Monday, August 12, 2013

NotaJiwa #2

Dia itu Aku.

Kerana sesak dia dipijak. 
Dia menakup telinga; bunyian kosong menerbitkan gelisah. 
Dingin malam buat dia sepi dan kelu menemani. 
Sendirian.

Pendosa yang acap kali mengatur hiba langkah hidupnya, maka bahagia jauh membawa diri seperti jauhnya kalimah agung dari bibir dan seperti jauhnya syurga hakiki dari pendosa tegar.

Matanya tertutup rapat. Jauhnya dia, sombongnya dia tika kala bunyian kosong masih setia. 
Dia leka mengejar bayang yang sendirinya hilang ketika kegelapan. 
Dia leka mengatur kata yang sendirinya tajam memakan diri. 
Dia leka dengan tarian pena atas warkah yang sendirinya persis memakan darah daging saudaranya. 
Dia leka dan terus bergerak leka - mengumpul nota di bahu kiri.

Curahnya kata manis menyakitkan, redupnya mata membunuh dan halusnya jemari membelai bukan utama. Di sebelahnya itu lidah mengungkap tingginya kalimah suci, telinga menangkap lunaknya laguan surah dan hati menyedari luhurnya tasawuf. 
Dia punya hak menuding jari.

Jauh perlu dekat, sombong perlu hapus lantas bunyian kosong berlagu merdu. 
Carilah yang mampu mengisi; redha Yang Maha Wujud itu tiada tandingannya. 
Syurga atau Neraka, dia harus memilih supaya malam seterusnya tidak lagi kosong.

Cari dan hiduplah dengan redha ALLAH.

By; Aneff Marhfiz





2 comments:

Zul Fattah said...

Pilihlah utk hdup dgan Allah tuan blog.. kerana cinta Allah itu lbih bsar dr cinta makhluk.. dapat Allah, dapat segalanya

the typewritor said...

Sungguh neraka selayaknya bagi dia (aku)