Monday, January 13, 2014

Book Review - Rokok Nan Sebatang by Nami Cob Nobbler (Lejen Press)


AMARAN: Aku akan puji melambung buku ni, jadi kalau kau rasa-rasa macam aku over masa kau tengah baca, sila berambus.

Ini buku kedua hasil tulisan Nami yang aku baca. First buku - Awek Chuck Taylor which became my #1 favourite buku (so far). Aku tak review pun buku ACT sebab tak terfikir nak review. So, bolehlah kot google dan baca mana-mana review yang ada.

Moving on!

Baiklah, secara keseluruhan, Rokok Nan Sebatang (RNS) mengisahkan tentang perjalanan atau precisely tour yang tak dirancang. Watak utama, Romi, Wan, Bunga Ramona, Rudi dan Pakcik Azmi. Wan dan Romi, yang kenal baru sehari, travel dengan naik Volvo merah kepunyaan Wan. Lepas tu, diikuti oleh Rudi (kawan gig Wan), Bunga Ramona (hitch-hiker yang diorang bump-into dekat kedai bundle) dan Pakcik Azmi (pak lebai yang nak tumpang balik Batu Pahat).

Sepanjang perjalanan, there's argument between Wan dan Romi, Wan dan Pakcik Azmi yang most of them aku tak faham langsung -_- pasal dunia, pasal politik, pasal makanan, pasal kerajaan, pasal teknologi, pasal cinta. Semua perbualan diorang di-metafora-kan sampai aku rasa nak google apa benda yang diorang cakapkan.




Aku suka buku ni. Sebab setiap perbualan, ada isi baru, ada fakta baru yang aku tak tahu sebelum ni. Tak tahulah kalau si Nami ni auta je main tulis apa yang rasa dia nak tulis. Tapi, apa yang aku baca, rasanya betul kot? LOL

Plot yang menarik walaupun lebih kurang sama. Kat kedai makan, hotel, dalam kereta. Mungkin dialog tu yang buat best, yang buat special. Ada nostalgia setiap kedai makan, itulah specialnya :)

Aku suka gila watak Wan. Kawan yang sangat cool dan tak berkira dan the best (regardless certain things especially part yang last HAHA)

Ending yang unexpected. Kalau nak tahu, baca sendiri. Kalau dah baca ACT, mesti korang dapat agak sebab ending dia lebih kurang sama.

Pergilah beli dan baca. Insyallah akan ada ilmu yang bertambah. BYE.


"special tu hanya jadi special bila kau letakkan nostalgia dalam sesuatu" - Wan (RNS)



Friday, January 3, 2014

1 Januari 2014


if you can have a do-over, what would it be?

"aku nak ambik kelas vokal/lakonan dari umur 3 tahun so that dah besar nanti aku boleh jadi artis yang pada umur 20, 21 dah boleh tweet 'im officially retiring' sebab duit dah bertimbun banyak". LOL

over tak jawapan?

aku ternampak soalan ni bila tengah tonton movie semalam. 13 going on 30. one of my favourite movie. well then, kalau aku ditanya dengan soalan macam tu and masa tu umur aku dah 30, 40, of course aku akan jawab dengan penuh bersemangat. nak-nak kalau aku memang loser gila, tak dapat capai dream job and whatsoever.

and that is why aku realize something.

aku dulu suka sangat menyanyi. even i'll pick any botol bedak or sikat yang ada pemegang besar tu and started to sing. yeah, that's me. and aku tak malu cakap, aku still buat macam tu sampai sekarang. 
but then aku sedar yang aku menyanyi hanya untuk berseronok dan bukan untuk serius. paling gampang serius pun masuk pertandingan menyanyi (peringakt kolej) la. nasyid ke, koir ke, nyanyian solo ke. apa-apalah yang penting pertandingan menyanyi. itu paling badass bitch punya serius.

lepas tu, setahun ke dua tahu lepas, aku mula minat menulis. aku menulis non-stop. aku berimaginasi pasal kisah cinta agung, kisah cinta terlarang, plot yang best gila, couple yang gaduh tapi sweet last-last dapat baby, semua tu la. aku jadi minat untuk create another world - menulis.

bila aku menulis, aku jadi bebas. aku suka menulis.

then, aku try luck hantar puisi, hantar karya pada surat khabar. eh lepas pulak. hahaha masa tu gembira tidak terkata lah ye rasa dia. aku terus menulis dan kali ni, aku cuba untuk serius. aku buat proposal manuskrip dan cuba untuk hantar pada publisher.

teeettt! kena reject.


aku tak putus asa. aku tulis lagi, dan untuk second attempt, teeetttt! proposal aku diterima! ha nampak tak bunyi kena reject dan kena terima sama. mindtrick namanya tu.

so, itu bab novel dan aku pun still menulis lagi. cerpen pulak, banyak kali kena reject untuk aku publish dalam majalah. well, aku akui cerpen aku bersifat konservatif dan over. and aku decide untuk 'get IN the community of independent writers'. aku try Buku Hitam Press.

aku berjaya. dan untuk permulaan tahun 2014, aku mula fikirkan something untuk aku punya long term benefits. aku boleh kata ini adalah langkah pertama aku :)

jadi, untuk mengelakkan soalan nun jauh kat atas post tu ditanya pada aku, aku pilih untuk menulis. sekurang-kurangnya aku buat apa yang aku suka sepanjang proses aku belajar berjalan, berlari dan terbang atas muka bumi ni.

has my name on it which i never imagined in my whole life before.




Wednesday, January 1, 2014

Jawapan Teka Teki


gasaklah tetap nak bagi jawapan jugak.

Jawapan dia:

Laskar India. Sebab apa? Sebab dia kata dia betulkan bendera yang dipasang terbalik. dan sekarang, kau pergi google bendera Jepun.

bye dan selamat tahun baru 2014.