Friday, October 24, 2014

#DiariFYPaneff


semoga segalanya dipermudahkan (:




p/s - FYP is a Final Year Project



Sunday, September 7, 2014

Welcome 5th Semester, Welcome Final Year

Hai!

Jadi, secara asasnya aku akan mulakan semester baru (semester 5) bermula Isnin, 8hb September 2014. Semester pertama untuk tahun akhir aku sebagai pelajar :)

Benda yang paling aku kena bersedia semestinya projek tahun akhir yang aku memang tak sedia apa-apa langsung walaupun senarai tajuk research. aku tak boleh expect yang final year ni akan jadi something yang buat hidup aku miserable sebab mungkin aku akan memang betul betul bahagi masa, atau memang hidup aku akan jadi miserable :3

I'll be leaving my 2 nieces yang selama aku cuti 2 bulan lebih aku babysit diorang. so, lepas ni mungkinlah akan rasa lain sikit sebab hari-hari tengok muka diorang, lepas ni takde dah :'D tapi takpe I'Allah boleh jumpa masa cuti :)))

tak ada benda nak tulis sebenarnya, cuma niat utama taknak bagi blog ni sunyi dan kosong dalam jangka masa yang lama. I'll try my best to keep this blog updated, at least sebulan sekali. OKAY WISH ME LUCK WITH MY FINAL YEAR! 

p/s - I'Allah i'll come out with a surprise dalam jangka masa terdekat ;)

Monday, August 4, 2014

the second year -- in a nutshell

Assalamualaikum

so, I told myself that after I've gotten my 4th semester exam result, I'll post the 'summary' of my semester 4 (plus minus the whole one year events)

so, kenapa aku tulis dalam BI ni? KAH. bajet duduk dekat Kota Liberal (KL) konon.

result dah dapat, puasa dah lepas, raya pun sedang berlangsung, jadi aku nak ambil masa sedikit untuk post entry dalam blog yang dah lama aku buat ni. sejak tahun 2009 rasanya. rasanyalah. sekarang dah 2014. 5 tahun dah aku menulis entah apa-apa dalam Kucings ni. dari header yang memang ada gambar kucing, gambar aku, gambar corak acah acah artisitk, dan macam macam lagi. 

tunggu masa nak delete je.

baiklah kanak-kanak.
The Second Year adalah tajuk filem terbaru saya adalah satu jangka masa yang bagi aku cukup padat, cukup ber-memori, cukup penat dan cukup manis. 

yep, bermula dari aku dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za'ba UPM 2013/2014. akronimnya MTMKPZUPM1314. atau MaTeMaKoPeZaYuPiEm1314. 


MaTeMaKoPeZa? hmm K.


aku belajar banyak benda sepanjang tahun kedua aku dekat sana. terlalu banyak. bermula dari aku pegang jawatan pengarah untuk event besar sampailah aku participate events kecil kolej. menang, kalah, menangis, gembira, melompat, meroyan, ketawa semua ada. SEMUA ada. terlalu banyak perkara yang jadi sampaikan aku tak boleh nak senaraikan semua. ekceli boleh je senaraikan, tapi macam gelenyah je rasa dia sebab buang masa. kan?

event yang paling menggembirakan hati dan menambah kenangan di kotak memori hati kudusku ini adalah Festival Teater Interkolej, Festival Zapin Interkolej. kami menang banyak! sebab tu (dan sebab-sebab lain) banyak kenangan.

dan juga, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta (MAKP) --sebab aku menyanyi malam tu. kahkahzsss!

