Thursday, May 31, 2012

TEMUDUGA .

*warning*
entry ini agak beremosi . jadi , sifat anda untuk memahami sangat dihargai >.<

Assalamualaikum .

aku yakin perkataan TEMUDUGA tu rapat walaupun pada mulanya aku buat jarak . terima kasih kepada Google sebab dah banyak kesalahan tatabahasa yang saya pelajari :')

sebelum saya melangkah lebih jauh , saya ingin membuat satu kenyataan rasmi .

"TIADA APA YANG LEBIH 'MEMBAHAGIAKAN' SELAIN MENDAPAT GILIRAN TERAKHIR DALAM TEMUDUGA DAN DILAYAN DENGAN SERVIS BEGITU 'CEMERLANG' "

exactly the same warna baju dan tali leher dan seluar yg aku pakai masa interview ;)
ai tak snap gambar pun Y_Y penat je kawan aku si Am bawak kamera >.<


total calon - 12 orang . 2 orang saja lelaki -..-

baiklah . aku daftar macam biasa . pergi kaunter , amik borang , check rabun warna , isi borang dan tggu nama dipanggil utk semakan borang . nama aku kat kaunter 5 . dekat kaunter 5 ada dua orang yang jaga . aku cool , aku duduk dan tunggu nama dipanggil .

aku tungggggguuuu je . yang seorang baca majalah . seorang lagi ntah hape bende dia buat . bila aku rasa mcm lama gila aku tunggu , aku pergi kat kaunter .

****************

"ermm maaf Puan .. lepas check mata , nak kena buat apa lagi ya ?" aku tanya lagi sekali walaupun aku tahu aku kena tunggu nama dipanggil . 

"oh dah check mata dah ?"

"dah Puan" 

"nama awak siapa ?"

"Muhammad Aneff ."

"saya belum semak borang awak eh ?"

"belum Puan"

"ok ok . bagi borang awak ."

-___________-

****************

baik punya servis sampai aku rasa nak tonyoh muka dia kat kipas besar yang angin dia kuat gila tu .

for whatever reasons , aku dikatakan TAK LAYAK untuk menghadiri temuduga tu . dan masa tu aku mcm wadefakkkk kalau aku tak layak apehal aku dapat panggilan ?? macam mana yang tukang tapis tapis application tu buat kerja ? dah lah aku gerak lepas Subuh nak datang situ ! 

aku boleh masuk bilik untuk ditemuduga , tapi 'pekerja cemerlang' tadi tulis note kat bawah borang kata - calon ini tidak layak . ALAHAI MACAM KAU PULAK YANG BUAT KEPUTUSAN KAN ?! DAH LAH TAK ALERT DENGAN CALON TEMUDUGA ! tudung tak matching dengan baju !

disebabkan aku calon last , so aku melangok je . texting dengan member , mengadu pasal benda yang jadik .  dah lah pakai kemeja , pakai tali leher , pakai kasut . BERPELUH MACAM KUDA LUMBA OKEHH ! seksi tawww >.<

kan aku kata 2 je lelaki kan . last dengan second last , dedua lelaki . naissssss . so bila lelaki sebelum aku masuk bilik , aku dah mula dup dap . cuak gilos ! tiba-tiba , lelaki tu keluar balik . ????? aku pun pelik lah tapi aku maintain buat muka comel . belum sempat aku tanya , dia ketuk lepas tu masuk balik . tang tu baru aku faham :p

sampai turn aku . DUP DAP DUP DAP JANTUNG AKU BERDETAK DENGAN LEBIH KENCANG ! 

1 - aku ketuk pintu sekuat mungkin sebab taknak kena keluar balik :p

2 - aku bagi salam sekuat mungkin jugak . JAUH GILE PINTU MASUK DGN TEMPAT DIA DUDUK ! 7 KILOMETER !

3 - aku greet , kat sini dah slack -..-


****************

"awak tak ada apa-apa nak cakap ke?"

"err err selamat tengahari Tuan .."

"awak siapa ? saya tak kenal awak . awak datang ni nak apa ?"

naissss . psycho gila interviewer tu .

"nama saya Muhammad Aneff dan saya dari Ayer keroh , Melaka . datang sini menghadiri temuduga untuk bla bla bla"

"ok silakan duduk Aneff"

"terima kasih Tuan"

"ok tell us about yourself"

"bla bla bla"

***************

4 - kami argue pasal pointer .

5 - kenapa aku pilih bidang tu .

