Saturday, July 5, 2014

Jadi, awak nak kawan dengan saya?

Hai.

Salam Ramadhan yang ke 7. pejam celik, pejam celik, sudah seminggu kita menunaikan kewajipan bukan? semoga semua amal ibadah kita diterima olehNya, I'Allah :)

dan aku pun tengah membayangkan cara aku bercakap ayat dekat atas dalam nada ceramah sambil tersenyum. KAH!

baiklah, aku taknak review pasal movie atau buku walaupun ada banyak juga buku dan SATU movie yang aku nak review iaitu Transformers. sebab aku tak review movie tu adalah i) aku tak fokus ii) bila tak fokus, jadi tak faham iii) movie tu panjang benor

--ok kita abaikan sebentar pasal Transformers. 

jadi adik-adik, abang nak menceceh sikit pasal sifat yang ada pada diri sesetengan orang. sifat yang sesetengah orang yang lain mungkin gelarkan:

-sombong
-ego
-tak bergaul
-tak peramah
-pendiam
-tak reti nak tegur orang
-membosankan
-perasan hensem
-perasan bagus

sepanjang 23 tahun, ada juga beberapa kenalan yang aku jumpa, dia tu seorang yang tak banyak cakap which is pendiam dan pemalu. and NEVER, i never confront sombong people. Never. sombong pada aku bila kau tak senyum depan orang yang senyum dengan kau, orang nak salam, kau tak nak salam, and setiap characteristics orang sombong yang kau tengok dalam drama tv tu. aku tak pernah jumpa IRL (in real life). and aku tak berapa percaya orang sombong ni wujud dalam dunia. mungkin wujud, cuma aku belum berkesempatan nak jumpa. 

berbalik pada kenalan yang aku ada, some of them might be so shy and quiet in front of people. to an extend, diorg sampai fikir yang bila diorg buat satu benda tu, akan memalukan diri dia. orang pemalu dan pendiam ni sangat banyak dalam dunia, dan bagi aku, diorang akan hilang sifat tu kalau diorang betul-betul dah adapt dengan community yang diorang ada dalam tu. 

and to adapt, to blend in, it takes so much time, bro - for this type of people.

once kau ada kawan yang dulunya pendiam dan tak banyak cakap, kau akan kenal dia bila kau betul-betul kenal dia. in fact, dia mungkin akan jadi kawan paling gila yang kau pernah ada. at this point, aku rasa benda ni jadi pada semua orang - ada kawan pendiam, bila dah kenal, jadi okay. cuma apa yang bezanya adalah tahap pendiam dan tak banyak cakap sebelum dia transform, dan masa yang dia ambil utk adapt dengan persekitaran dan orang sekeliling. 

sebenarnya, kawan-kawan dan persekitaran sangat memainkan peranan :) 

ada persekitaran yang akan 'memaksa' kau untuk transform diri kau sendiri. UNLESS kau sombong, yes, itu mustahil. sbb orang sombong ni ego dia tinggi nokharom so pergi masuk longkang lah. 

bila persekitaran ada atmosfera yang mendorong kau untuk jadi banyak cakap, kembangkan otak, kongsi idea, so secara automatik akan ter-transform lah. and bila ada kawan-kawan yang selalu nasihat, atau yang sound direct punya pesen, haa mahu tak kau nak jadi pendiam lagi?

mungkin sifat pendiam dan tak banyak cakap ni adalah sifat dari kecil, membesar dengan sifat tu, tapi bendanya boleh diubah. diubah untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama :) haa dah macam iklan susu pun ada. 


"...kau kena ada ramai kawan, baru senang. kena rajin tegur orang, kumpul kawan, kalau tak.. susah nanti..." - SH


a/n - and i'm so impressed with people yang akan angkat tangan and tegur orang bila-bila saja, tak kira di mana saja, tapi dia tak kenal pun orang tu :')




1 comment:

Azrin Rahim said...

yes, kawan dan persekitran memainkan peranan.. mostly, diorng pendiam sebb diorng rasa rendah diri.. infact, semua tu xpntg pon.. kdng2 kita just nak dia gmira dgn diri sendiri