Monday, June 30, 2014

Movie Review [The Journey - Malaysia]

Salam semua.

Salam Ramadhan Mubarak 1435H :))))

baiklah, harini aku nak buat movie review yang bertajuk The Journey, iaitu sebuah filem Chinese. filem ni adalah filem Chinese kedua yang aku tengok selepas Nasi Lemak 2.0 arahan Nameweeeeeee. tapi, secara jujur dan dari pandangan peribadi aku, aku lebih suka pada filem Nasi Lemak 2.0 dari The Journey ini (ikut perbandingan filem Chinese yang aku dah tengok dalam Malaysia)

aku baru tengok filem ni secara online beberapa hari yang lalu kerana hati ini begitu mencanak-canak mahu menonton selepas sana sini aku dengar 'eh tengoklah The Journey', 'jangan lupa tonton The Journey', 'The Journey awesome shit doh, aku melalak tak henti'.

jadi, saya pun tonton.




filem ni dapat sambutan yang sangat ramai walaupun tak ada teknik CGI, scene bertumbuk, tatoo kat badan dan adegan ranjang (as far as i concerned). untuk mereka yang cintakan family-oriented punya jalan cerita, aku cadangkan korang pergilah google, download, cari filem ni sebab dah tak ditayangkan lagi kat cinemas.

The Journey mengisahkan pasal seorang anak yang pulang dari overseas bersama bakal suaminya (orang putih), dan berhajat utk melangsungkan perkahwinan sekaligus nak dapatkan restu ayahnya. ayahnya yang keras kepala nak kekalkan tradisi bangsa Cina kalau mahu perkahwinan itu diteruskan. 

- perlu hantar sendiri invitation cards by hand pada sahabat handai tak kira di mana saja.
- jangan makan kepala ayam pada CN.

banyak lagi culture bangsa Cina yang diketengahkan. apa yang aku nak cakap, cerita ni ketengahkan hubungan kekeluargaan/persahabatan yang terjalin antara semua watak sepanjang proses ke arah majlis perkahwinan yang dirancang.

pergilah tengok sana! :'D

Friday, June 20, 2014

Movie Review [Edge of Tomorrow]

Hai.

Sejak dua menjak ni rajin pula buat review movie. Sebab apa? Sebab takde entry menarik lain yang nak dipost kan. nanti kalau post pasal hal peribadi, orang menyampah pula kan? eh tapi apa aku kisah? ok cuti ni aku akan update blog macam tulis diari. 

Baiklah.

Pertama sekali, Edge of Tomorrow (EOT) ni memang awesome dan rare, bagi aku lah sebab aku yang tengok dan aku yang tulis review dalam blog aku sendiri. jadi, aku nak cakap yang mmg cerita tu awesome sebab walaupun scene dia berulang-ulang, namun masih mampu mengekalkan momentum cerita. ha macam tu.

cerita ni mengisahkan tentang seorang officer yang ditugaskan dalam satu misi perang - Cage (TomCruise). perang tu adalah antara manusia dan juga mimik (alien yang nokharom banyak dan dia macam besi-besi sikit) 

jadi, pada hari kejadian, Cage ni dia macam blur untuk berperang sebab dia memang tak pernah training untuk berperang. at one point, dia sacrifice diri dia dengan guna bom untuk bunuh mimik tu, dan TADAAAAA....dia dapat 'reset' that particular day because of darah mimik yang masuk dalam badan dia. haa menarik tak menarik tak?

okay, itu konsep utama cerita EOT ni. sepanjang perjalanan cerita, dia akan ada plot lain sampailah ke klimaks cerita. nak tahu apa plot cerita yang lain? nak tahu berapa banyak kali dia dapat 'reset' hari perang tu? nak tahu apa klimaks? pergilah menonton! 8)

rating: 9/10. 
1 point hilang sebab Tom Cruise dengan Emily Blunt ada scene menceceh dan buang masa yadaa yadaa. tapi aku rasa itu sebab Tom Cruise nak spend masa dengan perempuan tu kot sbb dia dah lalui benda tu sebelum 'reset' hari tersebut. 

lantaklah macam pening je review aku ni. KBAI . 


Sunday, June 15, 2014

Movie Review [How To Train Your Dragon 2]


Salam.

Dah lama tak update, tiba-tiba update nak review movie. Lantaklah, blog aku ke blog kau? KAH!

Okay, How To Train Your Dragon 2 (HTTYD2) adalah kesinambungan dari filemnya yang pertama, obviously. Berkisarkan tentang anak kepada ketua puak (ayahnya) yang berusaha untuk oppose pemikiran ayah dan ahli puak yang lain bahawa naga-naga adalah mudah untuk di-train jadi jinak. okay faham tak? kalau tak faham boleh pergi tengok yang pertama punya dulu. jangan nak mengada-ngada tengok yang second terus.

Moving on!

HHTYD2 pula berkisarkan tentang Hiccup (lead role) yang mahu confront dengan Drago yang claim diri dia as dragon master. Drago ni mahu kumpul dragon army jadi Hiccup yang sebagai pencinta naga ni nak stop Drago ni dari berbuat demikian. Yadaa, yadaa, yadaa, Hiccup tak dapat halang so jadilah pertempuran yang SANGAT AWESOME antara watak antagonis dan protagonis. leuls. 

biasa tengok naga keluarkan api kan? naga dalam cerita ni keluarkan ais which is sangat motherfucking cool okay! dahlah besar gedabak ada tanduk pulak pastu dia shoot ais terus beku tu OMG VERY COOL LIDDAT!

Ada part yang emotional (sikitlah) bila Toothless kena marah dengan Hiccup. toothless yang comel tapi hitam tu kena marah dan Hiccup suruh dia 'GO AWAY!' sebab...sebab... *spoiler alert* sebab Toothless bunuh bapak Hiccup. 

nak tahu apa jadi seterusnya? boleh bukak nowshowing.com dan cekidaut cinema yang paling dekat dengan korang yang play movie naga ni. TAK RUGI PUN KALAU TENGOK. 



p/s - toothless ada kepak baru! kbai