6 - dia tanya ic mak ayah aku -_______-

7 - 30 saat untuk aku wrap things up .

8 - settle .


a/n - dua benda je yang penting masa interview . suara kena kuat dan cuba impress/yakinkan kebolehan kau ;)



Wednesday, May 16, 2012

Meroyan

Assalamualaikum .

Pernah meroyan ? Pernah tengok orang meroyan ? Yang meroyan mati laki ke mati anak tu lain cite .. yang aku maksudkan ni , meroyan sebab boipren gelpren . pernah ?

ok fine kalau nak meroyan takat menangis boleh . memang tak ada masalah bagi aku . tapi kalau tiap malam kau meroyan tengok gambar dia kau meroyan, makan meroyan , mandi meroyan , tengok tv meroyan , berak meroyan , semua benda kau buat kau meroyan . mak kau pun aku rasa nak humban kau dalam parit , tahu ?

sudah tu kat facebook meroyan , twitter meroyan , blog meroyan . kalah orang yang mati bini !

ehsan Google Images


aku mengaku semua orang pernah mengalami kehilangan . tapi meroyan disebabkan kehilangan kekasih ?? as in breaking up . ADA JODOH TAK KE MANA . OKAY ? 

kau meroyan macam mana sekalipun , kalau dah dia taknak kat kau .. tak boleh buat apa dah . sapa suruh tak jaga betul-betul . HAHA k -__-

pokok pangkalnya .. kebahagiaan tu datang dari ketenangan :) doa banyak-banyak ya ! :D

hence , i made this video . kbai !



a/n : ingat , ada jodoh tak ke mana . akan bersatu jua akhirnya :)



Friday, May 11, 2012

#2 Cerita Hantu [Part 2]

.... [Part 1]

benda tu kacau kitorg dari arah depan bilik pulak . dari hujung bilik , benda tu 'tunjuk' yang dia ada kat situ untuk 'teman' kitorg .

bilik tu ada dua pintu . satu yang dekat hujung , satu lagi kat depan . korang faham kan ? senang cerita macam pintu kelas lah .

benda tu datang dari arah pintu belakang . yang menjadi kemusykilan aku , Anwar ngan Amri .. benda tu langsung tak ganggu atau masuk dalam bilik tu ! dan dia hanya ganggu ktorg dari arah luar . mungkin sekadar amaran supaya suruh balik dorm ?

ktorg masih kaku . takut okay ! tak silap aku masing masing punya dorm takde kat aras 3 tu . aku ngan Anwar aras 2 , Amri aras 1 . kang dia turun tak masal terserempak dah jadik hal lain -___-

daripada hujung bilik , benda tu 'jalan' slow STILL mengheret rantai tu . kau bayangkan lah macam mana nak terkencingnya ktorg masa tu , hanya tunggu masa dia muncul kat pintu depan !!

pintu depan ktorg memang biarkan bukak , dan bila benda tu hampir sampai kat pintu depan tu , dia hempas pintu okayy ! hempas !! subhanallah Tuhan je tahu perasaan ktorg masa tuuuu >.< aku ngan Amri dah memang babun punya takut tp aku tgk Anwar boleh cool lagi . serius !

ktorg yakin benda tu cuma nak bagi amaran . and alhamdulillah , serta merta gangguan tu hilang bila pak guard asrama ktorg naik . dia kata dia naik sbb nampak lampu bilik hujung terbukak , so alhamdulillahhhh . ktorg tak cerita apa-apa pada pak guard , just cakap yg tengah praktis nasyid . dan sementara benda tu tak ganggu , ktorg decide nak balik dorm memasing .



gambar hiasan


esoknya , Anwar berborak dengan pak guard tu and baru ktorg tahu yang pak guard tu memang ada something dlm diri dia . patut lah benda tu tak kacau bila pak guard naik . 

lagi satu , kan aku dengan Anwar dorm aras 2 kan ? Amri pulak aras 1 . masa jalan nak balik dorm malam semalam tu , Amri dengar ada bunyi orang berlari kat aras 2 padahal aku ngan Anwar berjalan je kot . ermmm :|  
aku ngan Anwar tak nampak 'sesiapa' pun yang lari . wallahualam .


a/n : Pakcik guard selalunya memang ada kelebihan utk jaga keselamatan asrama , bangunan , etc . bukan senang tahu ? ;)





Thursday, May 10, 2012

#2 Cerita Hantu [Part 1]


*jangan stop kalau nak feel ! >.<

Assalamualaikum semua .

