Tuesday, December 24, 2013

Soalan Teka Teki


sedang study week. bosan. update blog. main teka teki.

Sebuah kapal dagang Jepun baru memasukki lautan pasifik. Kapten kapal yg keletihan mengambil kesempatan untuk mandi bagi menyegarkan badan. Selesai mandi dan pakai unifom dia sedar cincin, gelang emas dan jam rolexnya yg semuanya bernilai 50,000yen telah hilang dari atas mejanya semasa dia mandi tadi
.
Dengan segera dia panggil 5 kru kapal yg disyakki mencuri barang kemasnya. Kapten menyoal setiap seorang kru apa yg dia sedang lakukan dalam tempoh 30 minit yg lalu.


Tukang masak Filipina : (sambil memakai kot tebal) :
"saya berada dalam bilik ais mengambil daging untuk dimasak"


Jurutera Australia : (sambil memegang lampu suloh) :
"saya sedang memeriksa enjin kapal dibilik bawah dek"


Laskar India : 

"saya berada di atas tiang membetulkan bendera yang dipasang terbalik"

Pegawai British : 

"saya sedang menghubungi pelabuhan memaklumkan pergerakan kita"

Pegawai Jerman : 

"saya sedang tidur di bilik saya kerana malam tadi saya lewat habis kerja"

Kapten telah dapat tangkap pencurinya!

Siapakah pencurinya dan macamana kapten tahu dia berbohong?



Sunday, December 22, 2013

Book Review - Gantung by Nadia Khan (Buku Fixi)


Gantung.
Secara kesimpulannya, aku define Gantung dalam buku ni as hubungan yang tergantung between kawan yang masih hidup dan yang dah mati (which at the end of the book clearly states yang cerita ni tak tergantung).

aku rate 4/5.

satu mata hilang sebab aku tak nampak kaitan antara hantu basuh kain dan hantu kipas dengan the whole story. yang lain, PERFECTO!



aku sangat adore dengan gaya pemikiran Nadia Khan which eventually lead to this kind of story. imagination tinggi and dialog yang berisi between the characters. i bet she's a kind of smart girl masa dekat sekolah dulu.

kadang-kadang tu confuse dengan nama watak sebab banyak sangat (aku rasa mostly) ada dua nama yang berbeza. Contoh: Gibran jadi Gibbs. Jailani jadi Troll. and bila ada part yang sebut nama Jailani, and i was like, siapa pulak Jailani ni? obviously, kena fokus pada pembacaan and setiap character yang ada.

aku habis pembacaan lebih kurang 5 jam sebab setiap babak buat kau rasa nak tau apa jadi next, apa jadi next. Gantung is undoubtedly fun to read! buat kau berfikir dengan manipulasi setiap chapter. sekejap kat sini, sekejap kat sana. yang ni tahun bila, yang tu tahun bila. kena fikir sendiri all the way to the ending. ala-ala Shutter Island gitu.

last but not least, aku suka watak Ray! cool gilaaaaaaaaaaa! GO SMKCGT!
kesimpulannya, boleh baca kat para pertama tadi. peace.



Friday, December 20, 2013

Digital Single Lens Reflex


so, recently aku ada projek fotografi yang perlu dilaksanakan dan aku perlu submit 8 keping gambar berlainan kategori. kesemua 8 gambar tu sudah dipertandingkan, dan alhamdulillah, ada rezeki yang menang, ada rezeki yang tak menang.

sila baca post sampai habis dan menikmati keinzalan gambar yang bakal dipertonton. gambar amatur je, tp alhamdulillah merasa juga gambar diadili oleh profesional >.<


 Motion Blur Technique


 Depth of Field Greater 


Panning


 Depth of Field Shallow


Still Life



Silhouette 


 Portrait


Friday, December 13, 2013

People


Has been a while since I updated my kucings. And been a while also since the last time I write in English. so, tonight before the mood goes out through the window, it's better for me to post this up - in English i might say.

there's one thing I insisted to share. it's about People.

while you're growing up, you have known few types of people called family and childhood friends. The family where they cleaned up your baby poop, taught you how to bike, to comb, to read, to bath and everything which include the learning process. The childhood friends where they were the most honest types of people you might know. You pick a flower, there goes your friend telling her mom. You kiss a girl, there goes your other friend telling the girl's dad. You pissed in your pants, and your friend yelling out loud 'EUWWWW' and 'EEE TAK MALUUU' without being concerned about what you feel that time.

while you're growing old, you will have the chance many types of people called hypocrites (H), fakers (F), warm-hearted friends and till-death friends. The hypocrites where they will act to the maximum level of kindness in front of you while on your back they called you gay who'll rot the entire new generations of men in the world. At that point, i rather put them aside together with hippopotamus. Hypocrites and hippopotamus, looks nice. Fakers are not even close to H. F are even worst. You heard of F telling bad things about you to others, and when you asked of it 'why he/she would do that' and they'll greatly from the darkest abyss of their heart saying 'ITS NOT ME I SWEAR'. At that point, i rather put them aside together with horseshit.

then you have warm-hearted friends where they will not show how they care but actually they do. Till-death friends where they are and will always saying 'everything's gonna be okay' even you're suffering from disease which will make you lose your hair and ability to speak. The latter ones - are truly shockingly as the matter of fact is hard to find.

