Monday, January 26, 2015

yang nakal-nakal



rasa macam nak tulis benda yang seronok-seronok,
yang buatkan pengalaman jadi guru terbaik,
yang buatkan aku ketawa bila ingat balik,
yang nakal-nakal.

dulu,
aku takut nak pergi tadika. walaupun tadika tu boleh nampak dari rumah, tetap rasa takut jugak. bila abang dengan kakak aku semua dah cemerlang grad dari tadika, bila semua budak rasa teruja nak masuk tadika, nak pergi rombongan, nak kenal kawan baru, aku menangis dekat rumah tak nak pergi tadika. 

dan what I meant with takut was - nauzubillah punya takut habis kerusi meja sandwich aku lempar sebab memberontak takut punya pasal. 

aku dapat beg baru, fail baru, baju baru, tapi still semua tu tak trigger keinginan aku untuk pergi ke tadika dan jalani kehidupan biasa sebagai budak-yang-dah-masuk-tadika.

aku nangis semahu-mahunya. sangat teruk. sampai sekarang (24 tahun), cikgu tadika tu masih kenal aku dengan gelaran 'budak tak nak masuk tadika'.

walaupun aku anak bongsu, aku tak dimanjakan sangat - disebabkan aku berdegil kepala batu sangat tak nak masuk tadika, semua barang aku dibuang dalam tong sampah dan aku kena ikat dekat pokok dan aku berlari keliling taman berbogel. 

kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku nakal sangat tak nak masuk tadika?



3 comments:

Jenny Pa-un said...

masa zaman tadika lah zaman paling nakal.. dulu sanggup baling buku latihan keluar dari tingkap gara-gara taknak kena marah sebab tak siap.. tapi rupanya lagi teruk kena marah bila baling buku. haha

aneff.marhfiz said...

that was epic. paling tidak pun rasanya tipu cikgu kata tak bawak ini boleh pulak baling buku keluar tingkap LOL

Anasyg said...

anep lari bogel keliling taman? humph..interesting. haha. heyy :D