Tuesday, March 12, 2013

Misteri Astaka Seni

maafkan abang sayang , abang sangat busy belakangan ini . gitchew :3

tak ada benda pun nak cerita sebenarnya kecuali roommate aku yang kerap jugak cerita pasal jin/hantu/jembalang pada aku .

oklah aku cerita satu benda .

khamis lepas punya lepas , assume 2 minggu lepas , aku ada pergi meeting satu benda kat Astaka Seni . nak dijadikan cerita , ada sesi suai kenal kat situ and kami duduk dalam bulatan .


dalam satu bulatan ada 14 orang . diulangi , 14 orang . diulangi 14 orang . diulangi , ok dah



tulis nama gilir gilir .



sampai kat last person , check balik nama yang dah ditulis .



tiba-tiba ada 15 nama . diulangi , 15 nama . diulangi , 15 nama . diulangi , ok dah



sorang cuba call number phone yang ditulis sekali .



"nombor yang anda dail , tiada dalam perkhidmatan"



SIAPA KAU AHMAD KAMIL ?
*face palm*


misteri #1 - tulisan dia tak sama dengan sesiapa 14 orang tu .
misteri #2 - sampai sekarang , takde siapa yang mengaku yang itu ada prank semata .
misteri #3 - Astaka Seni memang misteri :3






2 comments:

bukankosong said...

mungkin prank

atau mungkin benar

*creepy

zuno said...

hahaha..