Saturday, August 25, 2012

Kronologi Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua orang !

ada sihat ? aku sihat alhamdulillah . masih waras dan mampu beraya ke sana sini menziarahi sanak saudara dan sahabat handai . baru raya ke 7 , lek luu . apa barang kerja ? HAHAHA padan muka kena kerja . 
baiklah ! tanpa melengahkan masa dan keringat , aku mahu persembahkan kronologi aidilfitri 2012 versi Aneff Marhfiz . jaga-jaga , entri penuh dengan gambar !

1 Syawal - Bukit Cina , Melaka .






2 , 3 , 4 Syawal takde gambar , so forward ke 5 Syawal . HAHA k --'











aku beraya bersama AslanAs , ManYusoef , HairiCerulean dan AmeElms . pergi beraya di rumah Syafiq Rosli , Daniel Adie , Ame Elms dan akhir sekali rumah Aneff Marhfiz . huhuksss uhuks !

kebetulan ramai lagi yang ada seperti Karl , Fiq Fikri , Amir Naufal dan Hizami Li dan lain lain . ianya seperti gathering raya Melaka + Johor + Selangor + Twitter + Blogger . tahu tak masa aku menaip ni , aku berkira-kira nak letak link ke taknak . HAHAHA ok aku malas letak link . LOLOLOL

nota raya #1 - Lan tinggi bak hang ! pemain bola tampar matrikulasi Johor 2006/07 *gasak*

nota raya #2 - Osman pemalu juga diluar walaupun di twitter dan blog sepertinya bertih jagung. sepertinya
                                ya.

nota raya #3 - Hairi tu pemenang tempat ke 3 contest aku tapi belum tuntut hadiah . balik raya baru perasan,  
                                boleh ? -..- dia baca tak agak-agak ? HAHAHA

nota raya #4 - Saya seronok kerana akhirnya dapat jumpa mereka :')



Thursday, August 16, 2012

HIDUP


aku dengan tawaduk dan konfiden tengah nyanyi lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid ngan Hail Amir .


" indahnya sungguh di Hari Raya ,

ramainya orang bersuka ria ,

adikku manis cantik bergaya ,

bolehkah abang HIDUP bersama "


elly : dik , IKUT . bukan HIDUP .

adik : -.-'


walaupun lirik salah , kadang-kadang konfiden itu penting .




Monday, August 13, 2012

tabiat sangat buruk 2.0


dah banyak kali aku tengok cerita This Means War - cerita yang macam haram kelakar untuk orang-orang yang suka lawak violent macam aku . aku tengok sebab ada tom hardy which is favourite actor aku selepas lakonan dia dalam Warrior ! 

baiklah , dalam cerita TMW tu ada satu scene masa game paintball . moment bila Resse Witherspoon tertembak telor Tom Hardy .


" i have this laughter thing when bad things happen ." - TMW


nampak point aku ? kalau nampak bagus . aku pun ada sifat yang sama . bila orang tergolek ke , jatuh tangga ke , tersembam muka kat pintu ke , terkencet ke , apa-apa pun , aku mesti ketawa walaupun aku tahu aku tak sepatutnya ketawa . satu sifat yang tak baik dan terang-terang menujukkan kebiadaban aku . 

dah banyak kali aku macam tu --'
dan paling banyak aku ketawa masa praktis game volleyball , ada seorang member aku yang dia memang sangat mengundang gelak tawa aku tak kira lah dia buat apa pun . at one point , bila dia terjatuh sebab nak dig bola , aku ketawa bagai nak gila . ketawa macam disampuk 77 ekor jin .
ya aku tahu itu tabiat buruk . sangat buruk .

kesannya , orang tu boleh kecil hati dengan aku . orang boleh menyampah dengan aku . apa-apa pun , aku sebenarnya tengah usaha untuk baiki . well , sekurang-kurangnya dengan gelak tutup mulut (macam yang aku buat lepas peristiwa 'Remote' dalam entri lepas)

bersama-samalah kita berakhlak mulia .



Saturday, August 11, 2012

pesan emak .


**************************

" kalau kerja susah payah kumpul duit , belajar tinggi-tinggi , tapi ibadah tinggal , tak guna jugak "


**************************



Friday, August 10, 2012

hebat sekali .

assalamualaikum .

mesti dah tengok iklan hebat giler dari Petronas dan BERNAS tu kan ? aku menangis woih . yang Petronas tak sangatlah , tapi yang BERNAS tu betul menitik air mata . dua orang budak yang betul-betul terkesan . haishh

dua dua iklan tu tak guna pelakon popular , tak dikenali ramai , tapi dah boleh buat aku menangis .
dua dua iklan tu tak lebih dari 15 minit pun , tak panjang pun , tapi dah boleh buat aku feel something .

kalau iklan boleh buat hebat-hebat , rasa boleh je kalau nak buat filem hebat jugak . takkan asyik nak adaptasi dari novel atau nak tunggu raya je ? HAHA rilek . just my 0.00000002 cents .
tahniah buat producer atau sesiapa yang mencurahkan idea menghasilkan iklan yang hebat dan terkesan di hati penonton .


