Tuesday, January 20, 2015

macam baru semalam...



macam baru semalam aku habis SPM, umur 17 tahun, meraikan tamatnya zaman persekolahan. kebebasan yang selama itu diimpikan oleh budak sekolah akhirnya dapat dicapai.


macam baru semalam aku melompat happy sebab dapat tawaran masuk universiti, meraikan kejayaan untuk turut sama berjaya dengan budak-budak universiti yang lain.


macam baru semalam aku kenal kawan-kawan baru, rakan sebilik, rakan sekelas, rakan satu program untuk sama-sama struggle habiskan belajar. sama-sama berjaya sambung ke degree.


macam baru semalam aku menangis teruk dalam library sebab tak pass untuk sambung degree yang aku nak. kawan-kawan yang ada tenangkan aku sebab...memang teruk aku menangis (':


macam baru semalam aku melalui fasa 'rebel' pada dunia, pada mak ayah, pada adik beradik dan pada sekeliling aku. rasa diri teruk gila sebab semua benda nak dicuba tak kenangkan kesan masa depan. 


macam baru semalam aku kena belasah dengan mak sebab berhenti belajar tak beritahu. berbulan-bulan nak baiki silap. sekarang tahulah kenapa aku anti-sosial bila stay dekat rumah.


macam baru semalam aku dapat peluang kedua untuk sambung belajar. kenal lagi kawan-kawan baru, rakan sebilik baru, rakan sekelas baru, rakan satu program untuk sama-sama struggle habiskan belajar.


macam baru semalam hari pertama aku sambung belajar. kenalkan diri secara awkward pada orang lain dengan harapan dapat kawan sama kepala.


sekarang, dah nak semester terakhir dengan kelas, kolej, assignments, aktiviti kolej dan semuanya. masa untuk jadi dewasa.


macam baru semalam aku tulis dalam buku laporan sekolah, cita-cita aku nak jadi doktor.
:')



No comments: