Wednesday, April 25, 2012

#1 Cerita Hantu [part 2]

...... [part 1]

berjumpa sekali lagi dalam segmen seram sensasi bersama abang jeng jeng jeng . pfft !

***********

.... bersambung

"SAKITLAH !" budak perempuan itu 'bersuara' sambil tangannya menarik-narik tudung . tak perlu kot aku jelaskan suara dia macam mana . pernah meremang bulu roma sebab tahan berak ? yang ni lebih sikit meremang-nya . 97% semua bulu naik okay !

ok serius . masa dia jerit sakit tu , aku dengan exco yang lain dah memang dedau gila-gila okay ! kalau budak tu meroyan tak masal dalam bilik tu , aku tak tahu nak buat apa . sudah lah aku duduk kat penjuru yang jauh dari pintu keluar ! tak menggelupur pulak aku nak keluar ikut tingkap ! blerghh !

warden tekan lagi ibu jari kaki pelajar perempuan itu .

"Kenapa kau kacau dia ?? Aku nak kau keluar tanpa usik sesiapa pun dalam bilik ni , kau dengarr tak cakap aku ??"

tiada respon .


 
"Kau dengar tak cakap aku ???!!!" warden dengan kuat menekan hujung rotan itu di ibu jari kaki pelajar itu.

"SAKITLAH !!! " pehh . Tuhan saja tahu betapa lajunya jantung aku .

"Kau dengar cakap aku tak ?? Aku nak kau jangan kacau budak ni lagi ! Tolong keluar ."

nak tahu apa jadi ? budak perempuan itu menjerit sekuat-kuatnya . sangat kuat . dan masa dia jerit tu benda itu keluar . budak perempuan itu angkat kepala .

"Nama awak siapa ? Awak dorm mana ?" warden itu bertanya .

"Siti bla bla bla , dorm 5 ." suara kembali asal .

"Ikut saya baca, Siti ." warden meminta pelajar itu ikut membaca ayat Qursi . Alhamdulillah lancar .


******************

setelah disiasat , pelajar itu dikatakan 'berdamping' dengan 'sahabat'nya itu waktu maghrib di bilik wuduk . pelajar itu duduk berseorangan di bilik wuduk setelah dimatikan lampu .

 nak tahu apa jadi setelah budak perempuan itu pulih ? tanpa disangka , malam itu juga blok aspuri telah 'diceroboh' . budak perempuan yang dirasuk itu cuma permulaan , nantikan cerita hantu #2 dalam entri seterusnya :)


a/n : macam mana nak handle 8 orang yang kena histeria ? :|



5 comments:

Abg Stalker said...

anep,cte hantu bdk2 hostel prmpn eh? :)tmbh watak,hero sorg.

rendam je lapan2 org yg kne histeria tu dlm sungai melaka.haha

KuuSyafiqah(FS) said...

aaaaa, brsmbung lagii.

BellaJane said...

pergh meremang bulu roma =="

Anonymous said...

sambung lagi.

Anonymous said...

pergghh..mremang gler si0t..b0lh than la cite k0 br0..TERBAIK...