Sunday, April 29, 2012

Perbezaan Air Mineral dan Air Minuman

Salamullahialaikum .

over tak tajuk entri aku ? tapi kalau aku tulis 'apakah perbezaan antara air mineral dan juga air minuman , sama-sama kita saksikan' lagi over aku rasa --'

ilham untuk menulis entri ni aku dapat bila mak aku bawak balik air botol dari majlis apa aku tak tahu . 


********************

"mak . nak air botol tu ."

*gulp gulp gulp gelegek gelegek gulp gelegek* - comel tak bunyi ai minum air ? :') comel kan comel kan ? 

"asal tak sedap ni ? bluekk ."

"bukan air mineral memang la tak sedap." tiba-tiba akak aku yang tengah mengandung bersuara . perlu okeh sebut yang tengah mengandung sebab ai nak dapat anak buah baru :') mintak mintak kembar 3 . ok lari topik .

lepas tu aku pun tengok label botol tu . 

"haah laa bukan air mineral ." lalu aku mencampakkan botol itu sejauh mungkin . tipu je >.<


********************


teruja tak nak tahu info seterusnya ? bersedia ?

AIR MINERAL - penutupnya berwarna biru/hijau selain putih . diperoleh dari bawah tanah , dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan , kemudian di botolkan .

tadaaaa ! siap dah air mineral :D


AIR MINUMAN - penutupnya berwarna putih . air paip yang ditadah lepas tu terus dibotolkan . siap ! HAHA ok tipu . air minuman ialah air paip yang disuling . masa proses penyulingan , beberapa mineral ditambah . dan lepas tu proses permbersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang . kenapa tak bersihkan dulu baru tambah mineral ya ? -..-

tadaaaa ! siap dah air minuman ! :D

a/n - air mineral sedap . air minuman tak sedap . 



Friday, April 27, 2012

Review Filem - Battleship

Salam Jumaat semua orang !

Baiklah . Untuk pertama kalinya aku akan review filem yang sudah aku tonton iaitu Battleship . Sebelum aku mula review filem ni , secara ringkasnya aku nak describe filem ni .

Battleship ialah sebuah filem yang menceritakan tentang kumpulan tentera maritim (NAVY) yang sedang dalam latihan , dengan tidak sengaja harus bertempur dengan sekumpulan makhluk asing yang datang dari planet asing , cuba membuat transmisi dari bumi melalui satelit . 


***************************************


Pelakon :

Liam Neeson sebagai Admiral Shane .
Taylor Kitsch sebagai Alex Hooper
Alexander Skarsgard sebagai Stone Hooper
Brooklyn Deeker sebagai Sam/Samantha
Rihanna sebagai Raikes


****************************************


1 - plot cerita yang tipikal - tapi secara peribadinya pada aku , tipikal yang hebat dan wow ! walaupun tipikal , filem Hollywood tak pernah kecewa buat aku amazed walaupun sikit . plot ok , bukan idea . faham ?



2 - Permulaan cerita yang agak perlahan tapi pada aku ada mesej sendiri . seorang yang ada masalah sikap yang pada akhirnya mampu jadi seorang yang boleh dibanggakan :)

3 - Perkembangan cerita yang ok masa nak describe pasal planet yang ditemui tu , lepas tu suasana masa nak ada latihan kumpulan tentera maritim , watak utama (Alex Hooper) yang ada masalah dengan watak lain (Nagata). Tak masal muka kena terajang -..-

4 - Konfliks masa watak utama (Alex Hooper) yang ada konfliks sikap , akan dibuang dari Navy selepas saja tamat latihan , watak utama (Alex Hooper) yang bertumbuk dengan Nagata dalam bilik air .

5 - Klimaks apabila formation 5 unidentified flying objects menuju ke bumi , melanggar satelit dan pecah jatuh ke bumi , yang lain jatuh ke dalam laut berdekatan dengan latihan di mana tentera Navy itu membuat latihan . Kapal mereka detect objek yang besar gila punya besar di tengah-tengah laut dan wujud ancaman selepas Alex Hooper mula menyentuh objek tersebut . 

