Monday, July 23, 2012

2012 .

situasi 1 .

*bunyi kamera*

ali : kau buat apa tu tngkp gambar makanan ?

abu : u're sooooo 2008 . aku nak tweet lah apa yang aku buka puasa .

ali : pfft !


***************

situasi 2

*bunyi kamera*

ali : haih tangkap gambar sendiri nampak ?

abu : of course lah . get ready for tarawih uols ! kene lah tweet !

ali : pfft !


**************

situasi 3

ali : abu jom jemaah subuh kat surau .

abu : err kau pergi dulu lah .

ali : jomlahh . nanti boleh tweet ! kali ni biar aku tangkap gambar kau dari head to toe . nak ?

abu : pfft !

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433H Kepada Semua Umat Islam Seantero Dunia Dari Aneff Marhfiz dan Keluarga

tajuk tak nak panjang pulakk kann . HAHA kisah pulak aku .

malas nak menceceh pepanjang , aku rasa tajuk je dah straight to the point kan ? so perlu ke tak aku wish lagi ? ke nak biar je tajuk takyah entri ? HAHA k .

saya (dan dan guna saya) minta maaf kepada semua , dan semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat saya dan sayang-sayang semua . muah !

eh ada video lah hiks tapi pendek je and buruk kualiti sebab pakai kamera henpon je bukan kamera itam besar tu tapi ok lah sbb takyah setting HAHA and senang nak pegang dan replay dan rekod balik kalau buruk HAHA . (sila baca dalam satu nafas)


kenal tak artis atas ni ? haritu kitorg lepak sekali so aku suruh la dia dedicate video sikit . ehek !


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H
ikhlas ;
Aneff Marhfiz


Thursday, July 12, 2012

Sha jatuh cinta dengan Aneff .

Assalamualaikum .

sihatkah kalian ? harap senantiasa sihat -..- baiklah , malas aku nak bermukadimah panjang-panjang . bukan ada orang baca blog ni pun . tu dia cliche . kisah pulak aku :3

tadi semasa aku membelek belek blog , scroll punya scroll , mata aku tertumpu pada satu orang yang tinggalkan nota cinta . gituhh kannnn . aku tak tahu la itu prank ke apa ke . gasaklah ada juga benda aku nak update ! ada blog tapi tak update woi !

tiok lah . Sha jatuh cinta dengan Aneff . ai malu .


soalan utama : blog kau ada ? 



Wednesday, July 11, 2012

Rokok .

Assalamualaikum .

bukan nak cerita pasal apa kandungan rokok ke , rokok hidup ke , bukan . aku ada satu cerita pasal rokok .nak baca silakan , insyaAllah ada iktibar yang tersurat . gitchew !

cerita ini terjadi di suatu petang , nak dekat jam 7 . emak sedang mengendalikan kelas mengaji , ayah duduk santai di tepi sambil merokok , aku ? na na na na nadaaa cintaaaaa . 

sedang asyik menonton nada cinta , aku terdengar perbualan mak dengan anak muridnya . ayah dah berlalu ke dapur nak buat air panas .


********************

anak murid : ustazah , asap rokok busuk ! 


ustazah : memang la busuk ! takkan wangi pulak ? 


anak murid : saya tak boleh bau ! ada racun !


ustazah : kalau ada racun dah lama pakcik kau tu sakit .


anak murid : bapak saya sakit jantung , hisap rokok banyakkkkkkkkkk ustazah .


**********************

aku gelak . point taken :)

Saturday, July 7, 2012

Mengkarung ke Bengkarung ke Cengkarung ?

Assalaualaikum .

Topik panas ! bagi sesiapa yang tidak tahu satu benda dari 3 di atas , sila berambus . sekarang .

baiklah sebenarnya soalan mengkarung ke bengkarung ke cengkarung ke ni sejak aku tingkatan 2 lagi wujud . asal aku jumpa siapa je pun mesti aku tanya . siapa pencetus ? mestilah penolong ketua asrama aku , aneff marhfiz ! LOLOLOL


***************************

di dewan makan .

ali : anep , nanti pinjam buku add math . prep nanti bawak eh .


anep : haa ok ok . ali ?


ali : apa ?


anep : mengkarung ke bengkarung ke cengkarung ?


ali : bengkarung lah . mengkarung tu bukan yang tikar tu ke ?


anep : ??? tu mengkuang la gile .


ali : ohh . eh jgn lupa bawak buku add math .

so sejak haritu , aku yakin yang binatang tu ialah BENGKARUNG .


*************************

majlis makan malam bersama pengetua .

abu : pehhh singkat doe kain cikgu timah .


anep : abu ?


abu : apa ?


anep : mengkarung ke bengkarung ke cengkarung ?


abu : mengkarung lahh . yang macam cicak tu kan ?


anep : oh ? bukan bengkarung ?


abu : mana datang bengkarung . mengkarung lah !


anep : okay okay . rilek ah .


abu : eh lawa pulak si kiah tu . selalu aku tgk tak rupa orang .



so sejak haritu , aku yakin yang binatang tu ialah MENGKARUNG dan kadang-kadang BENGKARUNG -.-


************************

di bilik mandi sementara tunggu turn .

atan : eh nep , esei bi dah siap ?


anep : dah . tadi prep aku buat . asal ?


atan : nanti nak pinjam .


anep : malam kang aku bagi . ermm tan ?


atan : ye ?


anep : mengkarung ke bengkarung ke cengkarung ?


atan : errmm ermm cengkarung kot . tak pasti . kenapa ? kau jumpa ke ?


anep : tak ah . saje tanya .


atan : woi cepat ahh ! nak maghrib ni ! *sambil ketuk pintu bilik air*

so sejak haritu , hati aku berbelah bagi hendak pilih yang mana satu .


