Monday, January 13, 2014

Book Review - Rokok Nan Sebatang by Nami Cob Nobbler (Lejen Press)


AMARAN: Aku akan puji melambung buku ni, jadi kalau kau rasa-rasa macam aku over masa kau tengah baca, sila berambus.

Ini buku kedua hasil tulisan Nami yang aku baca. First buku - Awek Chuck Taylor which became my #1 favourite buku (so far). Aku tak review pun buku ACT sebab tak terfikir nak review. So, bolehlah kot google dan baca mana-mana review yang ada.

Moving on!

Baiklah, secara keseluruhan, Rokok Nan Sebatang (RNS) mengisahkan tentang perjalanan atau precisely tour yang tak dirancang. Watak utama, Romi, Wan, Bunga Ramona, Rudi dan Pakcik Azmi. Wan dan Romi, yang kenal baru sehari, travel dengan naik Volvo merah kepunyaan Wan. Lepas tu, diikuti oleh Rudi (kawan gig Wan), Bunga Ramona (hitch-hiker yang diorang bump-into dekat kedai bundle) dan Pakcik Azmi (pak lebai yang nak tumpang balik Batu Pahat).

Sepanjang perjalanan, there's argument between Wan dan Romi, Wan dan Pakcik Azmi yang most of them aku tak faham langsung -_- pasal dunia, pasal politik, pasal makanan, pasal kerajaan, pasal teknologi, pasal cinta. Semua perbualan diorang di-metafora-kan sampai aku rasa nak google apa benda yang diorang cakapkan.




Aku suka buku ni. Sebab setiap perbualan, ada isi baru, ada fakta baru yang aku tak tahu sebelum ni. Tak tahulah kalau si Nami ni auta je main tulis apa yang rasa dia nak tulis. Tapi, apa yang aku baca, rasanya betul kot? LOL

Plot yang menarik walaupun lebih kurang sama. Kat kedai makan, hotel, dalam kereta. Mungkin dialog tu yang buat best, yang buat special. Ada nostalgia setiap kedai makan, itulah specialnya :)

Aku suka gila watak Wan. Kawan yang sangat cool dan tak berkira dan the best (regardless certain things especially part yang last HAHA)

Ending yang unexpected. Kalau nak tahu, baca sendiri. Kalau dah baca ACT, mesti korang dapat agak sebab ending dia lebih kurang sama.

Pergilah beli dan baca. Insyallah akan ada ilmu yang bertambah. BYE.


"special tu hanya jadi special bila kau letakkan nostalgia dalam sesuatu" - Wan (RNS)



2 comments:

Anasyg said...

baru baca ke nep? :) best :)

Faisal Salim said...

"..there has never been any great genius without a spice of madness.." -Seneca-