  - Beberapa buah kapal tewas/hancur termasuk kematian abang kepada watak utama (Alex Hooper). Selaku pegawai kanan kapal , Alex Hooper terpaksa mengambil alih tugas kapten yang sudah mati dengan memberi arahan untuk bertempur dengan makhluk asing tersebut . 

   - Sepanjang pertempuran yang berlaku , wujudnya sifat kerjasama , diplomasi , tolak ansur , ambil berat dan sifat positif yang lain . Watak utama (Alex Hooper) yang pada awalnya kurang alert dengan keadaan sekeliling , turned out menjadi ketua/kapten yang boleh memimpin .

6 - Peleraian yang biasa-biasa . Aku tak dapat jumpa motif makhluk asing tu datang bumi dan ingin buat transmisi , lepas tu kenapa makhluk asing tu scan mata , jantung , yadaa yadaa sebelum serang . At last , makhluk asing tumpas dan mereka yang berbakti dapat medal .


"if we don't find them , they will find us" - Rihanna/Raikes


Komen : more or less idea macam filem Transformers , efek bunyi yang bagus , dan aku agak yakin cerita ni ada sambungan ! YAKIN ! Aku bagi 6.5/10 .


a/n - ini semua hanya pendapat :) masing-masing ada pendapat masing-masing kan ?




Wednesday, April 25, 2012

#1 Cerita Hantu [part 2]

...... [part 1]

berjumpa sekali lagi dalam segmen seram sensasi bersama abang jeng jeng jeng . pfft !

***********

.... bersambung

"SAKITLAH !" budak perempuan itu 'bersuara' sambil tangannya menarik-narik tudung . tak perlu kot aku jelaskan suara dia macam mana . pernah meremang bulu roma sebab tahan berak ? yang ni lebih sikit meremang-nya . 97% semua bulu naik okay !

ok serius . masa dia jerit sakit tu , aku dengan exco yang lain dah memang dedau gila-gila okay ! kalau budak tu meroyan tak masal dalam bilik tu , aku tak tahu nak buat apa . sudah lah aku duduk kat penjuru yang jauh dari pintu keluar ! tak menggelupur pulak aku nak keluar ikut tingkap ! blerghh !

warden tekan lagi ibu jari kaki pelajar perempuan itu .

"Kenapa kau kacau dia ?? Aku nak kau keluar tanpa usik sesiapa pun dalam bilik ni , kau dengarr tak cakap aku ??"

tiada respon .


 
"Kau dengar tak cakap aku ???!!!" warden dengan kuat menekan hujung rotan itu di ibu jari kaki pelajar itu.

"SAKITLAH !!! " pehh . Tuhan saja tahu betapa lajunya jantung aku .

"Kau dengar cakap aku tak ?? Aku nak kau jangan kacau budak ni lagi ! Tolong keluar ."

nak tahu apa jadi ? budak perempuan itu menjerit sekuat-kuatnya . sangat kuat . dan masa dia jerit tu benda itu keluar . budak perempuan itu angkat kepala .

"Nama awak siapa ? Awak dorm mana ?" warden itu bertanya .

"Siti bla bla bla , dorm 5 ." suara kembali asal .

"Ikut saya baca, Siti ." warden meminta pelajar itu ikut membaca ayat Qursi . Alhamdulillah lancar .


******************

setelah disiasat , pelajar itu dikatakan 'berdamping' dengan 'sahabat'nya itu waktu maghrib di bilik wuduk . pelajar itu duduk berseorangan di bilik wuduk setelah dimatikan lampu .

 nak tahu apa jadi setelah budak perempuan itu pulih ? tanpa disangka , malam itu juga blok aspuri telah 'diceroboh' . budak perempuan yang dirasuk itu cuma permulaan , nantikan cerita hantu #2 dalam entri seterusnya :)


a/n : macam mana nak handle 8 orang yang kena histeria ? :|



Sunday, April 22, 2012

#1 Cerita Hantu [part 1]

Assalamualaikum .