Years ago, I wanted to look forward on my life from a whole different perspectives. I wanted a clean life. Even though experimenting mistakes are fun to do with, but that's how one's life should possess. Make mistakes, trying new things. Because you'll never know that you can fly if you don't spread your wings out. You'll never know that you hate vegetables so much if you don't try one. Thus, clean life to me now is pretty much overrated.

You have to meet many types of people. From A to Z, from 1 to infinity, from you pissed in your pants with your mom beside you until you pissed in your pants with you grandchildren beside you. You have to. Because that's life - surrounded by People.



Monday, November 4, 2013

untuk semua


Untuk semua,

Kita banyak buat silap dalam hidup, dan perkara macam tu boleh jadi kelakar, atau sesal. bila kita buat silap dan ingat balik kesilapan tu, kita akan rasa dua benda; menyesal atau kelakar. 

menyesal sebab kita buat benda tu, dan beri kesan buruk pada sisa hidup kita. dan kelakar
 sebab kita buat benda tu, dan teringat betapa memberontaknya jiwa muda kita untuk cuba semua perkara. 

bila benda itu benda sedih, kita akan 'ketawa' sebab menyesal dan akan salahkan diri sendiri sampai bila-bila. bonus bila benda itu benda kelakar, kita akan ketawa sebab kelakar dan akan rasa seronok bercerita pada orang sekeliling.

semua tu 'guru' yang beri ilmu percuma. ilmu yang insyaAllah buat kita jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya



Sunday, September 29, 2013

NotaJiwa #3

i found another hope.

then again, the hope fades away - with no one by me. 
i want to try again, to feel to be loved, to ask ‘how’s your day’ everyday, to be asked ‘eaten already’ every breakfast, lunch and dinner. i want to do it all over again.

what scares me the most, ‘again’ is a murderer.
can i promise to not to break any heart again?

no, i can’t promise anything; even to my own pathetic self.

i found another hope. and hopes always makes me wonder - can i feel to be loved again?



Sunday, September 22, 2013

come and go


i have a friend. younger one.
he told me that he's broke-up with his gilfriend - his LD girlfriend.

i asked him, "did you cry?"
he answered, "no, i didn't. i just feel sad because we shared lots of great moments together. and she end up after a long serious talk, asked for a break up. i was speechless"

LDR isn't as easy as he sees. patience, honesty and trust are the keys. the distance is just a test. his girlfriend asked for a break up, then he should be proud because he'd remain in the relationship while his girl is failing. his girl has failed, to me.

i like your coolness, friend. i believe that you believe that she has lost a guy who loves his girl so much. also shows that guys are strong enough to face a break up, compared to girls :P *sexist*


life is unpredictable, people come and go - he told me and i smiled proudly.





Monday, August 12, 2013

NotaJiwa #2

Dia itu Aku.

Kerana sesak dia dipijak. 
Dia menakup telinga; bunyian kosong menerbitkan gelisah. 
Dingin malam buat dia sepi dan kelu menemani. 
Sendirian.

Pendosa yang acap kali mengatur hiba langkah hidupnya, maka bahagia jauh membawa diri seperti jauhnya kalimah agung dari bibir dan seperti jauhnya syurga hakiki dari pendosa tegar.

Matanya tertutup rapat. Jauhnya dia, sombongnya dia tika kala bunyian kosong masih setia. 
Dia leka mengejar bayang yang sendirinya hilang ketika kegelapan. 
Dia leka mengatur kata yang sendirinya tajam memakan diri. 
Dia leka dengan tarian pena atas warkah yang sendirinya persis memakan darah daging saudaranya. 
Dia leka dan terus bergerak leka - mengumpul nota di bahu kiri.

Curahnya kata manis menyakitkan, redupnya mata membunuh dan halusnya jemari membelai bukan utama. Di sebelahnya itu lidah mengungkap tingginya kalimah suci, telinga menangkap lunaknya laguan surah dan hati menyedari luhurnya tasawuf. 
Dia punya hak menuding jari.