sebenarnya masuk tahun kedua ni aku bergiat aktif sikit dan aku belajar banyak benda dengan orang sekeliling, dengan perkara yang jadi, perangai orang, sistem dan macam-macam lagi. aku suka tambah apa yang kurang dalam diri. kalau macam kurang tinggi tu pun kalau boleh aku nak tambah jugak. tapi ketentutan Allah kan. pendek dan comel, nak buat macam mana :3

dan sebelum cuti semester haritu, aku dengan rasminya dah letak jawatan dan berhenti jadi presiden salah satu sekretariat kolej :)

untuk result semester 4, aku dengan gelabah tetek terkejut bila tengok dapat gred F untuk subjek Kewartawanan Foto. gila babeng dapat F nak mampus ke cemana aku nak grad dengan kelas pertama semasa hari graduasi kelak? oh sebenarnya itu angan-angan saja walaupun aku letakkan benda tu pada usaha dan rezeki. kalau ada, adalah. kalau tak ada, mungkin rezeki dapat isteri kelas pertama? okbai

seterusnya adalah gambar-gambar-gambar-gambar.

oh lupa! jangan pernah berhenti belajar dengan orang/perkara sekeliling. semua itu mendewasakan :)

 Festival Zapin Interkolej.

 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta - w/ Presiden MTM 2014/2015

 after-dinner MAKP

Majlis Translasi Pendeta - perletakan jawatan dan perlantikan MTM baru

Festival Teater Interkolej -- malam anugerah


In a nutshell, my second year in KPZ has really brought me into something and someone else. 

Wednesday, July 9, 2014

Apakah itu Rukun Qauli?

Hai!

kata orang, Sharing is Caring bukan? jangan tahu kongsi isteri sahaja, tapi benda lain tak mahu dikongsi. apa salahnya berkongsi perkara lain yang mendatangkan faedah, betul tak anak-anak?

baiklah!

saya mahu kongsikan satu perkara yang (sebenarnya) dikongsi oleh roommate saya. well, sekarang dah jadi bekas roommate sebab dia dah pindah kolej lain. tak ada siapa nak bagi pinjam kereta, bagi nasihat, bagi muruku ikan, teori sains dan macam macam lagi. disebabkan roommate jugalah aku beli muruku ikan tu dan buat kudap-kudap dekat rumah. pertemuan (pertemuan suara) terakhir kami pun dekat shower blok sbb masa aku nak gerak balik cuti dia tengah mandi pakai selipar aku.

tapi takpelah... :')

moving on! 

Apakah itu Rukun Qauli?

Ruku Qauli adalah salah satu kategori rukun solat. Qauli (sebutan), Qalbi (hati) dan Fi'li (perbuatan). Hukumnya WAJIB, di mana sebutannya perlu didengar di telinga sendiri ketika dilafazkan. Perkara di dalam rukun Qauli adalah seperti berikut:

- Takbiratul ihram
- Al-Fatihah
- Tahiyyat akhir
- Selawat
- Salam pertama

5 perkara ni ditolak dari rukun solat yang ada 13 tu, jadi yang selebihnya jatuh di bawah rukun Qalbi dan juga rukun Fi'li :)

bila dah wajib, maka kalau tak buat solat jadi sah atau tidak anak-anak? haaa 

aku ada juga baca artikel lain sebelum share benda ni, I'Allah bermanfaat pada siapa yang tak tahu. Selamat berpuasa untuk hari-hari yang tinggal! :D

p/s - ini penjelasan basic mengenai rukun Qauli, boleh lah kot kalau nak baca mana-mana artikel lain untuk penjelasan lebih mendalam dan terperinci. 



Monday, July 7, 2014

Geram Bontot Mama?

Hai!

Di bulan yang penuh keberkatan ni, aku taknaklah post benda yang merapu-rapu. Hafiz Hamidun pun ada cakap;

 'bercakap itu lebih baik dari diam, diam itu lebih baik dari bercakap perkara yang merapu'


tapi, post aku ni hanyalah sekadar gambar yang aku printcreen dari blog aku. aku tengah belek-belek dashboard dan tengok pada bahagian stats. nampak macam menarik, so aku printscreen dan aku post. selamat berbuka puasa! KAH!



entah bontot mama mana ntah orang tu geram sampai keluar blog aku. seriously ada orang search 'GERAM BONTOT MAMA? LOLOLOLOL


Saturday, July 5, 2014

Jadi, awak nak kawan dengan saya?

Hai.