Baiklah . Ini post serius . Kalau kau gelak jugak baca entri aku ni , memang nak kena spray dengan spray mempertahankan diri lada sulah . ringkasnya , spray lada sulah --"

cerita hantu pertama . cerita #1 atau 2 atau 3 dan seterusnya ini terjadi semuanya masa aku tingkatan 5 sebab masa tingkatan sebelumnya aku tak bergiat aktif sangat dengan title pelajar yang sama lorat nak gebang dengan cerita hantu masing masing .

masa tingkatan 5 aku pegang jawatan tinggi kat asrama , jadi semua hal mesti ada "eh dak Anep mana ?" "pergi panggil Anep.." "Anep woi ! Turun !" ... dan segala yang berkaitan . dalam satu masa , aku boleh menjadi orang paling dikehendaki dan diminati . eh .

**************

Malam Ahad , seperti biasa para pelajar aspura dan aspuri diberikan sedikit kelonggaran untuk melakukan apa jua aktiviti selagi tidak melanggar peraturan sekolah . Ada yang menonton televisyen , ada yang berdating di koperasi asrama , ada yang bermain futsal , tidak kurang ada yang membuat solat hajat memohon keputusan cemerlang dalam SPM .

Aku ? Awal-awal aku dah naik dorm dengan sebungkus nasi lemak yang dijual ustazah . sambal dia sedap . masa azan maghrib berkumandang , wajib ada bau sambal nasi lemak ustazah sekali . maklumlah , surau asrama depan rumah aje .

Dah agak-agak nak dekat jam 12 , ada member datang dorm . 


"Anep , Jang , Ibnor , Bob , Jati .. turun ! ada budak histeria . Perempuan."

"Ustaz ada tak kat bawah ?" aku tanya dia . tanpa ustaz , apa je yang kami mampu buat . 

"Dah call tadi , kejap lagi dia datang ."

maka aku dan mereka semua turun dengan tergesa gesa ke bilik warden lelaki , tempat budak perempuan itu dibawa . Warden perempuan jarang ada di biliknya . Pengantin baru katakan , lepas tu biarkan aje budak kena sampuk . pfft !



Dalam bilik warden ada aku dan 6 orang exco yang lain , penolong ketua aspuri  , warden bertugas dan pelajar perempuan itu . Junior . Tingkatan 1 atau 2 kalau tak silap aku .
Budak itu sedari tadi merenung lantai . Tudungnya hampir tertanggal .

"Mira , bila kena ni ?" aku tanya penolong ketua aspuri yang juga merangkap makwe kawan aku , Jati . HAHA k .

"Tadi .. lepas minum malam . budak budak kata sejak maghrib tadi dia macam pelik sikit . dia main-main kat belakang blok sorang-sorang." jelas Mira .

"Kat tangki tu ke ?"

"Yelah agaknya." Mira memegang erat Al-Quran , dihulurnya ke budak perempuan itu . dengan kasar dia menolak Al-Quran itu !
Mira menghulur segelas air . Diteguknya gelojoh ! Warden menghulurkan lagi segelas air . Dengan kasar dia menolak . Ya , air itu air bacaan yassin .

Warden mula menyoal pelajar yang dihuni itu .

"Kenapa kau kacau budak ni ?" Warden mengambil rotan lalu menekan ibu jari kaki pelajar itu dengan hujung rotan itu . 

"Kenapa kau kacau budak ni ?!" Sekali lagi warden bertanya ...


******bersambung .


Thursday, April 19, 2012

Tembel dan Mata Ikan

Assalamualaikum .

cerita sensasi . kau tahu apa itu tembel ? apa itu mata ikan ? bukan mata ikan yang ikan betul-betul tu . ni mata ikan yang kat bibir tu . yang bila kena air atau sambal atau apa jua yang boleh masuk dalam mulut , akan jadi pedih . pedih sepedih pedihnya tahu ?

dan kedua-dua alat kosmetik ini ada di mata dan di bibir ai okay T___T terseksa batin ai ! nak nyonyot , nak makan , nak minum , terseksa okay terseksa ! Tsk !

nak bukak mata pun rasa macam ada baby kat mata tu . eh ?

alat kosmetik #1

SEBAB WUJUD : kelenjar minyak tersumbat dan mengalu-alukan bonjol itu untuk timbul .

