Wednesday, May 2, 2012

dia dah besar :')

Assalamualaikum .

awak !
masa awak lahir , Paksu tak dapat tengok sebab Paksu takde kat Melaka . nenek awak kata awak keluar melalui pembedahan :'(

awak !
mak awak hantar MMS gambar awak tengah tidur . gemok tau awak ! nasib baik comel , kalau tak comel taknak lah Paksu memain dengan awak :p

awak !
Paksu excited tahu tak bila awak datang rumah first time ? sebab masa tu Paksu lah satu-satunya orang yang belum tengok awak . lain semua dah tengok . Paksu tengok awak , OTK comelnyaaaaa . (nasib baik) awak kecil sangat ! HAHA Paksu nak dukung pun takut . kang tak masal leher awak terkehel ke , lutut ke halkum ke , tak ke naya ? :|

awak !
masa kecil awak tak kuat nangis eh ? Paksu suka ! sebab Paksu ni automatik tak berkenan kalau bebudak mengada-ngada asyik melalak aje keje . nak-nak kalau dah 4 5 tahun pun keje nak melalak aje . kalau awak melalak tak berhenti , Paksu tinggalkan awak dalam shopping mall sorang-sorang tahu ? so jangan melalak .

gemok tau awak ?
2 months old .

awak !
Paksu dah boleh dukung awak ! :'D tapi sangat berhati-hati dan tak sampai 7 saat . Paksu iz cuak okehh --' tak pernah dukung bebi kecik sebelum ni . nenek awak kata awak still tak boleh tengok eh ? penat Paksu google kenapa . penat jugak Paksu main cak-cak dengan awak tapi sebenarnya awak tak nampak -..-

awak !
kepala awak terhentak kat lantai pun awak tak nangis eh ?? HEBATT ! :D tulah ! nakal sangat nak keluar dari walker tu kenapa ? kan dah terhentak . nasib baik tak menangis . awak ada superpower eh awak ? >.< tapi anggapan Paksu salah . awak kene demam campak puleee . orang yang ada superpower mana boleh kena demam campak !

awak !
beberapa hari sebelum birthday awak , Paksu berjaya tidurkan awak buat kali pertama ! Paksu dodoi awak sampai awak tertido ! Hehe . Paksu ada ciri-ciri seorang ayah tak ? :p

awak !
semalam 1hb Mei . awak tahu tak hari apa ? Hari jadi awak lah ! awak dah setahun dahhh . dah tua punnn so jangan nak mengada-ngada lagi okay ? nanti dah besar sikit boleh pakai tudung ^^, takmo free hair okay awak ? nanti dah besar boleh jadi model tudung -..-

awak !
Paksu sayang awak tahu ? awak anak buah Paksu yang pertama . awak orang pertama yang panggil saya Paksu nanti . awak orang pertama yang beratur nak minta duit raya dengan Paksu nanti . nanti awak dah besar kita jenjalan sama ehh ?

awak !
SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA ! SEMOGA AWAK MEMBESAR DENGAN IMAN DAN MENJADI HAMBA TAAT KEPADA TUHAN DAN MENJADI ANAK SOLEHAH !


meet Thuraiya ,
1 Mei 2012 - 1 year old .
Happy Birthday sweetheart 
Love , Paksu :)

a/n : Thuraiya bermaksud Bintang Tujuh :)




3 comments:

Munirah Shamsudin said...

I can't help myself with cute babies.





YaAllah, comel nyooooooooooooooooooooooooooooo~~~

Eazy Izzuddin said...

comelnya ....
sudah besar ....
pejam celik dah ke tadika pula
:D

Abg Stalker said...

alala...share gepren bole?haha.besar sok cun melecun ni.seksinya mata ;)jln2 dgn paksu bwk naik kete bru. :P