hai ! kita berjumpa lagi dalam Segmen Seram Sejuk Sensasi bersama Abangggg Kachakkkk !! pfft .

ok abaikan intro jilake tu . post kali ni aku nak cerita pasal cerita hantu kedua pula :) lokasi yang sama iaitu di asrama sekolah aku dulu . masa tu aku form 2 . yakin sangat ! dan peristiwa ini berlaku betul betul depan mata aku .

masa tu aku dan beberapa orang kawan - Anwar , Amri dan Yazid tgh berbincang tentang lagu nasyid di surau asrama . tapi , disebabkan jam sudah melebihi pukul 11 , Ustazah arahkan ktorg untuk naik ke dorm masing-masing dan tidur .

ktorg naik , tapi ktorg tak balik dorm masing-masing . tapi ktorg pergi kat bilik belajar kosong hujung koridor tingkat paling atas . bilik belajar yang menempatkan loker dan katil yang rosak dan tidak digunakan . ktorg pilih tempat tu sebab bilik tu agak kemas dan teratur , walaupun kosong .

gambar hiasan


mungkin sebab mengantuk , Yazid terus balik dorm nak tidur manakala aku , Anwar dan Amri terus lepak bilik belajar kosong tu . *seram pulak bila ingat balik* ktorg terus berbincang-bincang tentang lagu nasyid  sambil bercerita dengan cerita-cerita sambil-lalu .

kat asrama tu ada seorang senior nama dia Azlan yang suka sangat lepak dekat luar tingkap bangunan asrama . dapat bayangkan tak ? luar tingkap - lebih kurang macam balkoni tapi takde penghadang . maknanya , dia kena cabut tingkap tu satu-satu utk keluar . 

dia suka lepak kat luar tingkap bilik belajar tu sebab dorm dia sebelah saja dengan bilik belajar kosong yang ktorg lepak tu . tapi malam tu , ktorg yakin yang 'buat bising' dan yang menganggu ktorg bukan senior itu :)

mulanya ktorg dengar bunyi halus - mungkin angin . 

lepas tu , dengan tak semena-mena ktorg dengar bunyi kain yang dikoyak kasar ! aku , Anwar dan Amri tersentak . kuat bunyi tu . datang dari luar tingkap bilik yang ktorg tengah lepak . tak mungkin senior tu , kan ? ktorg buat tak tahu sebab niat ktorg baik , tak nak menganggu . nak berbincang pasal lagu nasyid je . 

lebih kurang 5 minit berlalu , ktorg dengar pulak bunyi rantai pintu pagar diseret dari hujung bilik ke hujung bilik , masih di luar tingkap . sekali lagi ktorg terdiam dan ktorg mula dedau . serius , masa tu jantung aku dah sangat laju ! memang aku nak blah balik dorm tapi sumpah masa tu aku tak berani bergerak langsung ! dah lah masing-masing dorm lain-lain . dorm aku pulak nak kena turun tangga !


"Lan ! kau ke tu ?" Anwar jerit nak dapatkan kepastian tapi takde respon .


mungkin jugak senior tu nak main-main ngan ktorg tapi benda yang jadi lepas tu buat ktorg yakin yang dia bukan Azlan !!

walaupun balkoni belakang blok asrama ktorg takde penghadang , tapi still boleh duduk lepak jalan semua . tapi bila benda tu datang dari arah yang mustahil untuk orang jalan , mmg sah ktorg kena kacau !!

bulatan bujur tu mustahil utk orang berjalan kan ?
ehsan Google Images


ktorg terus kena kacau . aku , Anwar ngan Amri dah kelu terdiam habis ! kalau korang pernah kena kacau depan mata , korang tahulah macam mana susahnya nak fikir , gerak atau buat apa-apa masa tu !

benda tu kacau ktorg dari arah depan bilik pulak . dari hujung bilik , benda tu 'tunjuk' yang dia ada kat situ untuk 'teman' ktorg . 


bersambung.... [Part 2]




Sunday, May 6, 2012

Telefon Bimbit Warisan

Assalamualaikum .