CARA HILANGKAN : tuam dengan air panas , sapu dengan bawang putih , korek . wtf ? --"


***************************

*alat kosmetik #2 terlalu ngeri untuk ditayangkan . kau google sendiri ya ? muahh . tapi mata ikan yang aku kena sekarang taklah teruk . ada satu bulat kecil comel aje >.<

SEBAB WUJUD : kurang zat besi , kurang vitamin B12 , hormon tak balance

CARA HILANGKAN : letak garam / marjerin / asam keping . atau tunggu 10 hari , nanti hilang sendiri .



a/n : sekaligus kena dua-dua , nampak sangat aku tak jaga kesihatan . wuwuwuwu . kena carik bini ni . siapa nak jadi bini saya ? :')

a/n : maaflah keterangan pasal tembel dan mata ikan ini sedikit kurang ikhlasnya di situ . maklumlah , batin terseksa >.<





Monday, April 16, 2012

Laskar Pelangi , kononnya .

Assalamualaikum .

Pernah tengok filem Laskar Pelangi ? Filem dari negara seberang yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi hasil tulisan Andrea Hirata .

One word : Great .

Baiklah , cukup intro yang serius . HAHA k . Hari Sabtu lepas aku tak ada benda nak buat pagi tu , jadi aku mengadap lah tv . tukar tukar channel tiba tiba nampak tajuk 'Eh , laskar pelangi !'


"CLICK !" Aku memicit butang alat kawalan jauh televisyen itu . (melampau kan itu pun nak buat dialog)


ok fine . masa aku mula tengok tu cerita tu dah mula lebih kurang 15 minit gitu lah . jadi , aku download . GIGIH TAHU ! semata mata nak tengok starting dia macam mana .

maka download pun selesai . lepas tu masa aku tengah melagha-kan diri youtube , aku taiplah laskar pelangi nak dengar lagu . lepas tu ada keluar link Laskar Pelangi Full Movie . pfft ! -..-

mari aku nak review sikit movie tu . gasak aku lah cerita 2008 , 2012 baru nak review --"


**********


10 orang murid diperlukan untuk membenarkan sekolah Muhammadiyah beroperasi . sekolah termurah demi membernarkan anak-anak orang kurang berkemampuan untuk menuntut ilmu :)

-zaman dulu ada sekolah macam ni . zaman sekarang ? pinjaman pendidikan pun taknak bagi . lalala .

10 orang yang bagi aku ada kelebihan masing masing mula bersekolah . Ikal , Lintang , Sahara , Mahar , Ah Kiong , Syahdan , Borek , Harun , Trapani dan Kucai . yang paling menarik perhatian aku ialah Lintang . soalan matematik kau bagi , 3 saat dia congak .


sepanjang persekolahan , proses menuntut ilmu tu yang bagi aku menarik . banyak dialog yang sarkastik yang boleh buat motivasi diri .

paling aku suka , bila Ikal jatuh cinta pada seorang amoi dengan hanya pandang kuku aje . tengok kuku cantik dah jatuh cinta ! dahsyat tahu ?

aku baca review orang lain dan rata rata mereka kata filem yang diadaptasi ni tak sehebat novel . aku tak baca novel dia lagi tapi aku dah tengok filem dia .

tengok laa tengok laaa . tengok eh nanti ? muahh .

Antara anugerah dan pencapaian filem ini ialah :
  1. Berlin International Film Festival (Panorama), 2009
  2. Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009
  3. 3rd Place Audience Award, 11th Udine Far East International Film, 2009
  4. SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival, 2009
  5. Best Film, Bandung Film Festival, 2009
  6. Best Film, Indonesian Film Festival, 2009
  7. Nomination for Best Film and Best Editor, Asian Film Awards, 2009




" bila orang punya kuasa dan kekayaan , dia akan menjadi bongkak dan tamak dengan menghalalkan segala cara . bagaimana ilmu itu dituntut membuatkan dia orang yang berbeza "



a/n : mereka digelar Laskar Pelangi yang membawa maksud pahlawan pelangi dalam usaha menuntut ilmu . mengharungi segala cacian , rintangan untuk berjaya . kita ? Laskar apa ? -..-


Wednesday, April 11, 2012

Berangan #1

Assalamualaikum . 

