Saturday, August 3, 2013

NotaJiwa #1


hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kesukaan yang kau kasitahu pada aku 
saat aku meluahkan rasa cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian jingga
hangat warnanya ibarat matahari 
hangat warnanya sehangat cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian dengan warna kesukaan kau, sayang
bagaimana dunia memerlukan warna cerah ini
bagaimana cerah ia menerangi bumi
sayangnya
jingga yang secerah matahari ini
tidak satu pun nampak sinarnya cinta kau pada aku
tidak walau setitik

hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kerana jiwa ini sakit untuk terus berasa cinta

aku benar-benar merindukan kau, sayang
yang hanya menganggap aku seorang sahabat