Tuesday, July 3, 2012

Ada sorang budak tu ..

Assalamualaikum .

Aku nak cerita pasal seorang budak laki yang aku kenal . Budak lagi dia tu sebab gigi kapak yang original pun belum tumbuh . Banyak aku kongsi cerita dengan dia . Cool gila aku bff ngan budak kecik . Satu hari tu mak dia keluarkan pernyataan yang secara tak sengaja didengari oleh dia . 

"Mak nak pergi kedai lah jap lagi ."

so bila dia dengar je , eksaited lah kan . yelah kecik kecik , pergi kedai dah macam pergi pavi . ambik je letak kat kaunter pastu mak bayar . syurga dunia . nak nak pulak bila kedai tu ada jual spek mata hitam yang 2 ringgit tu . memang artis lah kan bila keluar dari kedai tu .

dia eksaited , mandi awal ni . sanggup cancel appointment main basikal dengan jiran sebelah . dah siap dah wangi , dia tunggu mak dia siap . tapi mak dia still rilek goyang kaki tengok tv . sambil tunggu , dia pun main lah conteng-conteng  dalam diari ayah dia yang tak pakai .

"Mak kata nak pergi kedai tadi..?"

takde respon . dia terus main conteng-conteng dengan abang dia . dah nak malam dah , tiba-tiba mak dia bersuara .

"Malaslah nak pergi . Dah malam."

dia dengar . hati dia sebak , serius ! dia cakap ngan aku sendiri kot ! nak nangis dah sebab dia dah mandi wangi semua lepas tu tak jadi pergi kedai pulak . aku pun ketawa dengar dia cerita tu . alahai cancel pergi kedai pun nak menangis . nanti dia dah besar , mesti dia ketawa bila aku cerita balik .





*********************************





aku kemas almari buku haritu , terjumpa diari lama ayah yang tak pakai . aku belek-belek , aku jumpa satu note , aku senyum lebar bila baca .

"MAK MUNGKIR JANJI NAK BAWAK ANEP PERGI KEDAI.."

lama aku senyum . aku tahu itu tulisan aku dan cerita di atas adalah cerita aku . indahnya zaman kanak-kanak haishhhhh :')



7 comments:

Syakir Rahman said...

ahahaha...nice weyh... ko seolah2 naik mesen masa ke zaman dlu :)

Dylla Abas said...

style la entri ni!! best ^_^

bila ingat balik kenangan zaman kanak2 dulu,memang rasa nak senyum sorang2 kan

DanieL AdiE said...

Dah agak dah....

Msti cerita diri sendiri..

Frankly, sgt rindu zaman kanak-kanak..

Masmira Masri said...

mmg rindu zaman kanak2 tambah2 bergadoh dgn adik beradik berebut benda lepas tuh kena pelempang free dari ayah =))

do visit n follow mine ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/jom-join-segmen-ary-and-gang.html

ame elms ! said...

this entry almost put tears on my eyes . :|

aKSARAfENDI said...

zmn kcik2 dlu kcwa gile kut klo mak ngn ayah mgkir janji..hahaha

Siti Yasmin said...

=)