**********************

jadi apa pilihan anda ? Wikipedia pun aku rasa dia berbelah bagi sebab tiga-tiga sekaligus dia sebut ! HAHAHA k . yang penting mengkarung ke bengkarung ke cengkarung , bukan sejenis tikar ya .

tadaaaa ni lah mengkarung ! atau dikenali dengan bengkarug . atau cengkarung .



Friday, July 6, 2012

Bontot Kau 2.0

Assalamualaikum dan selamat pagi .

cerita fresh di pagi Jumaat , 16 Syaaban . baru je jadik lebih kurang 5 minit lepas . cerita takdelah hot tapi gasaklah aku nak post jugak sebab aku tak suka blog aku tak ber-update . gituh kan !

mukadimah sikit *sebab nak bagi post ni nampak panjang -..-
baiklah harini Jumaat , so kebiasaannya kalau abang aku ada dia kena hantar akak aku ke tempat kerja sebab nanti nak pakai kereta nak pergi solat Jumaat . abang aku ni sementara nak tunggu surat posting dari hospital , dia keje la dekat kedai serbaneka 24 jam .

nak dijadikan cerita , pagi ni dia baru balik kerja . balik kerja ofkos la mengantuk kan ! bila akak aku nak gi kerja dah , ayah aku pun suruh dia hantar akak aku .


********************

ayah : bang ! gi hantar elly tu . nnt nak pakai kereta .


abang : suruh anep lah . abang ngantuk .


mak : ala balik kang boleh tidur .


abang : jom lah elly . mengantuk pun mengantuk lah .


mak : balik kang boleh tidur laaaa .


abang : takde , abang takut tertidur je bila bawak kereta kang . naik motor pun boleh tertidur , ni kan bawak kereta .


mak : bontot kau .


***************************

Salam Jumaat ! peace .


a/n : lagu agnes monica tajuk Ku Tlah Jatuh Cinta , starting dia boleh buat jejoget eh . tak caya gi dengar kat utube >.<


Wednesday, July 4, 2012

9 Pagi , Sabtu & Ahad . ingat ?


dong ... dong ... dong ... *bunyi loceng besar kat tokong tu*

memang ku tak pernah berterus terang

memang ku tak mempercayai mu

namun sebelum ku berganti rupa

ingin aku menemui mu

ku kan bermandi cahaya bulan

yang cemerlang di malam yang cerah

memang telah lama ku rasakan

ingin menolong yang lemah

tiba tiba keajaiban terjadi

kekuatan muncul di diri

untuk melawan semua kejahatan

kekuatan ku harus digunakan

menegakkan segala kebenaran

ini keajaiban alam

aku mempercayainya

ini keajaiban alamm ! teeettttttt


***********

ingat ? tahu ? ohh btw , ia popular dalam kalangan sesiapa yang lahir tahun 89 , 90 , 91 gitu laa . ehek !

Tuesday, July 3, 2012

Ada sorang budak tu ..

Assalamualaikum .

Aku nak cerita pasal seorang budak laki yang aku kenal . Budak lagi dia tu sebab gigi kapak yang original pun belum tumbuh . Banyak aku kongsi cerita dengan dia . Cool gila aku bff ngan budak kecik . Satu hari tu mak dia keluarkan pernyataan yang secara tak sengaja didengari oleh dia . 

"Mak nak pergi kedai lah jap lagi ."

so bila dia dengar je , eksaited lah kan . yelah kecik kecik , pergi kedai dah macam pergi pavi . ambik je letak kat kaunter pastu mak bayar . syurga dunia . nak nak pulak bila kedai tu ada jual spek mata hitam yang 2 ringgit tu . memang artis lah kan bila keluar dari kedai tu .

dia eksaited , mandi awal ni . sanggup cancel appointment main basikal dengan jiran sebelah . dah siap dah wangi , dia tunggu mak dia siap . tapi mak dia still rilek goyang kaki tengok tv . sambil tunggu , dia pun main lah conteng-conteng  dalam diari ayah dia yang tak pakai .

"Mak kata nak pergi kedai tadi..?"

takde respon . dia terus main conteng-conteng dengan abang dia . dah nak malam dah , tiba-tiba mak dia bersuara .

"Malaslah nak pergi . Dah malam."

dia dengar . hati dia sebak , serius ! dia cakap ngan aku sendiri kot ! nak nangis dah sebab dia dah mandi wangi semua lepas tu tak jadi pergi kedai pulak . aku pun ketawa dengar dia cerita tu . alahai cancel pergi kedai pun nak menangis . nanti dia dah besar , mesti dia ketawa bila aku cerita balik .





*********************************





aku kemas almari buku haritu , terjumpa diari lama ayah yang tak pakai . aku belek-belek , aku jumpa satu note , aku senyum lebar bila baca .

"MAK MUNGKIR JANJI NAK BAWAK ANEP PERGI KEDAI.."

lama aku senyum . aku tahu itu tulisan aku dan cerita di atas adalah cerita aku . indahnya zaman kanak-kanak haishhhhh :')