Friday, April 27, 2012

Review Filem - Battleship

Salam Jumaat semua orang !

Baiklah . Untuk pertama kalinya aku akan review filem yang sudah aku tonton iaitu Battleship . Sebelum aku mula review filem ni , secara ringkasnya aku nak describe filem ni .

Battleship ialah sebuah filem yang menceritakan tentang kumpulan tentera maritim (NAVY) yang sedang dalam latihan , dengan tidak sengaja harus bertempur dengan sekumpulan makhluk asing yang datang dari planet asing , cuba membuat transmisi dari bumi melalui satelit . 


***************************************


Pelakon :

Liam Neeson sebagai Admiral Shane .
Taylor Kitsch sebagai Alex Hooper
Alexander Skarsgard sebagai Stone Hooper
Brooklyn Deeker sebagai Sam/Samantha
Rihanna sebagai Raikes


****************************************


1 - plot cerita yang tipikal - tapi secara peribadinya pada aku , tipikal yang hebat dan wow ! walaupun tipikal , filem Hollywood tak pernah kecewa buat aku amazed walaupun sikit . plot ok , bukan idea . faham ?



2 - Permulaan cerita yang agak perlahan tapi pada aku ada mesej sendiri . seorang yang ada masalah sikap yang pada akhirnya mampu jadi seorang yang boleh dibanggakan :)

3 - Perkembangan cerita yang ok masa nak describe pasal planet yang ditemui tu , lepas tu suasana masa nak ada latihan kumpulan tentera maritim , watak utama (Alex Hooper) yang ada masalah dengan watak lain (Nagata). Tak masal muka kena terajang -..-

4 - Konfliks masa watak utama (Alex Hooper) yang ada konfliks sikap , akan dibuang dari Navy selepas saja tamat latihan , watak utama (Alex Hooper) yang bertumbuk dengan Nagata dalam bilik air .

5 - Klimaks apabila formation 5 unidentified flying objects menuju ke bumi , melanggar satelit dan pecah jatuh ke bumi , yang lain jatuh ke dalam laut berdekatan dengan latihan di mana tentera Navy itu membuat latihan . Kapal mereka detect objek yang besar gila punya besar di tengah-tengah laut dan wujud ancaman selepas Alex Hooper mula menyentuh objek tersebut . 

  - Beberapa buah kapal tewas/hancur termasuk kematian abang kepada watak utama (Alex Hooper). Selaku pegawai kanan kapal , Alex Hooper terpaksa mengambil alih tugas kapten yang sudah mati dengan memberi arahan untuk bertempur dengan makhluk asing tersebut . 

   - Sepanjang pertempuran yang berlaku , wujudnya sifat kerjasama , diplomasi , tolak ansur , ambil berat dan sifat positif yang lain . Watak utama (Alex Hooper) yang pada awalnya kurang alert dengan keadaan sekeliling , turned out menjadi ketua/kapten yang boleh memimpin .

6 - Peleraian yang biasa-biasa . Aku tak dapat jumpa motif makhluk asing tu datang bumi dan ingin buat transmisi , lepas tu kenapa makhluk asing tu scan mata , jantung , yadaa yadaa sebelum serang . At last , makhluk asing tumpas dan mereka yang berbakti dapat medal .


"if we don't find them , they will find us" - Rihanna/Raikes


Komen : more or less idea macam filem Transformers , efek bunyi yang bagus , dan aku agak yakin cerita ni ada sambungan ! YAKIN ! Aku bagi 6.5/10 .


a/n - ini semua hanya pendapat :) masing-masing ada pendapat masing-masing kan ?




1 comment:

Eazy Izzuddin said...

oh teruja bila nonton filem ini...
dua kali kot nonton di wayang
layanss...
xD