Monday, April 16, 2012

Laskar Pelangi , kononnya .

Assalamualaikum .

Pernah tengok filem Laskar Pelangi ? Filem dari negara seberang yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi hasil tulisan Andrea Hirata .

One word : Great .

Baiklah , cukup intro yang serius . HAHA k . Hari Sabtu lepas aku tak ada benda nak buat pagi tu , jadi aku mengadap lah tv . tukar tukar channel tiba tiba nampak tajuk 'Eh , laskar pelangi !'


"CLICK !" Aku memicit butang alat kawalan jauh televisyen itu . (melampau kan itu pun nak buat dialog)


ok fine . masa aku mula tengok tu cerita tu dah mula lebih kurang 15 minit gitu lah . jadi , aku download . GIGIH TAHU ! semata mata nak tengok starting dia macam mana .

maka download pun selesai . lepas tu masa aku tengah melagha-kan diri youtube , aku taiplah laskar pelangi nak dengar lagu . lepas tu ada keluar link Laskar Pelangi Full Movie . pfft ! -..-

mari aku nak review sikit movie tu . gasak aku lah cerita 2008 , 2012 baru nak review --"


**********


10 orang murid diperlukan untuk membenarkan sekolah Muhammadiyah beroperasi . sekolah termurah demi membernarkan anak-anak orang kurang berkemampuan untuk menuntut ilmu :)

-zaman dulu ada sekolah macam ni . zaman sekarang ? pinjaman pendidikan pun taknak bagi . lalala .

10 orang yang bagi aku ada kelebihan masing masing mula bersekolah . Ikal , Lintang , Sahara , Mahar , Ah Kiong , Syahdan , Borek , Harun , Trapani dan Kucai . yang paling menarik perhatian aku ialah Lintang . soalan matematik kau bagi , 3 saat dia congak .


sepanjang persekolahan , proses menuntut ilmu tu yang bagi aku menarik . banyak dialog yang sarkastik yang boleh buat motivasi diri .

paling aku suka , bila Ikal jatuh cinta pada seorang amoi dengan hanya pandang kuku aje . tengok kuku cantik dah jatuh cinta ! dahsyat tahu ?

aku baca review orang lain dan rata rata mereka kata filem yang diadaptasi ni tak sehebat novel . aku tak baca novel dia lagi tapi aku dah tengok filem dia .

tengok laa tengok laaa . tengok eh nanti ? muahh .

Antara anugerah dan pencapaian filem ini ialah :
  1. Berlin International Film Festival (Panorama), 2009
  2. Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009
  3. 3rd Place Audience Award, 11th Udine Far East International Film, 2009
  4. SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival, 2009
  5. Best Film, Bandung Film Festival, 2009
  6. Best Film, Indonesian Film Festival, 2009
  7. Nomination for Best Film and Best Editor, Asian Film Awards, 2009




" bila orang punya kuasa dan kekayaan , dia akan menjadi bongkak dan tamak dengan menghalalkan segala cara . bagaimana ilmu itu dituntut membuatkan dia orang yang berbeza "



a/n : mereka digelar Laskar Pelangi yang membawa maksud pahlawan pelangi dalam usaha menuntut ilmu . mengharungi segala cacian , rintangan untuk berjaya . kita ? Laskar apa ? -..-


3 comments:

Munirah Shamsudin said...

Den tgk pun masa 2012 juga. Cuma, lagu je dah tahu lama. hm

ary_lee said...

Errr... Tak penah tengok lagi sbnrnya,..
Hohohohoho

Abdul Manan Abdullah said...

Cerita tu memang best pon... suka sangat aku tengok....
cerita yang berseni.... dgn pandangan yg cantik....

New Post by MQ : Kenangan Terindah - Sepetang Bersama Blogger