Jauh perlu dekat, sombong perlu hapus lantas bunyian kosong berlagu merdu. 
Carilah yang mampu mengisi; redha Yang Maha Wujud itu tiada tandingannya. 
Syurga atau Neraka, dia harus memilih supaya malam seterusnya tidak lagi kosong.

Cari dan hiduplah dengan redha ALLAH.

By; Aneff Marhfiz





Wednesday, August 7, 2013

Review - The Conjuring

selamat satu-hari-lagi nak raya .

jadi , semalam saya menonton The Conjuring secara online di SINI dengan subtitles cina -.- tweet , status  yang bersepah-sepah membuatkan jiwa raga saya meroyan-royan untuk menonton cerita yang dikatakan seram bakhang

tajuk dah jelas , mari kita mulakan dengan sinopsis !

THE CONJURING - Sinopsis .

***secara ringkasnya , cerita ni berkaitan dengan laki bini yang ada 5 orang anak , berpindah ke sebuah farmhouse yang ada ruang bawah tanah di mana ruang bawah tanah tu pernah jadi tempat pembunuhan dua orang yang dibunuh oleh mak sendiri . pastu mula lah kena kacau , ada lebam sana sini , panggil orang yang pakar , yadaa yadaa .


THE CONJURING - Personal Review

***secara ringkasnya , cerita ni erm ermm je . cuma aku suka idea penambahan watak isteri Ed yang boleh nampak hantu dan boleh nampak/rasa apa yang orang tu pernah lalui dengan hanya pegang dia . aku tak nampak apa kaitan patung Anabelle dalam balang kaca tu dengan keseluruhan cerita . cerita ni jugak kebetulan , perempuan tu ada 5 orang anak perempuan .

apa jadi kalau perempuan tu ada anak lelaki yang pesen main ragbi wakil negara badan serupa Thor . mampu tak mak dia nak bunuh ? wakakakaka

lepas tu , aku suka design rumah tu yang bersambung-sambung dan tak beranai-anai . hehehe .

rating seram dia aku bagi 3/5 .




Saturday, August 3, 2013

NotaJiwa #1


hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kesukaan yang kau kasitahu pada aku 
saat aku meluahkan rasa cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian jingga
hangat warnanya ibarat matahari 
hangat warnanya sehangat cinta aku pada kau

hari ini aku berpakaian dengan warna kesukaan kau, sayang
bagaimana dunia memerlukan warna cerah ini
bagaimana cerah ia menerangi bumi
sayangnya
jingga yang secerah matahari ini
tidak satu pun nampak sinarnya cinta kau pada aku
tidak walau setitik

hari ini aku berpakaian jingga - warna kesukaan kau
kerana jiwa ini sakit untuk terus berasa cinta

aku benar-benar merindukan kau, sayang
yang hanya menganggap aku seorang sahabat 




Friday, August 2, 2013

Fain Allah

A   : Kau pulang , kau beri kain yang ada darah pada tuan kau , dan kambing ini kau beri pada aku . katakan bahawa kambingmu sudah mati dibaham serigala .


B    : Saya boleh bagi kambing ini padamu , dan membawa pulang kain yang ada kesan darah untuk ditunjukkan pada tuan saya .


A    : Apa yang kau ragukan ?



B     : Fain Allah ? (di mana Allah? Allah takan ke mana mana tetapi Dia akan memerhatikan yang saya sudah berbohong dengan tuan saya)



Full Story [click!]



NotaJiwa #0

Salam Ramadhan .

Tadi masa lepas mandi , aku berpuisi sendiri . wah puasa-puasa pun sempat berangan depan cermin berpuisi . tapi itu memang habit :) memang pelik dan agak ke-belakang sikit , tapi .. kisah pulak ?

selain menyanyi dan humming masa makan , aku juga gemar berpuisi . ha kan dah terbukak rahsia peribadi . mak pun kadang-kadang pelik tengok aku . kadang-kadang mak perli jugak .


"kau ingat kau P.Ramlee ke dik?"


tapi , dah hobi , nak buat macam mana ? sebab itulah aku ada satu buku puisi :') dan aku berazam untuk post semua puisi yang pernah terlintas/tertulis/tercatit . dan aku akan namakan koleksi puisi aku sebagai NotaJiwa . ha camtu . ala ala Sonnet nak berangan jadi Shakespeare .


Copyright © All Rights Reserved !



*updated : PuisiJiwa tukar kepada NotaJiwa . 





