Tuesday, August 7, 2012

si pencari rupa .

rupa market , hot stuff dari zaman sekolah sampai lah zaman universiti . awek-awek cair tengok bila si kacak atau si cantik lalu depan mata , libas rambut , atau ada slow motion berangin-angin . siapa aje tak pandang ? makcik cleaner pun pandang .

kalau pandang , si kacak atau si cantik , entah apa ada dalam fikiran mereka aku pun tak tahu . tapi bagi aku dari pandangan seorang lelaki , kalau si kacak lelaki lalu , mesti serba serbinya sempurna . dari penjagaan diri , katil , baju kotor , kasut , seluar dalam , rambut , pokoknya SEMUA .


termasuklah mereka hebat di bahtera bersama isteri .

mari aku nak cerita . rupa lawa tak semestinya katil pun lawa . bilik bersih , almari kemas , seluar dalam bersih . tak semestinya .
aku ada seorang sahabat dulu di asrama . rupanya kacak , kegilaan gadis dari tingkatan 1-5 , jumpa saja dapat biodata satu kotak . hot stuff , ahli sukan sekolah . dipandang hebatt .

masuk biliknya , rahang kau jatuh . bukan sebab kagum , tapi sebab 'nauzubillah macam ni rupanya orang ada peminat ramai' .

ada peminat ramai , kekasih macam pokok krismas , tapi katil tak tahu kemas , macam mana ? tapi itu satu kelemahan , mungkin . kelemahan yang harus diterima oleh pasangan dia :D rupa dah elok , alangkah eloknya kalau tahu kemas katil dan sebagainya . insyallah , semua ibadah pun jadi okey .

si pencari rupa ; rupa bukan segala-galanya . kau menjerit jumpa Nazim Othman , OMGGG DEJAVU DI KINABALU OMGGGGGG HENSEMNYAA , apa kau dapat ? eh jangan salah sangka . tak halang pun  semua nak minat siapa . mungkin itu cara kau melempiaskan endorfin kau . jumpa artis , harus lah histeria . 

bila cakap pasal pasangan , si pencari rupa menekankan rupa NOMBOR SATU . anak nanti nak yang lawa-lawa . apesal ? bakal anak kau dah MMS gambar dia dari dalam perut ke ? Tuhan tentukan macam mana nanti . surah Yusuf dan surah Maryam ada , amalkan . si pencari rupa ; nanti tak malu bawak keluar jalan-jalan ya ?

tapi poket kosong . macam mana ?



---- entri kosong menunggu sahur . K bye .




4 comments:

Eazy Izzuddin said...

eh Nazim Othman bukan kah kembar anda?
xD

bukankosong said...

zaman skrg, mcm mcm

tp rupa tu bonus la, perangai tu yg penting kene elok

DanieL AdiE said...

Nice entry..

sgt2 benar kata-kata anda itu...

Syafiqah Azmi said...

terpulang la kepada masing-masing untuk membuat penilaian yg sewajarnya dalam memilih pasangan hidup..Sentiasa la bersyukur ngn nikmat yg dimiliki..
Jgn terlalu bermegah dengan rupa cantik dan tampan.. Itu semua hnya lah pinjaman buat kita.. Bila2 masa je akan ditarik balik.. :)