Monday, August 12, 2013

NotaJiwa #2

Dia itu Aku.

Kerana sesak dia dipijak. 
Dia menakup telinga; bunyian kosong menerbitkan gelisah. 
Dingin malam buat dia sepi dan kelu menemani. 
Sendirian.

Pendosa yang acap kali mengatur hiba langkah hidupnya, maka bahagia jauh membawa diri seperti jauhnya kalimah agung dari bibir dan seperti jauhnya syurga hakiki dari pendosa tegar.

Matanya tertutup rapat. Jauhnya dia, sombongnya dia tika kala bunyian kosong masih setia. 
Dia leka mengejar bayang yang sendirinya hilang ketika kegelapan. 
Dia leka mengatur kata yang sendirinya tajam memakan diri. 
Dia leka dengan tarian pena atas warkah yang sendirinya persis memakan darah daging saudaranya. 
Dia leka dan terus bergerak leka - mengumpul nota di bahu kiri.

Curahnya kata manis menyakitkan, redupnya mata membunuh dan halusnya jemari membelai bukan utama. Di sebelahnya itu lidah mengungkap tingginya kalimah suci, telinga menangkap lunaknya laguan surah dan hati menyedari luhurnya tasawuf. 
Dia punya hak menuding jari.

Jauh perlu dekat, sombong perlu hapus lantas bunyian kosong berlagu merdu. 
Carilah yang mampu mengisi; redha Yang Maha Wujud itu tiada tandingannya. 
Syurga atau Neraka, dia harus memilih supaya malam seterusnya tidak lagi kosong.

Cari dan hiduplah dengan redha ALLAH.

By; Aneff Marhfiz





Wednesday, August 7, 2013

Review - The Conjuring

selamat satu-hari-lagi nak raya .

jadi , semalam saya menonton The Conjuring secara online di SINI dengan subtitles cina -.- tweet , status  yang bersepah-sepah membuatkan jiwa raga saya meroyan-royan untuk menonton cerita yang dikatakan seram bakhang

tajuk dah jelas , mari kita mulakan dengan sinopsis !

THE CONJURING - Sinopsis .

***secara ringkasnya , cerita ni berkaitan dengan laki bini yang ada 5 orang anak , berpindah ke sebuah farmhouse yang ada ruang bawah tanah di mana ruang bawah tanah tu pernah jadi tempat pembunuhan dua orang yang dibunuh oleh mak sendiri . pastu mula lah kena kacau , ada lebam sana sini , panggil orang yang pakar , yadaa yadaa .


THE CONJURING - Personal Review

***secara ringkasnya , cerita ni erm ermm je . cuma aku suka idea penambahan watak isteri Ed yang boleh nampak hantu dan boleh nampak/rasa apa yang orang tu pernah lalui dengan hanya pegang dia . aku tak nampak apa kaitan patung Anabelle dalam balang kaca tu dengan keseluruhan cerita . cerita ni jugak kebetulan , perempuan tu ada 5 orang anak perempuan .

apa jadi kalau perempuan tu ada anak lelaki yang pesen main ragbi wakil negara badan serupa Thor . mampu tak mak dia nak bunuh ? wakakakaka

lepas tu , aku suka design rumah tu yang bersambung-sambung dan tak beranai-anai . hehehe .

rating seram dia aku bagi 3/5 .




Saturday, August 3, 2013

NotaJiwa #1


hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kesukaan yang kau kasitahu pada aku 
saat aku meluahkan rasa cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian jingga
hangat warnanya ibarat matahari 
hangat warnanya sehangat cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian dengan warna kesukaan kau, sayang
bagaimana dunia memerlukan warna cerah ini
bagaimana cerah ia menerangi bumi
sayangnya
jingga yang secerah matahari ini
tidak satu pun nampak sinarnya cinta kau pada aku
tidak walau setitik

hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kerana jiwa ini sakit untuk terus berasa cinta

aku benar-benar merindukan kau, sayang
yang hanya menganggap aku seorang sahabat 




Friday, August 2, 2013

Fain Allah

A   : Kau pulang , kau beri kain yang ada darah pada tuan kau , dan kambing ini kau beri pada aku . katakan bahawa kambingmu sudah mati dibaham serigala .


B    : Saya boleh bagi kambing ini padamu , dan membawa pulang kain yang ada kesan darah untuk ditunjukkan pada tuan saya .


A    : Apa yang kau ragukan ?



B     : Fain Allah ? (di mana Allah? Allah takan ke mana mana tetapi Dia akan memerhatikan yang saya sudah berbohong dengan tuan saya)



Full Story [click!]



NotaJiwa #0

Salam Ramadhan .

Tadi masa lepas mandi , aku berpuisi sendiri . wah puasa-puasa pun sempat berangan depan cermin berpuisi . tapi itu memang habit :) memang pelik dan agak ke-belakang sikit , tapi .. kisah pulak ?

selain menyanyi dan humming masa makan , aku juga gemar berpuisi . ha kan dah terbukak rahsia peribadi . mak pun kadang-kadang pelik tengok aku . kadang-kadang mak perli jugak .


"kau ingat kau P.Ramlee ke dik?"


tapi , dah hobi , nak buat macam mana ? sebab itulah aku ada satu buku puisi :') dan aku berazam untuk post semua puisi yang pernah terlintas/tertulis/tercatit . dan aku akan namakan koleksi puisi aku sebagai NotaJiwa . ha camtu . ala ala Sonnet nak berangan jadi Shakespeare .


Copyright © All Rights Reserved !



*updated : PuisiJiwa tukar kepada NotaJiwa .