Wednesday, August 8, 2012

si pencari rupa 2.0


zaman twitter , facebook , instagram dan apa lagi jadah sekarang semakin lama semakin canggih . orang boleh jatuh cinta setakat tengok default picture ! betul tak tipu punya .

*right click* *open in a new tab* 

'wah eloknya ! *follow*

- dengan default picture , semua mimpi boleh jadi realiti . apatah lagi bila sudah berjumpa , semakin ligat dan 3 hari kemudian 'in a relationship' . indahnya dunia percintaan si pencari rupa :')

- dengan default picture , semua mimpi boleh jadi ngeri . apatah lagi bila sudah berjumpa , view profile pun dah tak nak dan 3 hari kemudian 'unfollow' atau 'ignore' . ngerinya dunia percintaan si pencari rupa :'(

si pencari rupa mungkin menghargai keindahan ciptaan Tuhan . aku juga begitu menghargai mereka , tambahan dengan dalaman yang cukup manis dan menyejukkan . cuma aku berharap ramainya si pencari rupa ini sama ramainya dengan si pencari rupa (hati) ;)

bila ditanya , semua kata hati yang penting . kadang-kadang aku gelak besar bila baca . tapi bila yang tak-ada-dalam-senarai-kacak-atau-cantik itu tegur dekat FB , Twitter , terus offline , terus ignore . macam mana ? apa sudah jadi dengan 'hati yang penting?' lagi sekali aku gelak besar .


pernah rasa seperti tak dihargai ? kalau tak pernah , cuba ciptakan satu dan rasakan sendiri :)



5 comments:

bukankosong said...

makan garam byk dh

fake belake

Dylla Abas said...

pernah rasa tak dihargai sebelum ni kerana rupa je..oh,sedihnya!

DanieL AdiE said...

Couldn't agree more Aneff...

I've experienced it..!

Fya Pelangi said...

HAHA. pengaruh rakan sebaya dme ni. lebih2, budak skola. hingus pun mak abah lap kan, byk bnyi plak. haha.

the typewritor said...

xde apa nk komen cum nk ckp lagu belog kau yg sebelum ni lagi best..kui3