Friday, September 7, 2012

Book Review - Kelabu by Nadia Khan (Buku Fixi)

Hai dan assalamualaikum semua orang yang cun dan kacak .

semalam baru habis membaca novel Fixi yang dikarang oleh Nadia Khan - Kelabu . buku pertama Fixi yang aku baca . terharu tak Fixi ? aku baca novel kau ni ? ke Nadia Khan yang patut terharu ?

perihal penulis :

Nadia Khan ni berkelulusan embibies atau formalnya M.B.B.S . tahu apa tu ? pergi google . malas aku nak terang . aku syak Nadia Khan ni tgh tggu surat posting masa dia buat novel ni . doktor kot ! satu hari raya pun kene standby , ni kan kau nak buat novel ? oh ni andaian aku saja . aku yakin nadia ni doktor yang berwawasan ! kan kakak nadia ? gituh .




sinopsis novel :

senang kalau hidup dalam dunia hitam putih . baik buruk , betul salah , cinta benci , lelaki perempuan . apa jadi pada yang di tengah-tengah ? apa jadi pada orang-orang macam aku ? bila Jun datang pada aku , menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak' , aku tak tolak . salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun ? salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri ?

salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ?

aku Amir . jemputlah masuk ke dunia aku . di mana hitam putihnya tak berapa jelas . mungkin hanya lepas tu , korang akan faham macam mana rasanya berada di dunia aku . dunia KELABU .


review aku :

mula-mula baca , apa benda yang Kelabu ? aku tak nampak apa-apa yang Kelabu selain daripada passion seorang jurugambar terhadap kamera dan awek cun . 

mula-mula layan jugaklah sebab aku ingat buku ni ajar seseorang macam mana nak jadi 'sweet-talker' , macam mana nak pancing perempuan , yadaa yadaa . sebab jarang ada novel yang guna 'aku' sebagai watak lelaki .

jalan cerita yang seronok dibaca . ada jugaklah aku gelak sensorang sebab baca . kagum pun ada jugak , sebab trick si Amir tu macam-macam untuk usha awek ! 

TAPI ! sampai tengah buku , aku cakap - 'eh cilake . dah setengah buku aku baca woih , kau baru nak bagitau ?! terbaik lah kau twist cerita' .


rating aku :

out of 10 , aku bagi 8 .
1 point hilang sebab tak tahu apa kesudahan watak Jun , artikel Jun dan Datin Nita .
1 lagi point hilang sebab watak Amran kejap sangat :(

go Fixi ! go ! daebak ! *tetiba



No comments: