Wednesday, September 5, 2012

" semoga berjaya , insyallah .."


hai sayang-sayang abang *muntah*

---> dari sehari ke sehari , aku cuba memerah idea dari kerangking hati untuk melempiaskan filosofi misterius agar kalian kenyang membaca . tidak jemu , padat dan penuh penghayatan umpama hujan yang merembes yang tidak beri peluang negosiasi dengan bumi .

#tolonglahh sense sarcasm tolonglaahhhh . ini namanya sastera jalanan campur indonesia murtad . filosofi waklu ! falsafah okeh falsafah !

back to topic . haritu aku menjadi pemandu untuk membawa kedua ibu bapa aku ke kenduri perkahwinan . 5 rumah -..-
tapi cerita aku ni berkaitan dengan rumah pertama je . HAHAHA k .

sesampai je di kenduri kahwin tu , aku terus amik makan , pastu cari tempat duduk . gelas ngan air takde . bila aku , ayah , maka duduk je . orang depan kami , dengan tidak semena-mena bangun , dan ambil 3 gelas untuk kami berserta satu jug air .


*************

ayah : terima kasih !

pemuda : sama-sama . tinggal mana pakcik ?

ayah : taman belakang je . awak tinggal mana ni ?

pemuda : tanjung keling . org menjemput , wajib datang .

ayah : jauhh . datang dengan siapa ? sendiri ?

pemuda : *angguk*

pemuda : ni anak pakcik ? *juih bibir ke arah aku serta merta aku malu*

ayah : haah anak . yang kecik .

pemuda : belajar mana dik ? 

aku : uitm . 

pemuda : kos apa ?

aku : business .

pemuda : okay . semoga berjaya ya abang doakan , insyallah .

aku : senyum *terharu sebenarnya*

pemuda : pakcik ada anak perempuan ?

aku : -____________-


***********************


aku biarkan ayah borak dengan dia . peramah tak hengat . dengan semua orang dia angkat tangan . baguslah begitu :) aku harapkan aku pun boleh jadi peramah macam dia . 
semoga abang juga berjaya di dunia walau apa pun yang dilakukan , dan kelak di akhirat insyallah . terima kasih pemuda asing ! :')



3 comments:

DanieL AdiE said...

HAHAHAH...

Dah dpt bygkan dh bagaiman senyuman aneff ketika itu..

Clumsy Boy said...

apa jawapan kepada soalan pemuda yang last tu?

Mohd Khairi Khadzir said...

haha bakal abg ipar`~~ HAHHA