Wednesday, January 28, 2015

marsupilami



pernah dulu masa zaman sekolah menengah, tingkatan 5, semua budak termasuk aku diprovokasikan dengan penggunaan ayat atau perkataan bombastik dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM.

sebagai seorang yang nak dapat A1, aku pun gigih study perkataan bombastik nak tunjuk ayat aku setaraf ayat pelajar pelajar sekolah berasrama penuh. maklumlah, kita sekolah biasa je.

banyak ayat yang aku baru dengar;
- lackadaisical 
- lokanikally (aku tak sure wujud ke tak tapi aku pernah guna untuk exam dan cikgu tak cakap betul ke salah)
- marcapada
- dasawarsa
- pascaperindutrian
- marsupilami 

aku nak tekankan pada perkataan terakhir tu.

sebagai seorang yang lurus bendul dan innocent, aku percaya dengan budak kelas aku sebab dia salah seorang top student jugak. dia kata, 'marsupilami' adalah perkataan bombastik yang boleh gantikan perkataan 'kesimpulan'.


Contoh: 
'Secara marsupilaminya, penguatkuasaan undang-undang harus diperketatkan dan bla bla bla'


aku percaya bulat-bulat,
aku percaya hidup-hidup.

sebelum aku propose perkataan tu pada cikgu BM, dia laju-laju tarik bahu aku dan cakap yang marsupilami tu adalah binatang berekor panjang yang ada kulit harimau bintang.

celaka.



Monday, January 26, 2015

yang nakal-nakal



rasa macam nak tulis benda yang seronok-seronok,
yang buatkan pengalaman jadi guru terbaik,
yang buatkan aku ketawa bila ingat balik,
yang nakal-nakal.

dulu,
aku takut nak pergi tadika. walaupun tadika tu boleh nampak dari rumah, tetap rasa takut jugak. bila abang dengan kakak aku semua dah cemerlang grad dari tadika, bila semua budak rasa teruja nak masuk tadika, nak pergi rombongan, nak kenal kawan baru, aku menangis dekat rumah tak nak pergi tadika. 

dan what I meant with takut was - nauzubillah punya takut habis kerusi meja sandwich aku lempar sebab memberontak takut punya pasal. 

aku dapat beg baru, fail baru, baju baru, tapi still semua tu tak trigger keinginan aku untuk pergi ke tadika dan jalani kehidupan biasa sebagai budak-yang-dah-masuk-tadika.

aku nangis semahu-mahunya. sangat teruk. sampai sekarang (24 tahun), cikgu tadika tu masih kenal aku dengan gelaran 'budak tak nak masuk tadika'.

walaupun aku anak bongsu, aku tak dimanjakan sangat - disebabkan aku berdegil kepala batu sangat tak nak masuk tadika, semua barang aku dibuang dalam tong sampah dan aku kena ikat dekat pokok dan aku berlari keliling taman berbogel. 

kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku nakal sangat tak nak masuk tadika?



Saturday, January 24, 2015

cita-cita setinggi gunung?



tiba-tiba terfikir - tak pernah (rasanya) aku post pasal azam tahun baru setiap kali tahun baru datang? memandangkan masih di bulan Januari, jadi aku ingin berazam.

semoga kucings ini tidak terabai. 
- think of it as your pet cat, then I bet that you wouldn't let it starve to death.


SELAMAT TAHUN BARU  \O/



Tuesday, January 20, 2015

macam baru semalam...



macam baru semalam aku habis SPM, umur 17 tahun, meraikan tamatnya zaman persekolahan. kebebasan yang selama itu diimpikan oleh budak sekolah akhirnya dapat dicapai.


macam baru semalam aku melompat happy sebab dapat tawaran masuk universiti, meraikan kejayaan untuk turut sama berjaya dengan budak-budak universiti yang lain.


macam baru semalam aku kenal kawan-kawan baru, rakan sebilik, rakan sekelas, rakan satu program untuk sama-sama struggle habiskan belajar. sama-sama berjaya sambung ke degree.


macam baru semalam aku menangis teruk dalam library sebab tak pass untuk sambung degree yang aku nak. kawan-kawan yang ada tenangkan aku sebab...memang teruk aku menangis (':


macam baru semalam aku melalui fasa 'rebel' pada dunia, pada mak ayah, pada adik beradik dan pada sekeliling aku. rasa diri teruk gila sebab semua benda nak dicuba tak kenangkan kesan masa depan. 


macam baru semalam aku kena belasah dengan mak sebab berhenti belajar tak beritahu. berbulan-bulan nak baiki silap. sekarang tahulah kenapa aku anti-sosial bila stay dekat rumah.


macam baru semalam aku dapat peluang kedua untuk sambung belajar. kenal lagi kawan-kawan baru, rakan sebilik baru, rakan sekelas baru, rakan satu program untuk sama-sama struggle habiskan belajar.


macam baru semalam hari pertama aku sambung belajar. kenalkan diri secara awkward pada orang lain dengan harapan dapat kawan sama kepala.


sekarang, dah nak semester terakhir dengan kelas, kolej, assignments, aktiviti kolej dan semuanya. masa untuk jadi dewasa.


macam baru semalam aku tulis dalam buku laporan sekolah, cita-cita aku nak jadi doktor.
:')