" kami takde keluarga , raya di sini je kot " - adik Fizi , iklan BERNAS .


remote .



elly : dik , mana remote laptop ni ? amik jap .


adik : remote ? remote mende ??


elly : ......


elly : mouse .



Thursday, August 9, 2012

'buaya darat' .


aku baru lepas tengok satu filem , starring Fassy (nickname) .
menjadi seorang buaya darat , secara metafora , ialah sesuatu sifat yang tak tahu bagaimana nak menghargai perempuan .

Dia punya keinginan melampau setiap hari , dan membuatkan dia menjadi 'buaya darat' . dan pada aku , menjadi buaya darat ialah tidak baik kerana mempermainkan perasaan perempuan . tak ada apa yang lebih loser dari menjadi buaya darat , secara seriusnya ;)

cuma bayangkan , adik perempuan atau kakak kau diperlakukan macam tu . sebab dalam cerita tu , adik perempuan dia mati , baru dia sedar yang perempuan itu harus dihargai , dan bukan untuk dihenjut atas katil semata-mata .

itu di hollywood , mungkin itu kebanggaannya . tapi kalau di malaysia , macam mana ? bangga jugak ? ermmm bukan patut malu ? HAHA tepuk dada tanya iman .
oh - buaya darat yang aku maksudkan : aiskrim yang dimakan lebih lama bertahan berbanding dengan  hubungannya dengan mana-mana perempuan :)

bangga ke macam tu ??


Wednesday, August 8, 2012

si pencari rupa 2.0


zaman twitter , facebook , instagram dan apa lagi jadah sekarang semakin lama semakin canggih . orang boleh jatuh cinta setakat tengok default picture ! betul tak tipu punya .

*right click* *open in a new tab* 

'wah eloknya ! *follow*

- dengan default picture , semua mimpi boleh jadi realiti . apatah lagi bila sudah berjumpa , semakin ligat dan 3 hari kemudian 'in a relationship' . indahnya dunia percintaan si pencari rupa :')

- dengan default picture , semua mimpi boleh jadi ngeri . apatah lagi bila sudah berjumpa , view profile pun dah tak nak dan 3 hari kemudian 'unfollow' atau 'ignore' . ngerinya dunia percintaan si pencari rupa :'(

si pencari rupa mungkin menghargai keindahan ciptaan Tuhan . aku juga begitu menghargai mereka , tambahan dengan dalaman yang cukup manis dan menyejukkan . cuma aku berharap ramainya si pencari rupa ini sama ramainya dengan si pencari rupa (hati) ;)

bila ditanya , semua kata hati yang penting . kadang-kadang aku gelak besar bila baca . tapi bila yang tak-ada-dalam-senarai-kacak-atau-cantik itu tegur dekat FB , Twitter , terus offline , terus ignore . macam mana ? apa sudah jadi dengan 'hati yang penting?' lagi sekali aku gelak besar .


pernah rasa seperti tak dihargai ? kalau tak pernah , cuba ciptakan satu dan rasakan sendiri :)



Tuesday, August 7, 2012

si pencari rupa .

rupa market , hot stuff dari zaman sekolah sampai lah zaman universiti . awek-awek cair tengok bila si kacak atau si cantik lalu depan mata , libas rambut , atau ada slow motion berangin-angin . siapa aje tak pandang ? makcik cleaner pun pandang .

kalau pandang , si kacak atau si cantik , entah apa ada dalam fikiran mereka aku pun tak tahu . tapi bagi aku dari pandangan seorang lelaki , kalau si kacak lelaki lalu , mesti serba serbinya sempurna . dari penjagaan diri , katil , baju kotor , kasut , seluar dalam , rambut , pokoknya SEMUA .


termasuklah mereka hebat di bahtera bersama isteri .

mari aku nak cerita . rupa lawa tak semestinya katil pun lawa . bilik bersih , almari kemas , seluar dalam bersih . tak semestinya .
aku ada seorang sahabat dulu di asrama . rupanya kacak , kegilaan gadis dari tingkatan 1-5 , jumpa saja dapat biodata satu kotak . hot stuff , ahli sukan sekolah . dipandang hebatt .

masuk biliknya , rahang kau jatuh . bukan sebab kagum , tapi sebab 'nauzubillah macam ni rupanya orang ada peminat ramai' .