Wednesday, July 31, 2013

lelaki besar, jamban dan terbang

Salam Ramadhan !

harini aku terasa nak update blog sebab aku rasa nak update blog -.-

okay , aku sebenarnya nak cerita pasal mimpi aneh + scary yang aku dapat haritu . bulan bulan puasa pun boleh dapat mimpi menakutkan . apa puncanya ya ? makan lebih waktu sahur ?

mimpi dia bermula dengan aku , yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah , seorang diri , naik kereta . so , dalam perjalan pulang tu , aku singgah satu hentian ni nak kencing . so , berhenti .

bila berhenti tu , aku masuklah tandas . bila aku masuk tu , kencing , takde pape . haa kepelikan dan keseraman dia mula tang nak keluar toilet .

bila aku nak keluar , then tiba tiba ada seorang lelaki badan besar , baju kemeja , tahan aku . aku macam OMG OMG kenapa dengan lelaki ni ? dah lah badan besar lepas tu nak tahan tahan aku pulak . saiko lah lelaki tu . seramnya bila fikir balik

dia tahan , lepas tu dia paksa masuk jamban . aku lagi lah OMG OMG . lepas tu orang keluar masuk , aku mintak tolong . mereka buat tak tahu seolah seolah muka aku muka wanted yang telah tersebar dan lelaki itu pegawai yang berkuasa untuk menghukum aku . persoalannya , jadah apa dia nak hukum aku dalam jamban ?

tanpa berlengah lagi , aku segera melepaskan diri dan keluar dari toilet yang menyeramkan itu.

kepelikan lebih terserlah dan membuktikan mimpi itu tiada sempadan apabila aku dengan gembiranya terbang -..-

aku terbang , escape dari lelaki yang paksa aku masuk jamban tadi .


THE END dan selamat berpuasa .



Friday, June 28, 2013

Sekitar Festival Teater Selangor & Floria Putrajaya

Hai ! malas nak menceceh banyak , harini nak biar gambar yang berbicara . haa cenggitu cerita dia . esok , 29 Jun 2013 ada lagi satu pertandingan teater kategori Monodrama . saya terlibat juga sebagai krew tatacahaya ! marilah datang <3












Thursday, May 23, 2013

sayang



jangan jadikan 'sayang' sebagai alasan untuk bersikap kebudak-budakan . malah , jadikan ia alasan untuk bersikap lebih matang ! 

-A.M

Tuesday, April 9, 2013

Cinta P.L.U


PUJANGGA PENDETA PRODUCTION
mempersembahkan



CINTA P.L.U
bertempat di Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM
pada 23 April 2013
jam 8.00 malam .

MARI DATANG MEMERIAHKAN FESTIVAL TEATER ANTARA KOLEJ :D



Tuesday, March 12, 2013

Misteri Astaka Seni

maafkan abang sayang , abang sangat busy belakangan ini . gitchew :3

tak ada benda pun nak cerita sebenarnya kecuali roommate aku yang kerap jugak cerita pasal jin/hantu/jembalang pada aku .

oklah aku cerita satu benda .

khamis lepas punya lepas , assume 2 minggu lepas , aku ada pergi meeting satu benda kat Astaka Seni . nak dijadikan cerita , ada sesi suai kenal kat situ and kami duduk dalam bulatan .


dalam satu bulatan ada 14 orang . diulangi , 14 orang . diulangi 14 orang . diulangi , ok dah



tulis nama gilir gilir .



sampai kat last person , check balik nama yang dah ditulis .



tiba-tiba ada 15 nama . diulangi , 15 nama . diulangi , 15 nama . diulangi , ok dah



sorang cuba call number phone yang ditulis sekali .



"nombor yang anda dail , tiada dalam perkhidmatan"



SIAPA KAU AHMAD KAMIL ?
*face palm*


misteri #1 - tulisan dia tak sama dengan sesiapa 14 orang tu .
misteri #2 - sampai sekarang , takde siapa yang mengaku yang itu ada prank semata .
misteri #3 - Astaka Seni memang misteri :3






Monday, January 28, 2013

Handphone dan Vios

short entry . happened yesterday . while in the car . abang was driving .

aku , mak , ayah , abang dan elly tengah hadap kesesakan lalu lintas yang agak celaka teruknya . dan tiba-tiba , kedengaran bunyi ambulans dari arah belakang .


Elly   : eh , abang handphone nak lalu !


****************

aku , mak , ayah , abang dan elly tengah bincang pasal masa depan + rumah + kahwin + kereta + yadaa yadaa . dan abang menyatakan hasratnya .


Abang   : lepas 3 tahun nanti aku nak tukar kat Hospital Melaka , MyVi ni aku suruh anep sambung bayar , lepas tu aku nak amik Honda Vios . 



p/s : nasib baik mereka sedar sendiri , kalau tak memang aku dah bahan . yang sebetulnya , elly nak cakap Ambulans dan abang nak cakap Honda City . mak aku dah ketawa berdekah-dekah dalam kereta sampai tersiku muka aku !