Monday, June 30, 2014

Movie Review [The Journey - Malaysia]

Salam semua.

Salam Ramadhan Mubarak 1435H :))))

baiklah, harini aku nak buat movie review yang bertajuk The Journey, iaitu sebuah filem Chinese. filem ni adalah filem Chinese kedua yang aku tengok selepas Nasi Lemak 2.0 arahan Nameweeeeeee. tapi, secara jujur dan dari pandangan peribadi aku, aku lebih suka pada filem Nasi Lemak 2.0 dari The Journey ini (ikut perbandingan filem Chinese yang aku dah tengok dalam Malaysia)

aku baru tengok filem ni secara online beberapa hari yang lalu kerana hati ini begitu mencanak-canak mahu menonton selepas sana sini aku dengar 'eh tengoklah The Journey', 'jangan lupa tonton The Journey', 'The Journey awesome shit doh, aku melalak tak henti'.

jadi, saya pun tonton.




filem ni dapat sambutan yang sangat ramai walaupun tak ada teknik CGI, scene bertumbuk, tatoo kat badan dan adegan ranjang (as far as i concerned). untuk mereka yang cintakan family-oriented punya jalan cerita, aku cadangkan korang pergilah google, download, cari filem ni sebab dah tak ditayangkan lagi kat cinemas.

The Journey mengisahkan pasal seorang anak yang pulang dari overseas bersama bakal suaminya (orang putih), dan berhajat utk melangsungkan perkahwinan sekaligus nak dapatkan restu ayahnya. ayahnya yang keras kepala nak kekalkan tradisi bangsa Cina kalau mahu perkahwinan itu diteruskan. 

- perlu hantar sendiri invitation cards by hand pada sahabat handai tak kira di mana saja.
- jangan makan kepala ayam pada CN.

banyak lagi culture bangsa Cina yang diketengahkan. apa yang aku nak cakap, cerita ni ketengahkan hubungan kekeluargaan/persahabatan yang terjalin antara semua watak sepanjang proses ke arah majlis perkahwinan yang dirancang.

pergilah tengok sana! :'D

No comments: