Wednesday, April 4, 2012

3 tahun dulu ..

 Assalamualaikum .

aku nak update jugak ! walaupun tiada mesej yang ingin disampaikan tapi sekurang kurangnya ada mesej tersendiri . eh .

3 tahun dulu aku masih budak sekolah . budak sekolah yang popular dengan zaman shuffle . masa tu myspace femes lagi . friendster pun femes . aku mengaku aku ada friendster -__-


baiklah . dipendekkan cerita , aku ni bukanlah pelajar yang baik pun walaupun dalam sijil berhenti sekolah tulis NOTA TAMBAHAN : SEORANG PELAJAR YANG BAIK . dah nampak apa kerja kerani sekolah aku ? aku rasa kalau budak tu hisap gam pun dia tulis baik .


Mr Yen Kim Wah . cikgu matematik tambahan kelas aku form 4 ngan form 5 . cikgu yang sangat tegas dan digeruni tak kiralah makhluk kasar mahupun halus . rotan yang didapati dari gunung ledang (asal boleh) sentiasa di sisi . siapa fail subjek beliau , akan kene rotan sampai kiraan lulus . faham tak ?

contoh : kau dapat 12 per 100 -__________-

rotan : 12 , 24 , 36 . 3 kali rotan . faham dah ?

AKU PERNAH KENA OKAY ! aku tak power pun add math ni T___T  tapi SPM alhamdulillah . apa yang alhamdulillah ? alhamdulillah tak gagal . HAHAHAHA .

tips berguna masa kelas beliau : kau naikkan satu topik hangat yang sedang melanda , confirm ! buku tak bukak langsung !
ayat keramat masa kelas beliau ialah : OKAY SEMUA LETAKKAN PEN . berani lah kau kalau still pegang pen . memang kene humban !


Bonda kelas tingkatan 5 Sains Teknikal . Puan Suraya . guru yang sangat sangat penyayang dan bagus :)

dalam kelas beliau (BM) tak pernah bosan okay ! beliau ajar macam mana nak score dengan senang . alhamdulillah aku rasa semua budak kelas aku dapat A subjek BM . A1 ke A2 belakang kira sbb aku dapat A2 ! pfft .


tahu tak yang aku gigih baca semua komen semata mata nak carik nama cikgu ni . HAHAHA gila kejam nama cikgu sendiri tak ingat . ini cikgu sejarah kami , Encik Talib yang juga agak 'bersejarah' merangkap GPK Khas . eh jap . sekolah aku ada GPK Hem , GPK Koku ngan GPK Khas lah agaknya . ke takde ? :|

ok beliau punya cara mengajar agak bersejarah juga . papan hitam tu sepenuh penuh penuhnya akan di conteng . peta lah , tarikh lah , hitu lah hini lah .

canggih tak cikgu sejarah aku ? nampak papan hitam ? beliau ajar sejarah guna konsep matematik -___- ok fine masa ni nak dekat SPM so memasing but latihan je .


fuhh i miss those moments .



 jangan nak ngade ngade panggil kita pelajar nakal okay sebab tak tuck in bagai . masa ni baru habis kelas  , depan dewan makan . spot me ? the very innocent one yang muka nak mintak penendang padu safee sali yang dah bercerai



11 tahun bersekolah , dari darjah 1 sampai ke tingkatan 5 , siapa je yang tak sedih bila tinggalkan sekolah . walaupun masa sekolah kau cakap tak sabar nak habis , tapi satu hari nanti kau mesti cakap , AKU RINDUKAN SEKOLAH .




p/s - post ini aku dedicate pada batch 2004/2008 MCKK . ok tipu . BRASS - Bukit Rambai Secondary School :') nak MCKK aje -,- BRASS femes okay ! kat melaka jela tapi . kbai !



2 comments:

NIZAM said...

err.. ingatkan aku je takreti addmath zmn skolah. hehe.

mmg best pun zmn skolah. oh, rindu. :))

Clumsy Boy said...

mana cikgu BM yang spoilkan hasil seni kau tu?