Wednesday, April 11, 2012

Berangan #1

Assalamualaikum . 

Hari ni aku nak berangan boleh ? gasak lah kau nak kata aku syok sendiri ke , apa ke . wekkk ! *jelir lidah manja*

Okay lah . sebenarnya sesi berangan ni terjadi bila minda kau memikirkan sesuatu . benda yang kau angankan , yang kau impikan . ia terjadi bila bahagian medulla oblongata yakni di bahagian anterolateral dan posterolateral sulci mengalami sedikit gangguan lalu menghantar stimuli kepada saraf tunjang di bahagian otak . 

tu diaaa dengan gagah aku menaip hipotesis sendiri --"

baiklah ! mari teruskan dengan sesi berangan .

************

Pada suatu hari , ayah sedang membaca surat khabar Utusan Melayu . Malaysia ? Melayu ? Malaya ? lantak . dan sedang ayah khusyuk membaca , ayah mendapat panggilan telefon . Lagu Budi Setahun Segunung Intan nyanyian Ahmad Jais dan Kartina Dahari berkumandang . 

"Hello .." ayah menjawab panggilan telefon itu .

"Encik bla bla bla .. dari Melaka ? anak kepada arwah Haron Hassan ?"

"Ya saya"

haaa dah nampak tak plot dia kat situ . nampak tak ? hiks !

"Nama saya bla bla bla .. anak kepada kawan baik ayah encik. Begini encik , arwah ayah saya ada amanahkan saya untuk sampaikan pada encik tentang _________ " ( apa jua boleh diisi dalam tempat kosong itu . bila berangan , dunia ini milik kitaaaaaa !! :DD 

boleh jadi ladang 70 ekar , harta 10 juta , bisnes daun ketom , penternakan belangkas , sepupu Rozita Che Wan , formula rahsia kelangsingan badan dan apa sahaja . APA SAHAJA . anda berangan , anda yang tentukan . INGAT ! anda yang tentukan !

jadi , untuk kes aku ni , aku berangan ayah aku mewarisi ladang buah buahan seluas 100 ekar di Britain . kenapa Britain ? ai punya suka lah . INGAT ! anda yang tentukan !

bila ada ladang buah buahan , secara tak langsung boleh meniaga dan supply buah buahan ke seantero dunia . gitchew kan ! lepas tu popular dengan brand buah sendiri . lepas tu kumpul harta . lepas tu kembangkan bisnes . lepas tu harta 9 keturunan tak habis makan . 


************

nampak tak kesan kalau berangan ? -..-
ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri selain menimbulkan jerawat ! Ha !

tak salah untuk berangan . tapi biarlah logik ya anak anak . janganlah kau patahkan ranting pokok lepas tu hayun hayun konon ada magik . tak pun berangan terbang dengan nyalaan api -___-

 FLAME ON !! pfft .




a/n : mesej aku ialah , berangan itu boleh buatkan kita lupa sebentar masalah kita :) sekejap pun tak mengapa asalkan ada sesuatu yang boleh buat kita tersenyum . lagi best kalau kita kejar angan-angan tu !

a/n 2 : INGAT ! anda yang tentukan ? dan aku rasa macam sedang berkempen .




6 comments:

Wan Zulqhairi said...

Kemain berangannnnnnnnnnn... Lukisan itu sangat cantekkkkkkkkkkkkkk!!!!

NIZAM said...

kenapa perenggan mula2 tu biologi sangat bunyinya? payah aku nak mencerna maksud sbb aku tak suke bio. haks. :p

curlass ko punye berangan. ladang kat britain. ha ha.

Clumsy Boy said...

CUTEY!!!

aneff.marhfiz said...

@Wan Zulqhairi HAHA semuanya bro cakap cantik . yg cikai pun kata cantik adehh

aneff.marhfiz said...

@NIZAM kann . biologi sangat . padehal ntah wujud ke tak . HAHAHA

aneff.marhfiz said...

@Clumsy Boy macam tuan dia tak ? HAHA