Wednesday, September 19, 2012

Junior-ku sayang

Assalamualaikum comel comel sekalian .

semalam aku pergi Mydin , yakni tempat feveret untuk kami seisi keluarga beli barang keperluan dan makan capati . aku kat bahagian sabun sabun ni , eh tiba tiba terserempak dengan junior ketika sekolah menengah . senior femes baik kan , sekali pandang dah kenal ! aku pun kenal dia , sebab aku induct dia masa dia form 1 .


**********************************

nani : eh ! eh ! mcm kenal !

aku : ye . aku pun macam kenal kau *sengih sengih*

nani : abang anep !

aku : ye saya .

nani : eh abang ! kenapa macam pendek ?

aku : -___________-

nani : haah lah . kenapa pendek ?

aku : sudahlah kau . shopping dengan siapa ?

nani : kakak tu . eh kenapa abang macam pendek ?

aku : grrr bukan pendek lah . comel . dah bai . aku nk beli barang .


*********************************



Saturday, September 15, 2012

bungkusan dari Johor :')

assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia :')

haritu , mak dengan gagahnya masuk bilik aku dengan membawa sebungkus bungkusan (sebungkus bungkusan ?) yang perlu ditanda tangan sbagai tanda menerima bungkusan itu . rasa macam diri ini hebat bila kena tanda tangan dekat posmen tu . kau paham kan ? :')

 nebes tau nak bukak . nebes >.<


 pengirim :')


 tadaa . ini lah yang hilangkan ke-nebes-an aku . sampul raya dia yg tak habis , dia bagi aku .




 Njalok Ngapuro Sing Akeh Akeh , 
maksudnya , Minta Maaf Banyak-Banyak . ai ni anak cucu jawa tau :')




takde keje . hantar sampul raya 10 keping -____- kalau dlm setiap sampul ada isi , agak gembira lah hati ni kan . ni kosong :'(
bungkusan istimewa ini dari si pemilik senyuman manis Encik Khairi Khadzir :') atau nama red carpet dia , Hairie Cerulean . apa tu cerulean ? pegi tanya dia . HAHA k .
takpelah , tak pernah dapat sampul raya ada muka pengirim kan , ni first time . agak terharu lah .



Monday, September 10, 2012

Kacang Tumbuk

Assalamualaikum dah selamat hari raya .

baiklah , kejadian ni berlaku kira kira 12 tahun lepas . masa tu aku kecik lagi , comel-comel lagi . malam , lebih kurang pukul 8 ke 9 camtu lah , aku dengan akak aku pergi kedai . dia nak beli apa ntah aku pun lupa . so , kami pun menuju ke kedai , berjalan kaki .

oh kejap ! sebelum pergi tu , mak aku ada pesan suruh beli kacang . aku kan comel lagi (baca=kecik) , so aku anggap pesanan tu ditujukan kepada akak aku . so , kami pun berjalan menuju ke kedai .


************************


setibanya di kedai .

akak aku : dik , beli kacang yang mak suruh tu . akak nak pergi kedai sebelah jap . (kecik kecik panggil akak , dah besar guna aku kau je , boleh ? )

aku : oh ? haa okay .

jadi , akak aku berlalu ke kedai sebelah . aku pun masuk kedai .

aku : kacang ..kacang ..kacang ..kacang .. 

so ! untuk memudahkan kerja mencari kacang , aku pergi kat kaunter , tanya dia .

aku : kak , nak kacang .

akak kaunter : kacang apa dik ?

aku : kacang .. nak satu . *bayangkanlah aku innocent gila masa tu mintak kacang -.-

akak kaunter : yelah kacang apa ? kacang tanah ? kacang rebus ?

aku : kacang lah . kacang .

akak kaunter : ok takpe . adik bagi akak number telefon rumah , akak call .

aku : 23134**

jadi , akak tu pun call . boleh bayangkan ? dia call rumah , nak tanya , kacang apa yang suruh dibeli -____-
dijadikan cerita , akak aku kembali dari kedai sebelah .

akak aku : mana kacang ?

aku : *juihkan bibir kat akak kaunter yang tengah telefon*

akak aku : apa ?

aku : dia tengah telefon rumah .

akak aku : -________-

akak kaunter : oh adikkk .. mak adik nak kacang tumbuk lah . 

aku : okay ..




**************************

balik rumah , aku kena bahan . blergh ! tu lah , suruh lagi budak kecik comel beli kacang . legend tak aku bagi nombor telefon rumah kat orang kedai , tanya nak beli apa . HAHAHA k .