ada peminat ramai , kekasih macam pokok krismas , tapi katil tak tahu kemas , macam mana ? tapi itu satu kelemahan , mungkin . kelemahan yang harus diterima oleh pasangan dia :D rupa dah elok , alangkah eloknya kalau tahu kemas katil dan sebagainya . insyallah , semua ibadah pun jadi okey .

si pencari rupa ; rupa bukan segala-galanya . kau menjerit jumpa Nazim Othman , OMGGG DEJAVU DI KINABALU OMGGGGGG HENSEMNYAA , apa kau dapat ? eh jangan salah sangka . tak halang pun  semua nak minat siapa . mungkin itu cara kau melempiaskan endorfin kau . jumpa artis , harus lah histeria . 

bila cakap pasal pasangan , si pencari rupa menekankan rupa NOMBOR SATU . anak nanti nak yang lawa-lawa . apesal ? bakal anak kau dah MMS gambar dia dari dalam perut ke ? Tuhan tentukan macam mana nanti . surah Yusuf dan surah Maryam ada , amalkan . si pencari rupa ; nanti tak malu bawak keluar jalan-jalan ya ?

tapi poket kosong . macam mana ?



---- entri kosong menunggu sahur . K bye .




Monday, August 6, 2012

menulis



menulis tu perlukan mood dan semangat . buku atau penulisan hebat bukan dihasilkan sekelip mata - idea dan imaginasi perlu tinggi :) 

seseorang boleh peroleh biasiswa dengan hanya memberi ucapan :)
seseorang boleh mendapat tepukan gemuruh dengan hanya memberi ucapan :)
seseorang boleh dikagumi dengan hanya menulis buku :)
seseorang boleh menjadi idola dengan hanya menulis buku :)

di sebaliknya adalah seorang yang hebat .

seorang raja memerlukan pengucapan yang menakjubkan untuk rakyatnya , maka beliau memerlukan seseorang .
seorang penulis memerlukan semangat yang jitu , maka beliau memerlukan sesuatu .
seorang penyajak memerlukan mood yang merangsang , maka beliau memerlukan mood dan bukan jus oren :)

- ia bukan hanya tulisan , tetapi karya yang ingin dihargai . 
dan penghargaan itu merupakan satu pujian melalui hati .



Friday, August 3, 2012

motor terbang

*aku dan ayah siap siap mahu ke masjid*


" mak , dak abang tak bangun lagi mak ."  (dengki)

" dia demam . terkejut sebab nampak motor terbang pagi tadi ."

" pffftt ! "


*************************


kisahnya terjadi pagi tadi , mengikut penceritaan mak aku lah .

abang aku dan mak aku pergi hantar akak aku ke tempat kerja. sampai di satu simpang , tiba-tiba mereka ternampak ada motor melayang sebab pembonceng dia hilang control , lalu tercampaklah kedua-dua yang menunggang motor itu . kepala berdarah , dan akibatnya , abang aku yang nampak terus demam terkejut (katanya) . sekarang 3.04 p.m belum bangun lagi . demam terkejut (katanya) eh ulang ulang nampak .


" mak tak demam pun ?"

" mak kuat semangat ."


nampak motor terbang dah demam tak boleh bangun . tu belum benda lain terbang . dahsyat abang aku ni .



Thursday, August 2, 2012

Teman wanita , homoseksual dan crush .

assalamualaikum .

habis blog aku kena godek , renovate padahal takde lah berubah sangat pun . header dengan tambah lagu korea . HAHA ! maaf lah aku suka lagu tu sejak pertama kali dengar dalam running man episod girls generation . Yuri ! Yuri ! *histeria*

baiklah . kembali kepada topik . tajuk yang agak kontroversi untuk dibuat entri - eh mcm pantun pula . entri sebelum ini berkisarkan tentang Aku , Girlfriend dan Cinta :3 aku kupas tentang persediaan sebelum masuk alam bercinta dan bagi nasihat utk mereka yang punya keinginan untuk bercinta *muntah* 

off topic ; awek pun tak ada nak cakap pasal cinta .

awek pertama aku ialah semasa aku tingkatan dua . Nur ehem ehem namanya . dari Terengganu . putih , cantik , tinggi , dan menjadi kegilaan ramai . sebab itu juga aku putus dengannya . aku kalah dengan kemacho-an abang tingkatan 5 yang turut menyimpan perasaan terhadapnya . mula-mula jadi abang angkat , kemudian dengar cerita dah couple . untunglah ! #emo

awek kedua aku ialah semasa aku tingkatan lima . Nur ehem ehem namanya . dari Melaka . putih , tinggi , bertudung litup dan juara tilawah antara dorm . dia pemalu , pendiam dan budak baru masuk sekolah aku . kebetulan aku in charge untuk induct budak baru , so terjatuh hati . blerghh . mula mula utus utus surat . kemudian masing-masing confess . malu tau :')
selepas spm , kami jarang contact , dan aku minta putus . dia deserve untuk tidak diperlakukan sebegitu .