Haritu makwe ai selongkar laci kabinet , lepas tu terjumpa pula telefon bimbit warisan keluarga -__- tapi semua dah rosak lah . sesaja simpan mana tahu nanti boleh masuk muzium . kalau telefon yang lama-lama dulu boleh masuk muzium , takkan lah yg bakal-jadi-lama pun tak boleh , ye dak ? 

nampak aje telefon bebanyak tu , terus aku capai kamera pastu susun satu-satu . snap ! snap !

malas menceceh . lihat gambar , mana tahu kau pun ada pernah guna telefon gini >.<

 telefon bimbit pertama keluarga . kakak aku bawak pergi sekolah tau masa nak amik result spm . senang nak call rumah gtau result , takyah beratur kat public phone !


 telefon bimbit kedua . tapi aku rasa sepesen aje dengan yang pertama tu -__- baling anjing mati .


 yang ni nampak sikit canggih dia . antena dia yang atas tu pendek sikit pastu saiz dia pun kecil . hiks !


 yang ni aku tak pasti . aku tgk macam telefon mainan pun ada :|


ehem ehem ! ni hadiah kakak aku dapat masuk U tau ! haaa tahu harga dia masa tu berapa ? 600 hengget okehh . boleh dpt samsung corby 3 skarang . telefon ni jugaklah buat aku melalak sebab kemaruk nak main game ular -..-


haaa flip tau . kau ada ? masa ni dah ada kaler dahh . aku pernah guna . yang nokia atas pun aku pernah guna >.<


a/n : ini semua yang dah rosak . mmg dah tak boleh pakai pun , sebab tu bersemadi aje dalam kabinet >.<



Wednesday, May 2, 2012

dia dah besar :')

Assalamualaikum .

awak !
masa awak lahir , Paksu tak dapat tengok sebab Paksu takde kat Melaka . nenek awak kata awak keluar melalui pembedahan :'(

awak !
mak awak hantar MMS gambar awak tengah tidur . gemok tau awak ! nasib baik comel , kalau tak comel taknak lah Paksu memain dengan awak :p

awak !
Paksu excited tahu tak bila awak datang rumah first time ? sebab masa tu Paksu lah satu-satunya orang yang belum tengok awak . lain semua dah tengok . Paksu tengok awak , OTK comelnyaaaaa . (nasib baik) awak kecil sangat ! HAHA Paksu nak dukung pun takut . kang tak masal leher awak terkehel ke , lutut ke halkum ke , tak ke naya ? :|

awak !
masa kecil awak tak kuat nangis eh ? Paksu suka ! sebab Paksu ni automatik tak berkenan kalau bebudak mengada-ngada asyik melalak aje keje . nak-nak kalau dah 4 5 tahun pun keje nak melalak aje . kalau awak melalak tak berhenti , Paksu tinggalkan awak dalam shopping mall sorang-sorang tahu ? so jangan melalak .

gemok tau awak ?
2 months old .

awak !
Paksu dah boleh dukung awak ! :'D tapi sangat berhati-hati dan tak sampai 7 saat . Paksu iz cuak okehh --' tak pernah dukung bebi kecik sebelum ni . nenek awak kata awak still tak boleh tengok eh ? penat Paksu google kenapa . penat jugak Paksu main cak-cak dengan awak tapi sebenarnya awak tak nampak -..-

awak !
kepala awak terhentak kat lantai pun awak tak nangis eh ?? HEBATT ! :D tulah ! nakal sangat nak keluar dari walker tu kenapa ? kan dah terhentak . nasib baik tak menangis . awak ada superpower eh awak ? >.< tapi anggapan Paksu salah . awak kene demam campak puleee . orang yang ada superpower mana boleh kena demam campak !

awak !
beberapa hari sebelum birthday awak , Paksu berjaya tidurkan awak buat kali pertama ! Paksu dodoi awak sampai awak tertido ! Hehe . Paksu ada ciri-ciri seorang ayah tak ? :p

awak !
semalam 1hb Mei . awak tahu tak hari apa ? Hari jadi awak lah ! awak dah setahun dahhh . dah tua punnn so jangan nak mengada-ngada lagi okay ? nanti dah besar sikit boleh pakai tudung ^^, takmo free hair okay awak ? nanti dah besar boleh jadi model tudung -..-

awak !
Paksu sayang awak tahu ? awak anak buah Paksu yang pertama . awak orang pertama yang panggil saya Paksu nanti . awak orang pertama yang beratur nak minta duit raya dengan Paksu nanti . nanti awak dah besar kita jenjalan sama ehh ?

awak !
SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA ! SEMOGA AWAK MEMBESAR DENGAN IMAN DAN MENJADI HAMBA TAAT KEPADA TUHAN DAN MENJADI ANAK SOLEHAH !


meet Thuraiya ,
1 Mei 2012 - 1 year old .
Happy Birthday sweetheart 
Love , Paksu :)

a/n : Thuraiya bermaksud Bintang Tujuh :)