Salam Ramadhan yang ke 7. pejam celik, pejam celik, sudah seminggu kita menunaikan kewajipan bukan? semoga semua amal ibadah kita diterima olehNya, I'Allah :)

dan aku pun tengah membayangkan cara aku bercakap ayat dekat atas dalam nada ceramah sambil tersenyum. KAH!

baiklah, aku taknak review pasal movie atau buku walaupun ada banyak juga buku dan SATU movie yang aku nak review iaitu Transformers. sebab aku tak review movie tu adalah i) aku tak fokus ii) bila tak fokus, jadi tak faham iii) movie tu panjang benor

--ok kita abaikan sebentar pasal Transformers. 

jadi adik-adik, abang nak menceceh sikit pasal sifat yang ada pada diri sesetengan orang. sifat yang sesetengah orang yang lain mungkin gelarkan:

-sombong
-ego
-tak bergaul
-tak peramah
-pendiam
-tak reti nak tegur orang
-membosankan
-perasan hensem
-perasan bagus

sepanjang 23 tahun, ada juga beberapa kenalan yang aku jumpa, dia tu seorang yang tak banyak cakap which is pendiam dan pemalu. and NEVER, i never confront sombong people. Never. sombong pada aku bila kau tak senyum depan orang yang senyum dengan kau, orang nak salam, kau tak nak salam, and setiap characteristics orang sombong yang kau tengok dalam drama tv tu. aku tak pernah jumpa IRL (in real life). and aku tak berapa percaya orang sombong ni wujud dalam dunia. mungkin wujud, cuma aku belum berkesempatan nak jumpa. 

berbalik pada kenalan yang aku ada, some of them might be so shy and quiet in front of people. to an extend, diorg sampai fikir yang bila diorg buat satu benda tu, akan memalukan diri dia. orang pemalu dan pendiam ni sangat banyak dalam dunia, dan bagi aku, diorang akan hilang sifat tu kalau diorang betul-betul dah adapt dengan community yang diorang ada dalam tu. 

and to adapt, to blend in, it takes so much time, bro - for this type of people.

once kau ada kawan yang dulunya pendiam dan tak banyak cakap, kau akan kenal dia bila kau betul-betul kenal dia. in fact, dia mungkin akan jadi kawan paling gila yang kau pernah ada. at this point, aku rasa benda ni jadi pada semua orang - ada kawan pendiam, bila dah kenal, jadi okay. cuma apa yang bezanya adalah tahap pendiam dan tak banyak cakap sebelum dia transform, dan masa yang dia ambil utk adapt dengan persekitaran dan orang sekeliling. 

sebenarnya, kawan-kawan dan persekitaran sangat memainkan peranan :) 

ada persekitaran yang akan 'memaksa' kau untuk transform diri kau sendiri. UNLESS kau sombong, yes, itu mustahil. sbb orang sombong ni ego dia tinggi nokharom so pergi masuk longkang lah. 

bila persekitaran ada atmosfera yang mendorong kau untuk jadi banyak cakap, kembangkan otak, kongsi idea, so secara automatik akan ter-transform lah. and bila ada kawan-kawan yang selalu nasihat, atau yang sound direct punya pesen, haa mahu tak kau nak jadi pendiam lagi?

mungkin sifat pendiam dan tak banyak cakap ni adalah sifat dari kecil, membesar dengan sifat tu, tapi bendanya boleh diubah. diubah untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama :) haa dah macam iklan susu pun ada. 


"...kau kena ada ramai kawan, baru senang. kena rajin tegur orang, kumpul kawan, kalau tak.. susah nanti..." - SH


a/n - and i'm so impressed with people yang akan angkat tangan and tegur orang bila-bila saja, tak kira di mana saja, tapi dia tak kenal pun orang tu :')




Monday, June 30, 2014

Movie Review [The Journey - Malaysia]

Salam semua.

