Thursday, May 10, 2012

#2 Cerita Hantu [Part 1]


*jangan stop kalau nak feel ! >.<

Assalamualaikum semua .

hai ! kita berjumpa lagi dalam Segmen Seram Sejuk Sensasi bersama Abangggg Kachakkkk !! pfft .

ok abaikan intro jilake tu . post kali ni aku nak cerita pasal cerita hantu kedua pula :) lokasi yang sama iaitu di asrama sekolah aku dulu . masa tu aku form 2 . yakin sangat ! dan peristiwa ini berlaku betul betul depan mata aku .

masa tu aku dan beberapa orang kawan - Anwar , Amri dan Yazid tgh berbincang tentang lagu nasyid di surau asrama . tapi , disebabkan jam sudah melebihi pukul 11 , Ustazah arahkan ktorg untuk naik ke dorm masing-masing dan tidur .

ktorg naik , tapi ktorg tak balik dorm masing-masing . tapi ktorg pergi kat bilik belajar kosong hujung koridor tingkat paling atas . bilik belajar yang menempatkan loker dan katil yang rosak dan tidak digunakan . ktorg pilih tempat tu sebab bilik tu agak kemas dan teratur , walaupun kosong .

gambar hiasan


mungkin sebab mengantuk , Yazid terus balik dorm nak tidur manakala aku , Anwar dan Amri terus lepak bilik belajar kosong tu . *seram pulak bila ingat balik* ktorg terus berbincang-bincang tentang lagu nasyid  sambil bercerita dengan cerita-cerita sambil-lalu .

kat asrama tu ada seorang senior nama dia Azlan yang suka sangat lepak dekat luar tingkap bangunan asrama . dapat bayangkan tak ? luar tingkap - lebih kurang macam balkoni tapi takde penghadang . maknanya , dia kena cabut tingkap tu satu-satu utk keluar . 

dia suka lepak kat luar tingkap bilik belajar tu sebab dorm dia sebelah saja dengan bilik belajar kosong yang ktorg lepak tu . tapi malam tu , ktorg yakin yang 'buat bising' dan yang menganggu ktorg bukan senior itu :)

mulanya ktorg dengar bunyi halus - mungkin angin . 

lepas tu , dengan tak semena-mena ktorg dengar bunyi kain yang dikoyak kasar ! aku , Anwar dan Amri tersentak . kuat bunyi tu . datang dari luar tingkap bilik yang ktorg tengah lepak . tak mungkin senior tu , kan ? ktorg buat tak tahu sebab niat ktorg baik , tak nak menganggu . nak berbincang pasal lagu nasyid je . 

lebih kurang 5 minit berlalu , ktorg dengar pulak bunyi rantai pintu pagar diseret dari hujung bilik ke hujung bilik , masih di luar tingkap . sekali lagi ktorg terdiam dan ktorg mula dedau . serius , masa tu jantung aku dah sangat laju ! memang aku nak blah balik dorm tapi sumpah masa tu aku tak berani bergerak langsung ! dah lah masing-masing dorm lain-lain . dorm aku pulak nak kena turun tangga !


"Lan ! kau ke tu ?" Anwar jerit nak dapatkan kepastian tapi takde respon .


mungkin jugak senior tu nak main-main ngan ktorg tapi benda yang jadi lepas tu buat ktorg yakin yang dia bukan Azlan !!

walaupun balkoni belakang blok asrama ktorg takde penghadang , tapi still boleh duduk lepak jalan semua . tapi bila benda tu datang dari arah yang mustahil untuk orang jalan , mmg sah ktorg kena kacau !!

bulatan bujur tu mustahil utk orang berjalan kan ?
ehsan Google Images


ktorg terus kena kacau . aku , Anwar ngan Amri dah kelu terdiam habis ! kalau korang pernah kena kacau depan mata , korang tahulah macam mana susahnya nak fikir , gerak atau buat apa-apa masa tu !

benda tu kacau ktorg dari arah depan bilik pulak . dari hujung bilik , benda tu 'tunjuk' yang dia ada kat situ untuk 'teman' ktorg . 


bersambung.... [Part 2]




4 comments:

TIM_Fahid said...

baru semngat nak feel...takpe2... tggu...ajelah

Clumsy Boy said...

nanti post gambar hantu tu yerp..

BellaJane said...

siap dgn lagu lagi tu.. seram habis..

laju2 nak tau part 2 huhuhu...

ASaDa RyutaRo said...

kenapa bagi sambungan pulakkk?? aku dah siyes nak tau ni..