Hari ni aku nak berangan boleh ? gasak lah kau nak kata aku syok sendiri ke , apa ke . wekkk ! *jelir lidah manja*

Okay lah . sebenarnya sesi berangan ni terjadi bila minda kau memikirkan sesuatu . benda yang kau angankan , yang kau impikan . ia terjadi bila bahagian medulla oblongata yakni di bahagian anterolateral dan posterolateral sulci mengalami sedikit gangguan lalu menghantar stimuli kepada saraf tunjang di bahagian otak . 

tu diaaa dengan gagah aku menaip hipotesis sendiri --"

baiklah ! mari teruskan dengan sesi berangan .

************

Pada suatu hari , ayah sedang membaca surat khabar Utusan Melayu . Malaysia ? Melayu ? Malaya ? lantak . dan sedang ayah khusyuk membaca , ayah mendapat panggilan telefon . Lagu Budi Setahun Segunung Intan nyanyian Ahmad Jais dan Kartina Dahari berkumandang . 

"Hello .." ayah menjawab panggilan telefon itu .

"Encik bla bla bla .. dari Melaka ? anak kepada arwah Haron Hassan ?"

"Ya saya"

haaa dah nampak tak plot dia kat situ . nampak tak ? hiks !

"Nama saya bla bla bla .. anak kepada kawan baik ayah encik. Begini encik , arwah ayah saya ada amanahkan saya untuk sampaikan pada encik tentang _________ " ( apa jua boleh diisi dalam tempat kosong itu . bila berangan , dunia ini milik kitaaaaaa !! :DD 

boleh jadi ladang 70 ekar , harta 10 juta , bisnes daun ketom , penternakan belangkas , sepupu Rozita Che Wan , formula rahsia kelangsingan badan dan apa sahaja . APA SAHAJA . anda berangan , anda yang tentukan . INGAT ! anda yang tentukan !

jadi , untuk kes aku ni , aku berangan ayah aku mewarisi ladang buah buahan seluas 100 ekar di Britain . kenapa Britain ? ai punya suka lah . INGAT ! anda yang tentukan !

bila ada ladang buah buahan , secara tak langsung boleh meniaga dan supply buah buahan ke seantero dunia . gitchew kan ! lepas tu popular dengan brand buah sendiri . lepas tu kumpul harta . lepas tu kembangkan bisnes . lepas tu harta 9 keturunan tak habis makan . 


************

nampak tak kesan kalau berangan ? -..-
ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri selain menimbulkan jerawat ! Ha !

tak salah untuk berangan . tapi biarlah logik ya anak anak . janganlah kau patahkan ranting pokok lepas tu hayun hayun konon ada magik . tak pun berangan terbang dengan nyalaan api -___-

 FLAME ON !! pfft .




a/n : mesej aku ialah , berangan itu boleh buatkan kita lupa sebentar masalah kita :) sekejap pun tak mengapa asalkan ada sesuatu yang boleh buat kita tersenyum . lagi best kalau kita kejar angan-angan tu !

a/n 2 : INGAT ! anda yang tentukan ? dan aku rasa macam sedang berkempen .




Monday, April 9, 2012

Keputusan Penuh ABPBH 2011

Assalamualaikum .

Gasak . Ai tak kira ! Ai nak update jugak >.<


*****************


Artis Berkumpulan/Duo Popular ----> 3 Suara ( Shila Amzah , Ning Baizura , Jaclyn Victor )


Artis Baru Wanita Popular ----> Tasha Shila ( NEELOFA kalah okay kalah )


Penyampai Radio Lelaki Popular ----> Faizal Ismail ( FBI )


Artis Komedi Wanita Popular ----> Didie Alias


Pengacara TV Lelaki Popular ----> Zizan Razak ( Aznil bagi sendiri trofi tu okay )


Artis Baru Lelaki Popular ----> Johan Ariff ( dikenali sebagai botak )


Pelakon TV Lelaki Popular ----> Fizz Fairuz


Penyampai Radio Wanita Popular ----> Fara Fauzana



Pengacara TV Wanita Popular ----> Fara Fauzana


Artis Komedi Lelaki Popular ----> Johan


Penyanyi Lelaki Popular ----> Hafiz


Pelakon Filem Lelaki Popular ----> Aaron Aziz


Pelakon TV Wanita Popular ----> Fasha Sandha


Pelakon Filem Wanita Popular ----> Maya Karin


Penyanyi Wanita Popular ----> Yuna




**********




Anugerah Pelajar Cemerlang STPM Anugerah Seri Perak ----> Dato' Siti Nurhaliza







BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011 ----> AARON AZIZ




a/n - mana anugerah artis nasyid popular ya ? lalala~





Saturday, April 7, 2012

tadaa... !!