Salam Ramadhan Mubarak 1435H :))))

baiklah, harini aku nak buat movie review yang bertajuk The Journey, iaitu sebuah filem Chinese. filem ni adalah filem Chinese kedua yang aku tengok selepas Nasi Lemak 2.0 arahan Nameweeeeeee. tapi, secara jujur dan dari pandangan peribadi aku, aku lebih suka pada filem Nasi Lemak 2.0 dari The Journey ini (ikut perbandingan filem Chinese yang aku dah tengok dalam Malaysia)

aku baru tengok filem ni secara online beberapa hari yang lalu kerana hati ini begitu mencanak-canak mahu menonton selepas sana sini aku dengar 'eh tengoklah The Journey', 'jangan lupa tonton The Journey', 'The Journey awesome shit doh, aku melalak tak henti'.

jadi, saya pun tonton.




filem ni dapat sambutan yang sangat ramai walaupun tak ada teknik CGI, scene bertumbuk, tatoo kat badan dan adegan ranjang (as far as i concerned). untuk mereka yang cintakan family-oriented punya jalan cerita, aku cadangkan korang pergilah google, download, cari filem ni sebab dah tak ditayangkan lagi kat cinemas.

The Journey mengisahkan pasal seorang anak yang pulang dari overseas bersama bakal suaminya (orang putih), dan berhajat utk melangsungkan perkahwinan sekaligus nak dapatkan restu ayahnya. ayahnya yang keras kepala nak kekalkan tradisi bangsa Cina kalau mahu perkahwinan itu diteruskan. 

- perlu hantar sendiri invitation cards by hand pada sahabat handai tak kira di mana saja.
- jangan makan kepala ayam pada CN.

banyak lagi culture bangsa Cina yang diketengahkan. apa yang aku nak cakap, cerita ni ketengahkan hubungan kekeluargaan/persahabatan yang terjalin antara semua watak sepanjang proses ke arah majlis perkahwinan yang dirancang.

pergilah tengok sana! :'D

Friday, June 20, 2014

Movie Review [Edge of Tomorrow]

Hai.

Sejak dua menjak ni rajin pula buat review movie. Sebab apa? Sebab takde entry menarik lain yang nak dipost kan. nanti kalau post pasal hal peribadi, orang menyampah pula kan? eh tapi apa aku kisah? ok cuti ni aku akan update blog macam tulis diari. 

Baiklah.

Pertama sekali, Edge of Tomorrow (EOT) ni memang awesome dan rare, bagi aku lah sebab aku yang tengok dan aku yang tulis review dalam blog aku sendiri. jadi, aku nak cakap yang mmg cerita tu awesome sebab walaupun scene dia berulang-ulang, namun masih mampu mengekalkan momentum cerita. ha macam tu.

cerita ni mengisahkan tentang seorang officer yang ditugaskan dalam satu misi perang - Cage (TomCruise). perang tu adalah antara manusia dan juga mimik (alien yang nokharom banyak dan dia macam besi-besi sikit) 

jadi, pada hari kejadian, Cage ni dia macam blur untuk berperang sebab dia memang tak pernah training untuk berperang. at one point, dia sacrifice diri dia dengan guna bom untuk bunuh mimik tu, dan TADAAAAA....dia dapat 'reset' that particular day because of darah mimik yang masuk dalam badan dia. haa menarik tak menarik tak?

okay, itu konsep utama cerita EOT ni. sepanjang perjalanan cerita, dia akan ada plot lain sampailah ke klimaks cerita. nak tahu apa plot cerita yang lain? nak tahu berapa banyak kali dia dapat 'reset' hari perang tu? nak tahu apa klimaks? pergilah menonton! 8)

rating: 9/10. 
1 point hilang sebab Tom Cruise dengan Emily Blunt ada scene menceceh dan buang masa yadaa yadaa. tapi aku rasa itu sebab Tom Cruise nak spend masa dengan perempuan tu kot sbb dia dah lalui benda tu sebelum 'reset' hari tersebut. 

lantaklah macam pening je review aku ni. KBAI . 


Sunday, June 15, 2014

Movie Review [How To Train Your Dragon 2]


Salam.