Friday, September 7, 2012

Book Review - Kelabu by Nadia Khan (Buku Fixi)

Hai dan assalamualaikum semua orang yang cun dan kacak .

semalam baru habis membaca novel Fixi yang dikarang oleh Nadia Khan - Kelabu . buku pertama Fixi yang aku baca . terharu tak Fixi ? aku baca novel kau ni ? ke Nadia Khan yang patut terharu ?

perihal penulis :

Nadia Khan ni berkelulusan embibies atau formalnya M.B.B.S . tahu apa tu ? pergi google . malas aku nak terang . aku syak Nadia Khan ni tgh tggu surat posting masa dia buat novel ni . doktor kot ! satu hari raya pun kene standby , ni kan kau nak buat novel ? oh ni andaian aku saja . aku yakin nadia ni doktor yang berwawasan ! kan kakak nadia ? gituh .




sinopsis novel :

senang kalau hidup dalam dunia hitam putih . baik buruk , betul salah , cinta benci , lelaki perempuan . apa jadi pada yang di tengah-tengah ? apa jadi pada orang-orang macam aku ? bila Jun datang pada aku , menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak' , aku tak tolak . salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun ? salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri ?

salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ?

aku Amir . jemputlah masuk ke dunia aku . di mana hitam putihnya tak berapa jelas . mungkin hanya lepas tu , korang akan faham macam mana rasanya berada di dunia aku . dunia KELABU .


review aku :

mula-mula baca , apa benda yang Kelabu ? aku tak nampak apa-apa yang Kelabu selain daripada passion seorang jurugambar terhadap kamera dan awek cun . 

mula-mula layan jugaklah sebab aku ingat buku ni ajar seseorang macam mana nak jadi 'sweet-talker' , macam mana nak pancing perempuan , yadaa yadaa . sebab jarang ada novel yang guna 'aku' sebagai watak lelaki .

jalan cerita yang seronok dibaca . ada jugaklah aku gelak sensorang sebab baca . kagum pun ada jugak , sebab trick si Amir tu macam-macam untuk usha awek ! 

TAPI ! sampai tengah buku , aku cakap - 'eh cilake . dah setengah buku aku baca woih , kau baru nak bagitau ?! terbaik lah kau twist cerita' .


rating aku :

out of 10 , aku bagi 8 .
1 point hilang sebab tak tahu apa kesudahan watak Jun , artikel Jun dan Datin Nita .
1 lagi point hilang sebab watak Amran kejap sangat :(

go Fixi ! go ! daebak ! *tetiba



Thursday, September 6, 2012

Kisah Raya : Air Gula


air gula #1

amir : anep , ni air apa ?

aku : air masak lah . kenapa ?

amir : kenapa manis ?

aku : ....

amir : ni air gula lah .

aku : .......

- aku hidang air gula untuk tetamu . you able ? 


air gula #2

akak sedara tak berapa kenal : dik , ada air masak .

aku : ada . ni *hulur jug air*

akak sedara tak berapa kenal : ok terima kasih .

aku : sama-sama *mata masih menatap air . sebenarnya menatap 'warna' air tu*

- kenapa kuning sikit ? ke jug tu yang kaler kuning ?

- aku bagi air gula kat akak tu untuk bagi baby dia minum . you able ?



Wednesday, September 5, 2012

" semoga berjaya , insyallah .."


hai sayang-sayang abang *muntah*

---> dari sehari ke sehari , aku cuba memerah idea dari kerangking hati untuk melempiaskan filosofi misterius agar kalian kenyang membaca . tidak jemu , padat dan penuh penghayatan umpama hujan yang merembes yang tidak beri peluang negosiasi dengan bumi .

#tolonglahh sense sarcasm tolonglaahhhh . ini namanya sastera jalanan campur indonesia murtad . filosofi waklu ! falsafah okeh falsafah !

back to topic . haritu aku menjadi pemandu untuk membawa kedua ibu bapa aku ke kenduri perkahwinan . 5 rumah -..-
tapi cerita aku ni berkaitan dengan rumah pertama je . HAHAHA k .

sesampai je di kenduri kahwin tu , aku terus amik makan , pastu cari tempat duduk . gelas ngan air takde . bila aku , ayah , maka duduk je . orang depan kami , dengan tidak semena-mena bangun , dan ambil 3 gelas untuk kami berserta satu jug air .


*************

ayah : terima kasih !

pemuda : sama-sama . tinggal mana pakcik ?

ayah : taman belakang je . awak tinggal mana ni ?

pemuda : tanjung keling . org menjemput , wajib datang .

ayah : jauhh . datang dengan siapa ? sendiri ?

pemuda : *angguk*

pemuda : ni anak pakcik ? *juih bibir ke arah aku serta merta aku malu*

ayah : haah anak . yang kecik .

pemuda : belajar mana dik ? 

aku : uitm . 

pemuda : kos apa ?

aku : business .

pemuda : okay . semoga berjaya ya abang doakan , insyallah .

aku : senyum *terharu sebenarnya*

pemuda : pakcik ada anak perempuan ?

aku : -____________-


***********************


aku biarkan ayah borak dengan dia . peramah tak hengat . dengan semua orang dia angkat tangan . baguslah begitu :) aku harapkan aku pun boleh jadi peramah macam dia . 
semoga abang juga berjaya di dunia walau apa pun yang dilakukan , dan kelak di akhirat insyallah . terima kasih pemuda asing ! :')



Saturday, September 1, 2012

Klasik , Moden Aidilfitri .

 Assalamualaikum .

Jadi untuk Aidilfitri 2012 ini , saya ada menerima beberapa keping kad raya dari kenalan-kenalan alam maya dan alam realiti . terima kasih semua :')

pengirim : @Aaron_afiq

pengirim : Eqbal Zack

pengirim : @manyusoef

pengirim : @zkryhssn

pengirim : @Fakhrul_IJOY