masuk uitm , cabaran baru datang . masuk kolej dikelilingi senior , aku jadi mangsa ! HAHA kelakar bila ingat balik . teringat malam pertama orientasi , ada senior yang datang untuk check 'adik' baru . cuak , gentar , gementar . selamat sebab aku berkurung aje dalam bilik .

ada seorang senior yang selalu menganggu . lelaki lah . dekat library dia ganggu , dekat jambatan dekat kolam itik dia ganggu , dekat lobi bawah kolej sebab nak dapatkan signal wifi kuat dia ganggu , dekat pasar malam dia ganggu . di mana mana jua asal nampak aku , dia mesti gosok gosok kepala aku -..-

aku dapatkan info dari informer . 

"dia tu g*y kuat . tarik budak budak baru yang comel comel , kacau-kacau "

gasak . kisah pulak aku ? selagi aku tak kacau dia , jangan harap dia dapat kacau aku . dan aku mula crush pada seseorang selepas masuk kelas pertama :') cantik orangnya , nama dia Nurul ehem ehem . putihh , comel . hehe tp dia ada pakwe dah .

begitulah sehari-hari . tengok crush dari jauh , sambil diganggu senior tu . pfft ! sampailah aku blah dari uitm . setahun je pun dok situ .

selamat berpuasa ! dah besar ponteng puasa tak malu ? 


Aku , Girlfriend dan Cinta

assalamualaikum .

tajuk novel sangat . HAHA kisah pulak aku ?

haritu mak ada sebut pasal kahwin kat abang aku . tempiasnya siapa ? mestilah lah aku kan ? sah sah aku je yang ada kat situ --"
mak suruh abang kumpul duit lepastu beli rumah , senang lepas kahwin . amboi rumah memang 2 3 kupang je skarang . surat posting pun belum dapat nak beli rumah konon puihh . eh ?

aku sangat sangat sangat sangat sangat suka suasana mcm kat atas . TERSANGAT . so sesiapa nak bawak aku jenjalan , blh lah bawak aku pergi tepi pantai waktu gini :')


erm erm aku ?
aku tak ada girlfriend . boyfriend apatah lagi . tak fikir pun nak bercinta ni , takut tak terjaga anak orang >.< 
senang cerita aku belum ready nak commit pada someone . bagi aku , kalau ada girlfriend tu mesti bawak kahwin . kalau ada girlfriend pastu break , buat apa ? takde jodoh ? puihh ! eh .

sebab tu aku cakap , nak ada girlfriend ni kena betul betul ready dari segi mental dan fizikal . kena ada duit , masa , komitmen , pengorbanan , kesabaran , kefahaman , kejujuran dan lain lain lagi . sebab apa boleh break ? sebab mostly couples ni tak ada masa nak call lah , takde toleransi lah , last last mintak break . tu maknanya mereka belum ready ^^,

senang cerita , cinta ni macam pergi perang :) kalau tak prepare , kojol lah kau .

walaupun ada jugak beberapa percubaan dari orang-orang yang lebih tertarik pada sama jenis terhadap aku , tapi aku tetap menten comel . ok takde kaitan .
sebenarnya menarik tau cerita pasal pengalaman ni . ok dah dpt idea untuk entri seterusnya .

ingat ! cinta itu ibarat pergi berperang ! gituh kan .


Wednesday, August 1, 2012

tabiat sangat buruk .

assalamualaikum dan selamat berpuasa :D

setiap hari aku dok perah otak , nak update blog pasal apa nak update blog pasal apa . so natijahnya ? hambik kau last update aku 1 week ago .

baiklah hari ini nak cerita pasal tabiat buruk aku . tahu tabiat buruk ? 
tabiat buruk ialah tabiat yang tak cantik .

tabiat buruk aku ialah suka menangkap-nangkap gambar semasa memandu . buruk ke tak buruk ? sudahlah buruk , 18SG pulak . kereta manual okeh ! mana nak pegang stereng ? mana nak tukar gear ? mana nak pegang kamera ? jadi , itulah tabiat buruk saya ^^,

kamera tu takdelah yang kamera hitam besar bagak tu . memang aku dengan kamera tu bolos masuk parit . ai pakai kamera fon je >.< maklumlah , tak mampu pakai mahal mahal .


 tabiat buruk #1

  tabiat buruk #2

  tabiat buruk #3

  tabiat buruk #4
*rumah yang sangat idaman ! lawa gilerrrr rumah niiii

 tabiat buruk #5

 tabiat buruk #6


a/n berani nak naik kereta dengan saya tak ? :')