Dah lama tak update, tiba-tiba update nak review movie. Lantaklah, blog aku ke blog kau? KAH!

Okay, How To Train Your Dragon 2 (HTTYD2) adalah kesinambungan dari filemnya yang pertama, obviously. Berkisarkan tentang anak kepada ketua puak (ayahnya) yang berusaha untuk oppose pemikiran ayah dan ahli puak yang lain bahawa naga-naga adalah mudah untuk di-train jadi jinak. okay faham tak? kalau tak faham boleh pergi tengok yang pertama punya dulu. jangan nak mengada-ngada tengok yang second terus.

Moving on!

HHTYD2 pula berkisarkan tentang Hiccup (lead role) yang mahu confront dengan Drago yang claim diri dia as dragon master. Drago ni mahu kumpul dragon army jadi Hiccup yang sebagai pencinta naga ni nak stop Drago ni dari berbuat demikian. Yadaa, yadaa, yadaa, Hiccup tak dapat halang so jadilah pertempuran yang SANGAT AWESOME antara watak antagonis dan protagonis. leuls. 

biasa tengok naga keluarkan api kan? naga dalam cerita ni keluarkan ais which is sangat motherfucking cool okay! dahlah besar gedabak ada tanduk pulak pastu dia shoot ais terus beku tu OMG VERY COOL LIDDAT!

Ada part yang emotional (sikitlah) bila Toothless kena marah dengan Hiccup. toothless yang comel tapi hitam tu kena marah dan Hiccup suruh dia 'GO AWAY!' sebab...sebab... *spoiler alert* sebab Toothless bunuh bapak Hiccup. 

nak tahu apa jadi seterusnya? boleh bukak nowshowing.com dan cekidaut cinema yang paling dekat dengan korang yang play movie naga ni. TAK RUGI PUN KALAU TENGOK. 



p/s - toothless ada kepak baru! kbai


Wednesday, April 9, 2014

Pengalaman


Salam Cuti Mid Sem!

pengalaman = experience = life value :)

So, hari ini aku nak wrap things up all of my experiences sepanjang aku berada di UPM (so far). sangat banyak pengalaman sampaikan aku sendiri terkejut yang aku boleh commit dengan something yang macam tu and dapat gain pengalaman yang aku rasa sangat-sangat berharga dan rare :)

To start with, aku nak cakap yang pengalaman mengajar kau untuk teruskan hidup. Bila kita keluar, kita tengok sekeliling, kita belajar dengan orang sekeliling, tengok cara hidup orang, tengok susah senang orang, macam-macam kita boleh belajar. I'm not saying that i've experienced enough to tell a story which can move someone into a better person, tapi so far, aku diberi peluang untuk merasai pengalaman yang bagi aku, tak tahu bila lagi aku boleh rasa.

i volunteered for charity for homeless. ikut suka kau kalau nak kata yang aku ni riak or whatsoever, tapi aku tetap nak share pangalaman aku as a human helping another human. and it was fun! :'D bukanlah aku yang hulur duit or support duit bagi pada setiap mereka. as i said, aku cuma volunteer - jaga kaunter dan bagi mereka nasi, roti, air, so on and so forth. aku suka walaupun penat dan sedikit takut, tapi aku suka :) aku suka mcm mana mereka rasa gembira bila mereka tahu dan sedar ada orang yang masih ambil berat pasal mereka yang tak ada apa/siapa dalam dunia. 

it reminds me when i was staying at shah alam, aku berjaga pukul 3, 4 pagi, merayau sekitar BB, looking at those homeless people w/o helping or even talk about them. i never realised how they need people like us to help them in any ways. and the other day, after few years, aku diberi peluang, aku join aktiviti sukarelawan kolej dan i managed to help them, to give them foods, drinks, clothes and anything we could. again, it was fun and somehow touched me :'D

secondly, juga aktiviti sukarelawan - banjir di kuantan. aku terkejut tengok kuantan banjir :O kawasan perumahan, madrasah, sekolah, semua teruk. and kami ditunjukkan dengan paras air yang naik. very high and i can't even imagine if i were there, what would i do and how would i react. thank god aku diberi kesempatan utk sama-sama tolong, kemas, and beri mereka apa yang sepatutnya. mula-mula kami kemas madrasah. buku, Quran, baju semua habis kena lumpur and asrama mereka juga habis berlumpur. it was tiring but i felt happy because i helped them, ringankan beban mereka. ada pepatah, sekarang mereka susah, kita tolong. mana tahu esok lusa kita susah, mereka pula tolong. InsyaAllah :)

the very recent aktiviti aku join adalah melawat rumah orang-orang tua. it wasnt exactly rumah orang tua sebab ada je muda, and even baby pun ada. penat dan bengang sebab sesat terus hilang bila tengok mereka yang duduk atas kerusi roda, duduk atas sofa, waiting for us to cook them lunch. some of them tak boleh bangun, tak boleh cakap, tak boleh dengar, so kami yang datang sana suap diorang, tell them stories while they tell us their stories. sangat-sangat seronok. 

and i found this one kid, nama dia Faris. sangat manja! dia tak belajar lagi mcm mana nak bercakap dan membaca. the only words yang dia tahu adalah abang, adik, atuk, nenek, makan dan tidur. i guess. sbb perkataan tu dia sebut dan dengar hari-hari. i missed Faris already when i leave the house. aku berniat nak ziarah semula rumah tu bila aku diberi kesempatan satu hari nanti, InsyaAllah. so much things i learned. belajar menerima orang lain yang juga makhluk Allah. jangan pernah rasa beban untuk tolong orang yang memerlukan. jangan menyusahkan orang, dan yang paling penting, hargai dan berbakti pada orang tua kita selagi mereka masih ada :)

this is kind of the new me which i recently discovered. aku harap ia berkekalan.

type off! agak panjang ya entri kali ni! hehehe! :D

saya dan Faris! :)




Wednesday, February 12, 2014

Sister's Wedding [1st February 2014]


hai! sebelum balik kolej, nak post gambar sekitar perkahwinan kakak abang yang dijalankan pada 1 februari haritu. gambar abang takde sebab abang yang tangkap gambar. sobs

moving on!



















Monday, January 13, 2014

Book Review - Rokok Nan Sebatang by Nami Cob Nobbler (Lejen Press)


AMARAN: Aku akan puji melambung buku ni, jadi kalau kau rasa-rasa macam aku over masa kau tengah baca, sila berambus.

Ini buku kedua hasil tulisan Nami yang aku baca. First buku - Awek Chuck Taylor which became my #1 favourite buku (so far). Aku tak review pun buku ACT sebab tak terfikir nak review. So, bolehlah kot google dan baca mana-mana review yang ada.

Moving on!

Baiklah, secara keseluruhan, Rokok Nan Sebatang (RNS) mengisahkan tentang perjalanan atau precisely tour yang tak dirancang. Watak utama, Romi, Wan, Bunga Ramona, Rudi dan Pakcik Azmi. Wan dan Romi, yang kenal baru sehari, travel dengan naik Volvo merah kepunyaan Wan. Lepas tu, diikuti oleh Rudi (kawan gig Wan), Bunga Ramona (hitch-hiker yang diorang bump-into dekat kedai bundle) dan Pakcik Azmi (pak lebai yang nak tumpang balik Batu Pahat).

Sepanjang perjalanan, there's argument between Wan dan Romi, Wan dan Pakcik Azmi yang most of them aku tak faham langsung -_- pasal dunia, pasal politik, pasal makanan, pasal kerajaan, pasal teknologi, pasal cinta. Semua perbualan diorang di-metafora-kan sampai aku rasa nak google apa benda yang diorang cakapkan.




