Monday, August 4, 2014

the second year -- in a nutshell

Assalamualaikum

so, I told myself that after I've gotten my 4th semester exam result, I'll post the 'summary' of my semester 4 (plus minus the whole one year events)

so, kenapa aku tulis dalam BI ni? KAH. bajet duduk dekat Kota Liberal (KL) konon.

result dah dapat, puasa dah lepas, raya pun sedang berlangsung, jadi aku nak ambil masa sedikit untuk post entry dalam blog yang dah lama aku buat ni. sejak tahun 2009 rasanya. rasanyalah. sekarang dah 2014. 5 tahun dah aku menulis entah apa-apa dalam Kucings ni. dari header yang memang ada gambar kucing, gambar aku, gambar corak acah acah artisitk, dan macam macam lagi. 

tunggu masa nak delete je.

baiklah kanak-kanak.
The Second Year adalah tajuk filem terbaru saya adalah satu jangka masa yang bagi aku cukup padat, cukup ber-memori, cukup penat dan cukup manis. 

yep, bermula dari aku dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za'ba UPM 2013/2014. akronimnya MTMKPZUPM1314. atau MaTeMaKoPeZaYuPiEm1314. 


MaTeMaKoPeZa? hmm K.


aku belajar banyak benda sepanjang tahun kedua aku dekat sana. terlalu banyak. bermula dari aku pegang jawatan pengarah untuk event besar sampailah aku participate events kecil kolej. menang, kalah, menangis, gembira, melompat, meroyan, ketawa semua ada. SEMUA ada. terlalu banyak perkara yang jadi sampaikan aku tak boleh nak senaraikan semua. ekceli boleh je senaraikan, tapi macam gelenyah je rasa dia sebab buang masa. kan?

event yang paling menggembirakan hati dan menambah kenangan di kotak memori hati kudusku ini adalah Festival Teater Interkolej, Festival Zapin Interkolej. kami menang banyak! sebab tu (dan sebab-sebab lain) banyak kenangan.

dan juga, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta (MAKP) --sebab aku menyanyi malam tu. kahkahzsss!

sebenarnya masuk tahun kedua ni aku bergiat aktif sikit dan aku belajar banyak benda dengan orang sekeliling, dengan perkara yang jadi, perangai orang, sistem dan macam-macam lagi. aku suka tambah apa yang kurang dalam diri. kalau macam kurang tinggi tu pun kalau boleh aku nak tambah jugak. tapi ketentutan Allah kan. pendek dan comel, nak buat macam mana :3

dan sebelum cuti semester haritu, aku dengan rasminya dah letak jawatan dan berhenti jadi presiden salah satu sekretariat kolej :)

untuk result semester 4, aku dengan gelabah tetek terkejut bila tengok dapat gred F untuk subjek Kewartawanan Foto. gila babeng dapat F nak mampus ke cemana aku nak grad dengan kelas pertama semasa hari graduasi kelak? oh sebenarnya itu angan-angan saja walaupun aku letakkan benda tu pada usaha dan rezeki. kalau ada, adalah. kalau tak ada, mungkin rezeki dapat isteri kelas pertama? okbai

seterusnya adalah gambar-gambar-gambar-gambar.

oh lupa! jangan pernah berhenti belajar dengan orang/perkara sekeliling. semua itu mendewasakan :)

 Festival Zapin Interkolej.

 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta - w/ Presiden MTM 2014/2015

 after-dinner MAKP

Majlis Translasi Pendeta - perletakan jawatan dan perlantikan MTM baru

Festival Teater Interkolej -- malam anugerah


In a nutshell, my second year in KPZ has really brought me into something and someone else. 

1 comment:

Anasyg said...

dulu president, sekarang mantan :) tahniah anep