Sunday, April 22, 2012

#1 Cerita Hantu [part 1]

Assalamualaikum .

Baiklah . Ini post serius . Kalau kau gelak jugak baca entri aku ni , memang nak kena spray dengan spray mempertahankan diri lada sulah . ringkasnya , spray lada sulah --"

cerita hantu pertama . cerita #1 atau 2 atau 3 dan seterusnya ini terjadi semuanya masa aku tingkatan 5 sebab masa tingkatan sebelumnya aku tak bergiat aktif sangat dengan title pelajar yang sama lorat nak gebang dengan cerita hantu masing masing .

masa tingkatan 5 aku pegang jawatan tinggi kat asrama , jadi semua hal mesti ada "eh dak Anep mana ?" "pergi panggil Anep.." "Anep woi ! Turun !" ... dan segala yang berkaitan . dalam satu masa , aku boleh menjadi orang paling dikehendaki dan diminati . eh .

**************

Malam Ahad , seperti biasa para pelajar aspura dan aspuri diberikan sedikit kelonggaran untuk melakukan apa jua aktiviti selagi tidak melanggar peraturan sekolah . Ada yang menonton televisyen , ada yang berdating di koperasi asrama , ada yang bermain futsal , tidak kurang ada yang membuat solat hajat memohon keputusan cemerlang dalam SPM .

Aku ? Awal-awal aku dah naik dorm dengan sebungkus nasi lemak yang dijual ustazah . sambal dia sedap . masa azan maghrib berkumandang , wajib ada bau sambal nasi lemak ustazah sekali . maklumlah , surau asrama depan rumah aje .

Dah agak-agak nak dekat jam 12 , ada member datang dorm . 


"Anep , Jang , Ibnor , Bob , Jati .. turun ! ada budak histeria . Perempuan."

"Ustaz ada tak kat bawah ?" aku tanya dia . tanpa ustaz , apa je yang kami mampu buat . 

"Dah call tadi , kejap lagi dia datang ."

maka aku dan mereka semua turun dengan tergesa gesa ke bilik warden lelaki , tempat budak perempuan itu dibawa . Warden perempuan jarang ada di biliknya . Pengantin baru katakan , lepas tu biarkan aje budak kena sampuk . pfft !



Dalam bilik warden ada aku dan 6 orang exco yang lain , penolong ketua aspuri  , warden bertugas dan pelajar perempuan itu . Junior . Tingkatan 1 atau 2 kalau tak silap aku .
Budak itu sedari tadi merenung lantai . Tudungnya hampir tertanggal .

"Mira , bila kena ni ?" aku tanya penolong ketua aspuri yang juga merangkap makwe kawan aku , Jati . HAHA k .

"Tadi .. lepas minum malam . budak budak kata sejak maghrib tadi dia macam pelik sikit . dia main-main kat belakang blok sorang-sorang." jelas Mira .

"Kat tangki tu ke ?"

"Yelah agaknya." Mira memegang erat Al-Quran , dihulurnya ke budak perempuan itu . dengan kasar dia menolak Al-Quran itu !
Mira menghulur segelas air . Diteguknya gelojoh ! Warden menghulurkan lagi segelas air . Dengan kasar dia menolak . Ya , air itu air bacaan yassin .

Warden mula menyoal pelajar yang dihuni itu .

"Kenapa kau kacau budak ni ?" Warden mengambil rotan lalu menekan ibu jari kaki pelajar itu dengan hujung rotan itu . 

"Kenapa kau kacau budak ni ?!" Sekali lagi warden bertanya ...


******bersambung .


5 comments:

Anasyg said...

aisyh.. bersambung plak - hilang keseraman

KuuSyafiqah(FS) said...

haihhh. crita brsmbungg.
hahaa.

jayne said...

histeria tuu... baru2 nie pernah tengok org terkena histeria kat kolej sampai nak bunuh diri waaaaaaaaaaaaaa cepat smbung nak bace huhu

Anonymous said...

sambung cepat!

ary_lee said...

saspen plak= ="