Assalamualaikum .

Entri pendek . 2 Gambar . Buat Semalam . Bosan .




Wednesday, April 4, 2012

3 tahun dulu ..

 Assalamualaikum .

aku nak update jugak ! walaupun tiada mesej yang ingin disampaikan tapi sekurang kurangnya ada mesej tersendiri . eh .

3 tahun dulu aku masih budak sekolah . budak sekolah yang popular dengan zaman shuffle . masa tu myspace femes lagi . friendster pun femes . aku mengaku aku ada friendster -__-


baiklah . dipendekkan cerita , aku ni bukanlah pelajar yang baik pun walaupun dalam sijil berhenti sekolah tulis NOTA TAMBAHAN : SEORANG PELAJAR YANG BAIK . dah nampak apa kerja kerani sekolah aku ? aku rasa kalau budak tu hisap gam pun dia tulis baik .


Mr Yen Kim Wah . cikgu matematik tambahan kelas aku form 4 ngan form 5 . cikgu yang sangat tegas dan digeruni tak kiralah makhluk kasar mahupun halus . rotan yang didapati dari gunung ledang (asal boleh) sentiasa di sisi . siapa fail subjek beliau , akan kene rotan sampai kiraan lulus . faham tak ?

contoh : kau dapat 12 per 100 -__________-

rotan : 12 , 24 , 36 . 3 kali rotan . faham dah ?

AKU PERNAH KENA OKAY ! aku tak power pun add math ni T___T  tapi SPM alhamdulillah . apa yang alhamdulillah ? alhamdulillah tak gagal . HAHAHAHA .

tips berguna masa kelas beliau : kau naikkan satu topik hangat yang sedang melanda , confirm ! buku tak bukak langsung !
ayat keramat masa kelas beliau ialah : OKAY SEMUA LETAKKAN PEN . berani lah kau kalau still pegang pen . memang kene humban !


Bonda kelas tingkatan 5 Sains Teknikal . Puan Suraya . guru yang sangat sangat penyayang dan bagus :)

dalam kelas beliau (BM) tak pernah bosan okay ! beliau ajar macam mana nak score dengan senang . alhamdulillah aku rasa semua budak kelas aku dapat A subjek BM . A1 ke A2 belakang kira sbb aku dapat A2 ! pfft .


tahu tak yang aku gigih baca semua komen semata mata nak carik nama cikgu ni . HAHAHA gila kejam nama cikgu sendiri tak ingat . ini cikgu sejarah kami , Encik Talib yang juga agak 'bersejarah' merangkap GPK Khas . eh jap . sekolah aku ada GPK Hem , GPK Koku ngan GPK Khas lah agaknya . ke takde ? :|

ok beliau punya cara mengajar agak bersejarah juga . papan hitam tu sepenuh penuh penuhnya akan di conteng . peta lah , tarikh lah , hitu lah hini lah .

canggih tak cikgu sejarah aku ? nampak papan hitam ? beliau ajar sejarah guna konsep matematik -___- ok fine masa ni nak dekat SPM so memasing but latihan je .


fuhh i miss those moments .



 jangan nak ngade ngade panggil kita pelajar nakal okay sebab tak tuck in bagai . masa ni baru habis kelas  , depan dewan makan . spot me ? the very innocent one yang muka nak mintak penendang padu safee sali yang dah bercerai



11 tahun bersekolah , dari darjah 1 sampai ke tingkatan 5 , siapa je yang tak sedih bila tinggalkan sekolah . walaupun masa sekolah kau cakap tak sabar nak habis , tapi satu hari nanti kau mesti cakap , AKU RINDUKAN SEKOLAH .




p/s - post ini aku dedicate pada batch 2004/2008 MCKK . ok tipu . BRASS - Bukit Rambai Secondary School :') nak MCKK aje -,- BRASS femes okay ! kat melaka jela tapi . kbai !