Aku suka buku ni. Sebab setiap perbualan, ada isi baru, ada fakta baru yang aku tak tahu sebelum ni. Tak tahulah kalau si Nami ni auta je main tulis apa yang rasa dia nak tulis. Tapi, apa yang aku baca, rasanya betul kot? LOL

Plot yang menarik walaupun lebih kurang sama. Kat kedai makan, hotel, dalam kereta. Mungkin dialog tu yang buat best, yang buat special. Ada nostalgia setiap kedai makan, itulah specialnya :)

Aku suka gila watak Wan. Kawan yang sangat cool dan tak berkira dan the best (regardless certain things especially part yang last HAHA)

Ending yang unexpected. Kalau nak tahu, baca sendiri. Kalau dah baca ACT, mesti korang dapat agak sebab ending dia lebih kurang sama.

Pergilah beli dan baca. Insyallah akan ada ilmu yang bertambah. BYE.


"special tu hanya jadi special bila kau letakkan nostalgia dalam sesuatu" - Wan (RNS)



Friday, January 3, 2014

1 Januari 2014


if you can have a do-over, what would it be?

"aku nak ambik kelas vokal/lakonan dari umur 3 tahun so that dah besar nanti aku boleh jadi artis yang pada umur 20, 21 dah boleh tweet 'im officially retiring' sebab duit dah bertimbun banyak". LOL

over tak jawapan?

aku ternampak soalan ni bila tengah tonton movie semalam. 13 going on 30. one of my favourite movie. well then, kalau aku ditanya dengan soalan macam tu and masa tu umur aku dah 30, 40, of course aku akan jawab dengan penuh bersemangat. nak-nak kalau aku memang loser gila, tak dapat capai dream job and whatsoever.

and that is why aku realize something.

aku dulu suka sangat menyanyi. even i'll pick any botol bedak or sikat yang ada pemegang besar tu and started to sing. yeah, that's me. and aku tak malu cakap, aku still buat macam tu sampai sekarang. 
but then aku sedar yang aku menyanyi hanya untuk berseronok dan bukan untuk serius. paling gampang serius pun masuk pertandingan menyanyi (peringakt kolej) la. nasyid ke, koir ke, nyanyian solo ke. apa-apalah yang penting pertandingan menyanyi. itu paling badass bitch punya serius.

lepas tu, setahun ke dua tahu lepas, aku mula minat menulis. aku menulis non-stop. aku berimaginasi pasal kisah cinta agung, kisah cinta terlarang, plot yang best gila, couple yang gaduh tapi sweet last-last dapat baby, semua tu la. aku jadi minat untuk create another world - menulis.

bila aku menulis, aku jadi bebas. aku suka menulis.

then, aku try luck hantar puisi, hantar karya pada surat khabar. eh lepas pulak. hahaha masa tu gembira tidak terkata lah ye rasa dia. aku terus menulis dan kali ni, aku cuba untuk serius. aku buat proposal manuskrip dan cuba untuk hantar pada publisher.

teeettt! kena reject.


aku tak putus asa. aku tulis lagi, dan untuk second attempt, teeetttt! proposal aku diterima! ha nampak tak bunyi kena reject dan kena terima sama. mindtrick namanya tu.

so, itu bab novel dan aku pun still menulis lagi. cerpen pulak, banyak kali kena reject untuk aku publish dalam majalah. well, aku akui cerpen aku bersifat konservatif dan over. and aku decide untuk 'get IN the community of independent writers'. aku try Buku Hitam Press.

aku berjaya. dan untuk permulaan tahun 2014, aku mula fikirkan something untuk aku punya long term benefits. aku boleh kata ini adalah langkah pertama aku :)

jadi, untuk mengelakkan soalan nun jauh kat atas post tu ditanya pada aku, aku pilih untuk menulis. sekurang-kurangnya aku buat apa yang aku suka sepanjang proses aku belajar berjalan, berlari dan terbang atas muka bumi ni.

has my name on it which i never imagined in my whole life before.




Wednesday, January 1, 2014

Jawapan Teka Teki


gasaklah tetap nak bagi jawapan jugak.

Jawapan dia:

Laskar India. Sebab apa? Sebab dia kata dia betulkan bendera yang dipasang terbalik. dan sekarang, kau pergi google bendera Jepun.

bye dan selamat tahun baru 2014.