Thursday, June 28, 2012

Hari Ibu ? bontot kau -.-

Assalamualaikum .

Al kisah , benda ni jadi masa hari ibu . kira-kira sebulan lepas lah -..- aku tak draft pun benda ni , cuma aku rasa baru nak update . gasak !

sebagai mukadimah , aku memang sejak comel-comel dulu panggil mak aku , 'mak' . takde nye ummi ke mama ke mami ke ibu mother mom mek muk atau lain lain lagi . memang 'mak' forever .

nak dijadikan cerita , hari ahad tu aku teman mak aku pergi mydin nak beli ikan . masa tu berdua je takde orang lain . ala beli ikan je pun bukan beli sofa . masa dalam perjalanan menuju ke mydin tu , aku dengan mak biarkan je suara deejay dari corong radio memecah kesunyian antara kami -___-"

masa gigih aku kerah keringat pusing stereng , boleh pulak deejay tu cakap pasal hari ibu . memang jilake lah kan kalau buat sesiapa yang belum wish tu dia kene perli , walaupun dari deejay radio -.-

****************

mak : kau bila nak wish mak hari ibu ?

aku : ..................

mak : kau memang tak ingat apa-apa pasal mak .. 

aku : mak kalau anep tak ingat mak , takde la anep bawak mak beli ikan ni (dalam hati la tapi)

pastu aku teringat Jep Sepah pernah kata dia tak wish hari ibu sebab dia panggil mak dia , 'mak' . bukan ibu . kau tengok pengaruh tv kadang-kadang boleh selamatkan kita dlm certain keadaan .

aku : ala mak .. anep bukan panggil mak , 'ibu' . mcm tak sesuai la wish hari ibu . LOL

mak : bontot kau .

maka kami pun sampai kat mydin .

**********************

" ayah dan ibu - itu lah permulaan kita . dapat melihat bulan dan matahari "



Sunday, June 10, 2012

Surat Khabar Utusan & Laman Web ILuvIslam

Assalamualaikum .

Tajuk catchy sangat ye tak ? kisah pulak aku . baiklah entry kali ini agak impian-jadi-kenyataan jugak sebab dah lama sebenarnya berangan-angan supaya hasil tangan aku dihargai . uhuk ! mesti kau menyampah kan ? yelah baru masuk paper pastu masuk iluvislam nak buat entry . sat lagi masuk tv haa amik kau aku buat press conference !

aku suka gila berkarya tak kisahlah sajak ke , puisi ke , cerpen ke . dan bila aku dah buat , aku simpan dulu dalam laptop ke dalam buku nota ke . bila baca balik , baru fikir kenapa tak share je . eleh yelah kau anep padahal nak orang baca pastu puji kan ! pfft !
eh tak ke bangga bila orang baca lepas tu puji ? anugerah tuhan tak boleh ditolak . HAHA k -.-

cerita dia macam ni . puisi ke hape bende yang aku tulis setahun lepas , aku baca balik . setahun okeh setahun . lepas tu aku baca balik . bila aku baca , aku rasa macam nak share dan website iluvislam menjadi pilihan . yelah , puisi aku tu ke arah kebenaran sikit -..- so memang takkan lah majalah maskulin nak amik .


tadaaa . lompat-lompat aku bila iluvislam bagi email yang depa dah publish . cheq ghumbira naa .

Puisi : Sang Zuhud




tadaaa ! ni pulak dalam paper utusan . aku tak perasan langsung mula-mula sebab ermm ermm , ok abaikan . aku perasan bila bukak email , depa kata dah publish . laghi laa cheq ghumbira !

Cerpen : Isteri atau Ibu ? 
geti klik ? kalau geti klik , klik . kalau nak baca dalam versi BM lah . kalau takmo , takpayah klik .


a/n : kalau kau suka menyanyi , aku suka menulis . kalau kau suka berlakon , aku suka menulis . dan kalau kau suka bercakap , aku pilih untuk suka menulis ;)

a/n 2 : terima kasih kepada surat khabar Utusan dan laman web ILuvIslam :)



Saturday, June 9, 2012

Amaran : Entry Untuk Umur 20 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum .

WARNING !

Amaran telah diberi . kalau kau baca jugak lepas tu kau maki aku ke , block aku ke , unfollow ke , banned ke , flagged ke , report ke , baling tong gas ke , aku terima Y_Y maklumlah , aku kan pemalu . ok takde kaitan .

aku bukak dashboard blog , lepas tu aku scroll scroll scroll scroll scroll scroll .. jumpa title yang agak menarik . Tajuknya , LELAKI JAGALAH PENISMU . oleh sebab aku lelaki , so aku pun tergerak lah untuk klik dan baca . tak sangka pulak siap ada gambar T______T

jangan risau . aku ada letak gambar dan memang style aku letak gambar besar-besar okeh . so jangan pertikaikan !

mengikut sumber , ia terjadi sebab jangkitan kuman . macam mana boleh kena jangkitan ? sebab apa ? entah lohong mana dia hulur , sebab tul lah kot kene jangkit . ok , UNTUK LELAKI , lepas tengok je gambar , make sure check ! jangan tak check !

bersedia ?


************


********


****








a/n : credit and thanks to Zarul Shazidee

a/n 2 : niat aku hanya untuk berkongsi . aku gv up tak letak gambar besar-besar sebab macam erm ermmm over .

a/n 3 : LELAKI , dah check ? >.<