, test ke dasar laut, assignment ke kerak bumi, then kau curahkan semuanya pada kertas jawapan, dan kau harap nak dapat keputusan yang bagus dekan kepujian anugerah emas agung canselor apa jadah semua tu, kau ingat kau ranchodas shamaldas chanchad? 

be realistic. 


tapi,

percaya pada usaha.
walaupun test dan assignment semua tak menyebelahi, tapi kalau ada usaha yang ikhlas untuk dapatkan yang terbaik demi keputusan peperiksaan akhir, insyallah semua akan jadi baik. kenapa aku macam baik sangat ni? 

keputusan exam dah keluar walaupun sistem sangat menyakitkan hati. tahniah untuk semua terutama kanak kanak Journalism! GO JOURNALISM! 

sekian,
yang bakal menempuh semester terakhir untuk tests, quizzes, assignments dan final exam,
Aneff.


Wednesday, February 11, 2015

umur


bukanlah berniat nak jadi sentimental atau emosional. tapi, bila setiap kali sebut pasal umur, mesti akan ada 'rangkaian kata-kata' yang menjurus pada sesuatu yang menyedihkan; sekurang-kurangnya akan sentuh soal masa depan atau masa belakang. 

mungkin juga bergantung pada penutur, ye tak?

umur makin meningkat, apa yang dah aku capai? apa yang dapat aku simpul? apa yang boleh aku sumbang tak kira pada siapa? 

tak ada?
belum ada?

kita guna kebarangkalian 'belum ada':

- sekarang, berbaki satu semester untuk aku gunakan alasan 'belum ada' sesuatu yang boleh aku sumbangkan tak kira pada siapa, 'belum ada' sesuatu yang dah aku capai, dan 'belum' ada apa yang dapat aku simpul setakat aku hidup atas muka bumi. 

- sekarang, peluang yang ada aku rebut untuk aku gunakan apa yang aku yakin boleh capai dan buatkan jadi kenyataan. 

- sekarang, angan-angan dipasang setinggi langit. terlalu tinggi sampaikan tak tercapai nak diturunkan kembali untuk diperbetulkan mana yang silap. 

umur makin meningkat, aku tak ingat bila aku ada toleh ke belakang untuk rangka balik apa yang aku nak di depan. jalanlah terus dan lurus. aku harap, kalau aku tak yakin dengan simpang yang ada, akan ada orang dekat belakang yang nasihat jalan mana yang terbaik yang harus aku pilih. 

tak seronok rasanya kalau berjalan seorang dan hidup hari demi hari dengan umur yang makin meningkat. dan bila umur kita meningkat, umur orang sekeliling kita pun meningkat, termasuklah mak dengan ayah.

jadi, tanya lagi sekali, bila boleh 'ada' sesuatu yang 'belum ada'?


Monday, February 9, 2015

filem-filem (hollywood) awesome versi Aneff



sebagai seorang peminat tegar filem yang bagus, jalan cerita menarik, pelakon best, bluray dan unrated, aku rasa terpanggil untuk buat satu senarai filem (generally) yang aku rasa sangat awesome dan recommended. at least bolehlah update blog. 

harus diingatkan, senarai ini hanyalah senarai pada pemerhatian seorang Aneff selama beliau hidup selama 23 tahun dan lebih lebih sikit. kalau tak suka, boleh berambus. tapi diingatkan sekali lagi, pemerhatian seorang Aneff terhadap filem tiada tolok bandingnya adalah berasas dan logik. kalau ada filem yang lagi awesome yang aku belum tengok dan akan tengok, of course akan ditambah ke dalam list favourite films aku. 


#1 BOYHOOD (2014)


Bayangkan, dari umur 5 tahun sampai 18 tahun gunakan pelakon yang sama, dan dimuatkan dalam 2 jam 45 minit punya filem. awesome shit kan? kalau boleh bet, aku akan bet yang movie ni akan menang Oscar.


#2 FRONT OF THE CLASS (2008)


 Filem paling aku suka. Sedih. Aku menangis. Inspired by true event. Good luck cari online (kalau ada)


#3 GONE GIRL (2014)


Aku benci filem yang buat aku tertipu. Cerita ni aku tertipu separuh nak dekat habis. Itu tandanya cerita ni awesome. 


#4 THE TALENTED MR RIPLEY (1999)


Matt Damon awesome. Aku tengok cerita ni pun aku cuak bila hampir hampir nak kantoi. Hensem, tapi psiko. Moralnya, jangan mudah tertipu dengan muka innocent.


#5 MIRACLE IN CELL NO 7


Menangis teresak-esak. Tak tipu. Filem ni fenomena. Tak ada mamat hensem, tak ada minah lawa plastic surgery. It/s all about a dad and his daughter.


#6 THE KILLING FLOOR (2007)


Filem yang aku suka dulu-dulu sebab ending dia WTF. kalau dapat predict awal-awal, maka awak awesome. atau aku yang bongok?


#7 THE LAST HOUSE ON THE LEFT (2009, remake from 1972)


THIS FILM IS AWESOME. aku suka ending dia dan jalan cerita dia dan courage watak dalam cerita ni. semuanya macam connected dan sangat logik. ending sangat puas hati!


#8 OLDBOY (2013, remake from 2003 Korean film)


When it is a re-make, maknanya awak kena tengok cerita tu. satu je aku nak cakap. mindfuck. 


#9 THE EAST (2013)


hai pemikir liberal dan extrovert! cerita ni khas untuk awak. wait, what?


#10 TITANIC (1997)


sila menyelam sampai dasar laut, dan mereput sama dengan Jack kalau kau belum tengok cerita ni.

Okay done!

Filem yang aku senaraikan tidak termasuk filem fiksyen/animasi atau apa-apa yang tak berpijak di bumi yang nyata atau yang boleh diterima minda kelas pertama. Leuls. Kalau aku senaraikan jugak, akan jadi tak adil. whatever it is, aku suka semua filem yang aku senaraikan sebab simply jalan cerita yang lain dari yang lain, dan menyentuh perasaan, dan awesome, dan gila, dan unexpected, dan OMG sangat puas hati dengan ending, dan WTF dan lain lain lagi. 

senang cerita, kalau nak tahu, tontonlah. jangan risau, semua dah ada dekat torrent rasanya. muah ciked.

p/s - tak sabar nak tunggu GoT season 5!
pp/s - aku nak tambah lagi satu filem - p/s i love you. awesome!
ppp/s - macam banyak kali aku sebut awesome dalam post ni.