Friday, October 12, 2012

Kerana Sebuah Bangku

Assalamualaikum :')

aku tahu kalian rindu aku . janganlaa janganlaa . kalau kalian rindu , aku 2 kali lagi rindu :') maafkan aku , sebab kebelakangan ni , aku sedikit sibuk dengan urusan dunia . maafkan aku ya ?

baiklah ! mengenai bangku . ada apa dengan bangku ? bangku yang agak celaka dan mengundang 1001 keruntuhan rohani aku gara gara maki hamun .

aku bersama Mat , yakni seorang pelajar baru di fakulti masscom U ehem ehem . kami mencari-cari surau , kerana jam menunjukkan angka 6 setengah . so , dpt bayangkan macam nak gila kami cari surau ? setelah memerah keringat , ke hulu ke hilir depan pasangan india yg tengah dating , akhirnya kami jumpa surau perempuan ! dan BIASANYA , surau perempuan bersebelahan dengan surau lelaki kan ? dan kami dengan konfidennya :

"Mat .. ni haaa lah surau"

"Haa jumpa pun"

aku jenguk ke dalam , nampak bangku panjang tu yang untuk duduk tu . dalam hati aku - haa betullah ni surau . aku dan Mat , dengan gagah dan tanpa segan silu , bukak kasut dan stokin lalu MASUK BERKAKI AYAM KE DALAM SURAU ITU .

aku masuk .

masuk lagi dalam .

cari paip air tempat ambik wuduk .

masuk lagi dalam .

takde .

apa yang ada  ?

jamban .

YA TUAN TUAN DAN PUAN PUAN . KAMI MASUK KE DALAM TANDAS DENGAN BERKAKI AYAM .

jadi , sekali lagi dengan gagah dan sedikit perasaan malu , terus sarung kasut tanpa pakai stokin dan buat buat baru keluar tandas -_________-

nampak seorang gadis , terus tanya surau kat mana . KEMAIN JAUH ! KENAPA TAK BUAT SEBELAH SEBELAH SURAU LELAKI PEREMPUAN ? GRRRR !

kerana sebuah bangku , kami masuk ke dalam tandas berkaki ayam :') EPIC .



3 comments:

Farahin Ahmad said...

hahahhaa..ok memang epic :P

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

adoyaii,hanya kerana bangku :P

aKSARAfENDI said...

knapa ada bgku dlm tndas?